Resepi Nasi Goreng Cina Sedap dan Mudah

shares

Resepi Nasi Goreng Cina Sedap dan Mudah − Sebelumnya saya pernah membahas resepi nasi goreng kampung, pada hari ini saya nak kongsikan resepi nasi goreng cina sedap dan mudah. Sebenarnya tidak ada yang berbeza dengan bahan yang biasa digunakan untuk nasi goreng. Cuma sahaja teknik yang digunakan sedikit berbeza, seperti telur yang digoreng garing sebelum dimasukkan nasi. Kalau nak cuba membuatnya, boleh tengok resepi nasi goreng cina di bawah ini.



Bahan-bahan buat nasi goreng cina:
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 1/2 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih di tumbuk
  • 4 ulas bawang merah di hiris
  • 1 sudu besar lada sulah di tumbuk
  • 2 biji telur
  • isi ayam dan udang secukupnya
  • karot, cili padi, sayur kubis dan daun bawang di hiris
  • minyak bijan
  • minyak masak

Cara buat nasi goreng cina:
  1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan gaul hingga rata.
  2. Panaskan minyak masak dan minyak bijan.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah, ayam, dan karot.
  4. Masukkan sedikit air, udang, cili padi dan lada sulah.
  5. Ketepikan dan tuang telur. Kacau rata hingga telur masak. Boleh tambah minyak jika nampak kering.
  6. Masukkan garam dan gula sebagai perasa.
  7. Masukkan nasi tadi dan kacau hingga rata.
  8. Masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau hingga sayur agak lembut.
Resepi nasi goreng cina sudah sedia dihidangkan. Dengan bahan nasi putih dan bumbu rempah sederhana, boleh menghasilkan masakan selazat nasi goreng cina ini. Memang sedap, kalau tak percaya cuba sendiri.

Related Posts