Resepi Kek Lumut Kukus Sedap dan Lembut

shares

Resepi Kek Lumut Kukus Sedap dan Lembut − Pertama kali terpandang kek lumut ni teman posting di facebooknya sudah mencuba resepi kek lumut. Keknya kelihatan sedap, gebu, mulus, dan menarik hati kerana warnanya hijau. Saya memang suka warna hijau, tapi belum pernah cuba buat kek yang warna hijau. Tergerak hati satu hari nak cuba buatnya.



Tak rugi selepas saya mencuba resepi kek lumut ni. Rasanya sedap dan teksturnya sangat lembut. Tidak kalah daripada kek marble. Sudah banyak versi buat kek lumut ni kerana mengikut citarasa masing-masing tapi tetap sama dalam penggunaan horlicks, seri kaya dan nestum. Yang akan saya kongsikan kali ini tidak menggunakan nestum kerana bau dan rasa horlicks sudah mencukupi. Jom intai resepinya.

Bahan-bahan buat kek lumut:
  • 1 1/2 gelas tepung gandum di ayak
  • 8 biji telur grade A
  • 450 gm mentega berkualiti
  • 200 gm horlicks
  • 1 gelas gula halus
  • 1 tin kecil seri kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna hijau

Cara buat kek lumut:
  1. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim (guna speed maksima).
  2. Masukkan sebiji telur dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana).
  3. Masukkan sebiji telur dan pukul lagi sehingga telur habis.
  4. Masukkan susu dan seri kaya.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan horlicks. Gaul hingga sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Gaul hingga sebati.
  7. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan kertas foil.
  9. Kukus adunan selama 4 jam
Selamat mencuba resepi kek lumut sedap dan lembut di atas. Kalau nak buat, pastikan gas penuh kerana masa untuk mengukus kek ini sangat lama. Takut kek belum masak gas sudah habis. Kalau nak buat rasa lain, boleh intip resepi kek marble 100% garanti sedap.

Related Posts