Resepi Nasi Minyak Sedap dan Simple

shares

Resepi Nasi Minyak Sedap dan Simple – Setiap kali saya mendatangi majlis perkhawinan di Johor, nasi minyak selalu menjadi hidangan utamanya. Akhir-akhir ini ramai juga yang cari cara buat resepi nasi minyak sedap dan simple. Mungkin sahaja orang lebih suka kerana ia lebih enak dengan rempahnya dan boleh dimakan dengan lauk beriani. Cara memasak nasi minyak ini lebih ringkas dan mudah daripada buat nasi beriani yang lebih rumit. Apalagi raanya sedap dan lazat.
Nasi Minyak Sedap dan Simple



Hari ini saya akan kongsi resepi nasi minyak yang sedap dan simple. Untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, gunakanlah nasi dengan butir yang lembut, berderai, dan beras yang berwarna kuning keemasan. Jom kita intai apa saja bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan buat nasi minyak:
  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan susu cair
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan kismis
  • 4 ulas bawang merah di hiris
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • 2 helai daun pandan siat 2 dan simpul
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh maggi
  • 1 inci halia di hiris
  • 1 batang serai di titik

Bahan tumis:
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkit
  • 3 biji pelaga

Cara buat nasi minyak:
  1. Masukkan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk.
  2. Tumis bahan tumis, daun pandan dan serai sehingga harum.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah di hiris. Masak sehingga bau naik.
  4. Masukkan sedikit-sedikit susu cair hingga habis, dan masukkan air secukupnya.
  5. Tambahkan garam dan maggi secukup rasa, dan kacau sehingga rata.
  6. Masukkan beras basmathi, tutup periuk dan tanak nasinya.
  7. Bila sudah setengah masak, ambil chopstick dan buat lubang kecil.
  8. Letakkan 1 titik pewarna kuning telur di setiap lubang.
  9. Tutup semula periuk dan biarkan nasi di tanak sehingga masak sepenuhnya.
  10. Bila sudah masak, gemburkan nasi biar warnanya sekata.

Mudah bukan cara membuat resepi nasi minyak yang saya kongsikan? Tak sabar nak makan. Kebiasaan saya makan nasi minyak dilawankan dengan ayam masak merah atau daging masak hitam. Bila suka, anda boleh masukkan kismis setelah memasukkan susu cair dan air.

Related Posts