Resepi Ayam BBQ

Resepi Ayam BBQ - Resepi ayam bakar yang paling sedap yang pernah saya cuba dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan.. pasti menjilat jari!



Bahan-bahan diperlukan:
  • 2.0 kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula
Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. Kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais. (Lagi lama perap lagi sedap!)
  5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat mencuba!

Resepi Kentang Putar Homemade Ala KFC

Resepi Kentang Putar Homemade Ala KFC. Lepas Ni Tak Payah Beli Lagi! - “Ayam goreng ala KFC dah reti buat. Maklumlah, dah macam-macam jenis tepung yang dah dijual. Tapi, rasa tak lengkap pula kalau tak makan sekali dengan kentang putar yang ‘special’ tu. Macam mana nak buat ya?”



Salah satu menu istimewa di restoran KFC yang diminati ramai selain ayam goreng dah tentulah kentang putar atau mashed potato. Rasanya yang lazat dan lemak memang membangkitkan selera.

Sebenarnya, tak susah pun nak buat kentang putar ini di rumah. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Puan Rosdiana Rapiah ini. Nampak sedap betul!

RESEPI KENTANG PUTAR HOMEMADE ALA KFC

BAHAN-BAHAN

Untuk Kentang Lenyek
  • Ubi kentang (5 biji)
  • Susu segar (1 cawan)
  • Serbuk lada sulah

Untuk Kuah
  • 2 cawan air
  • 1 kuib ayam
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sudu marjerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah

CARA-CARA

A) LANGKAH MEMBUAT KENTANG PUTAR

1. Rebus Kentang

Mula-mula, potong kentang berbentuk dadu dan rebuskan selama lebih kurang 20 minit.

2. Lenyek

Selepas itu, toskan dan lenyek. Gaulkan bersama susu segar dan lada sulah. Kentangnya dah pun siap.

Sekarang, kita akan buat gravy / kuahnya pula.

B) LANGKAH MEMBUAT KUAH

1. Reneh Bahan

Untuk membuat kuah, mula-mula didihkan air dan masukkan kiub ayam bersama bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar.

Renehkan selama 10 minit. Tutup api dan toskan air rebusan ini ke dalam sebuah bekas. Ketepikan dulu.

2. Cairkan Marjerin

Seterusnya, cairkan marjerin dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau sehingga tepung larut dan tidak berketul.

3. Gaulkan Dengan Air Rebusan

Kemudian, masukkan air rebusan yang telah ditoskan tadi ke dalam campuran marjerin dan tepung. Campurkan sedikit demi sedikit.

4. Tabur Serbuk Lada Hitam

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam dan lada sulah mengikut kuantiti dan citarasa anda. Siap untuk dihidang!

MUDAH DAN JIMAT

Wah, mudah saja rupanya nak membuat kentang putar ini. Kebanyakan bahan pun dah memang ada di rumah.

Jadi, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Jimat pula tu.

Tak payah susah-susah membeli lagi. Harganya boleh tahan mahal juga walaupun 1 bekas kecil, bukan?

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

*Resepi asal kentang putar ala KFC ini dikongsikan oleh Puan Rosdiana Rapiah dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan serta perkongsian lanjut, sila rujuk beliau di SINI.

Resepi Kek Coklat Ini Cuma Guna 2 Bahan. Paling Senang Tapi Cukup Sedap!

Resepi Kek Coklat Ini Cuma Guna 2 Bahan. Paling Senang Tapi Cukup Sedap! - Dalam minggu lalu, kek 3 bahan telah menjadi viral di media sosial. Dahlah bahan yang diperlukan tak banyak, cara membuatnya pula mudah yang amat. Rasanya pun boleh tahan!



Dalam perkongsian kali ini, Puan Hanny pula ingin berkongsikan resepi kek coklat beliau menggunakan hanya 2 bahan. Ya, 2 bahan saja. Macam tak percaya, bukan?

Mari kita tengok apakah 2 bahan tersebut dan bagaimana cara membuatnya.

CARA BUAT KEK COKLAT PALING SENANG GUNA 2 BAHAN. MACAM TAK PERCAYA!

Menurut Puan Hanny, resepi ini sangat sesuai untuk hidangan minum petang dengan anak-anak. Tak rugi mencubanya sebab caranya tersangatlah mudah.

Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
  • 1 paket biskut Oreo (pek 137g)
  • 100ml susu Dutch Lady coklat



Cara-cara:

1. Hancurkan Biskut

Mula-mula, hancur biskut Oreo sekali dengan krim di dalamnya. Ikutlah nak bubuh dalam plastik dan tumbuk dengan lesung atau guna blender. Saya guna blender saja.

2. Tuang Susu

Seterusnya, tuangkan susu ke dalam biskut yang dihancurkan tadi. Kacau sampai rata.

3. Masukkan Dalam Loyang

Bila dah siap, masukkan dalam loyang.

4. Kukus

Akhir sekali, kukus selama 20 minit dengan api kecil.

Siap!

Dah siap dah pun. Inilah hasilnya.





*Nota 

Macam dalam gambar ini, saya buat sedikit topping dengan menggunakan cip coklat semi sweet. Caranya mudah saja. Saya double boil cip coklat tadi sampai cair dan sapukan di atas kek.

Tapi, sebenarnya kek ini dah sedap dimakan begitu saja walaupun tak buat toppingnya.

Oh ya, resepi ini akan dapat kek yang kecil saja. Kalau nak lebih besar, boleh gandakan 2 atau 3 kali resepi. Kek yang dalam gambar ini, saya gandakan 2 kali resepi.

MEMANG MUDAH!

Wah, memang simple sangat cara membuatnya. Ekspres pun ekspres. Bolehlah buat kudapan di waktu petang atau pada hari-hari istimewa. Nampak sedap dan moist.

Kalau kreatif, anda boleh juga mengolahnya mengikut citarasa masing-masing. Mungkin ada yang nak gunakan susu putih full cream supaya kurang manis atau susu perasa kopi untuk mendapatkan rasa yang berbeza.

Jadi tunggu apa lagi. Jom kita pakat cuba ramai-ramai!

*Resepi asal kek 2 bahan ini dikongsikan oleh Puan Hanny dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan perkongsian lanjut, sila rujuk beliau di SINI.

Inilah Resepi Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid

Inilah Resepi Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid Untuk Cegah Lebihan Darah Kotor Berkumpul Dan Tersumbat - Air jamu ini sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan.



Orang tua selalu pesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.

Kalau mahu mantapkan dalaman, amalan sejak dahulu tentunya minum air jamu dan salah satu yang boleh kita praktikkan adalah minuman air jamu selepas haid.

Tak perlu beli kerana minuman ini boleh dibuat sendiri saja. Cukup mudah tapi khasiat untuk dalaman wanita tidak boleh dipertikaikan. Sebab keberkesanannya itu jugalah jamu ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Resipi minuman ini VK petik daripada Facebook Nurul Diana yang juga Pemilik & Pengasas Dian Legacy.

Selain masalah senggugut, ada juga yang mengalami masalah haid tidak teratur dan hal ini akan mengganggu hormon seorang wanita.
Apa kata anda amalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih. Cara untuk membuatnya juga mudah.

Bahan bahannya ialah:
  • 2sm halia
  • 2sm kunyit
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 3 cawan air
  • Gula batu atau madu *mengikut citarasa

Cara buatnya:
  1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
  2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
  3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.

Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)

Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih

Air jamu ni baik untuk:
  • Membersihkan rahim selepas haid
  • Mengeluarkan angin dalam badan
  • Memecahkan lemak di perut
  • Mengurangkan masalah bau badan

Peringtan : Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit. Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid

Resepi Sambal Sotong Dan Petai

Resepi Sambal Sotong Dan Petai - Seperti yang kita tahu , sambal petai memang sangat sedap inikan lagi bila dimasak bersama sotong kan ? Hidangan ini sangat mudah untuk dimasak , hanya mengambil masa dalam 30 minit sahaja.Sila rujuk di bawah untuk teruskan.



Bahan-Bahan Membuat Sambal Sotong Dan Petai :

  • Sotong setengah kilo
  • Petai ikut suka banyak mana
  • Cili kering 20 tangkai (ikut suka) – ditumbuk
  • Bawang merah 8 biji (ditumbuk)
  • Bawang putih 47 ulas (ditumbuk)
  • Sos tiram 1 sudu kecil
  • Gula 3 sudu besar
  • Garam secukupnya
  • Penambah rasa secukupnya
  • Minyak

Cara-cara membuat Sambal Sotong Dan Petai :

  1. Panaskan minyak didalam kuali kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk sampai naik aroma.
  2. sos tiram, gula,garam,kemudian kacaulah sehingga rata dan biarkan masak sampai kering sedikit.
  3. Masukkan Sotong dan biarkan sampai Sotong masak yang pasti jangan lupa kacau.
  4. Bila Kuah dah pekat masukkan petai dan masak sampai siap.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
P/s : Resepi Sambal Sotong Dan Petai sangat sedap jika dimasak daripada bahan yang segar.Selain itu , petai jangan di masak terlalu lama nanti dia jadi lembik.

Resepi Telur Goreng Bersama Bawang Dan Cili

Resepi Telur Goreng Bersama Bawang Dan Cili - Selain di goreng mata, telur jugak boleh dimasak dengan pelbagai hidangan, antaranya hidangan ini.Hari-hari makan telur goreng , apa salahnya kadang-kadang tukar menu kan? Resepi ini hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja untuk membuatnya.Selain mudah untuk dimasak,resepi ini juga sangat sedap.



Bahan-Bahan Membuat Telur Goreng Bersama Bawang Dan Cili:

  • Telur – ikut suka banyak mana
  • Bawang besar sebiji – dihiris
  • 10 tangkai Cili padi – belah 2
  • Kicap secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak

Cara-Cara Membuat Telur Goreng Bersama Bawang Dan Cili:

  1. Panaskan minyak , goreng telur kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Seterusnya, tumiskan bawang besar bersama cilipadi sehingga sedikit layu.
  3. masukkan garam dsn gaul sebati.
  4. Akhir sekli ,tuangkan di atas telur tadi dan siap.
P/s : Resepi Telur Goreng Bersama Bawang Dan Cili akan jadi lebih sedap jika di tuang sedikit kicap.Lebih sedap jika dimakan bersama nasi panas.

Resepi Membuat Nasi Minyak Jus Oren

Resepi Membuat Nasi Minyak Jus Oren − Resepi sangat mudah sesuai bagi yg baru belajar mencuba nasi berperisa.sesuai dijadikan juadah istimewa/jamuan raya.



Bahan-bahan Membuat Nasi Minyak Jus Oren

  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih,rendam selama 20min,kemudian toskan)
  • 4 cawan air
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan simpul
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan perahan jus buah oren (guna sunquick pun boleh)
  • Sedikit daun pudina, gajus dan bawang goreng
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara Membuat Nasi Minyak Jus Oren

  1. Cairkan mentega,tumis bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan yg dihiris tadi.Tumis sekejap hingga terbit bau.
  2. Kemudian masukkan air , susu cair, jus oren, daun pandan simpul dan kiub ayam. Biarkan hingga mendidih
  3. Masukkan beras basmati, kacau sebati.Masak seperti masak nasi biasa (Kalau nak guna rice cooker terus pindahkan ke rice cooker) LiNa Pg masak guna dapur gas jer
  4. Setelah nasi agak kering,kecilkan api titiskan dengan pewarna kuning.
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.
  6. Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina dan gajus.
  7. Bila menghidang taburkan bawang goreng dan kismis (jika suka)

Resepi Membuat DIMSUM ISI IKAN

Resepi Membuat DIMSUM ISI IKAN − Menu sihat yang mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga



Bahan-bahan Membuat DIMSUM ISI IKAN

Bahan A

  • 500gm isi ikan - dikisar halus
  • 1 batang lobak merah - dipotong dadu
  • 1 biji sengkuang - dipotong dadu
  • 1 labu bawang holland - dicincang
  • 3 tangkai daun bawang - dicincang
  • 1 sudu besar sos tiram Maggi
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • secubit lada sulah

Bahan B

  • 1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 200gm tepung ubi
  • Bahan C
  • Kulit dimsum
  • kulit wantan secukupnya
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 biji putih telur
  • Sos : Dicampur
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu teh cuka
  • secubit garam dan gula
  • 1/4 cawan air panas

Cara-cara Membuat DIMSUM ISI IKAN

  1. Kisar halus isi ikan dan ketepikan seketika.
  2. Cuci, kupas dan potong lobak merah, bawang holland, sengkuang dan daun bawang.
  3. Campurkan semua bahan A didalam mangkuk besar dan gaul rata.
  4. Setelah itu taburkan Maggi® CukupRasa™ kedalam adunan tersebut dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Masukkan pula tepung ubi, dan kacau lagi semua bahan. Ambil kulit wantan, sapu dengan putih telur dan masukkan campuran isi ikan tadi dan bentukkan. Tabur dengan lobak merah parut dan ulangi langkah tersebut hingga habis.
  6. Masukkan dimsum yang telah siap dibentuk tadi kedalam pengukus dan kukus dengan api sederhana sehingga masak. Angkat dimsum dan bolehlah dihidangkan dengan sos.

Resepi Sambal Cencaluk

Resepi Sambal Cencaluk - Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.Selain itu , cencaluk juga sangat sedap dan mudah untuk dibuat.Tidak sampai 10 minit pon masa yang diambil untuk menyediakan hidangan ini.



Bahan-bahan Membuat Sambal Cencaluk :

  • Cencaluk – ikut suka banyak mana
  • 1 biji bawang merah – dipotong dadu / nipis
  • 10 tangkai cilipadi – (ikut tahap kepedasan)
  • 2 biji limau kasturi (kalau nak buat sikit jangan banyak sangat buah limau)

Cara-cara membuat Sambal Cencaluk :


  1. Masukkan cencaluk ke dalam mangkuk.
  2. Potong dadu bawang merah dan cilipadi perlulah dihiris dahulu.Kemudian basuh dan masukkan ia kedalam mangkuk yang berisi cencaluk tadi.
  3. Gaulkan sehingga rata.
  4. Akhir sekali,perahkan jus limau kasturi ke dalam mangkuk yang berisi cencaluk.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Sambal Cili Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Cili Ikan Bilis Petai - Resepi ini sangat sedap dan mudah untuk dibuat . Selain itu , bahan-bahan untuk membuat resipi ini juga amat mudah untuk didapati.Walaubagaimanapun,perkara yang perlu anda tahu, resipi ini sangat popular di kalangan masyarakat melayu khususnya di kawasan kampung.



Bahan-Bahan Membuat Sambal Cili Ikan Bilis Petai :

  • Ikan Bilis 300 gram
  • Petai secukupnya
  • Bawang besar sebiji – dihiris
  • Bawang putih 5 ulas – ditumbuk
  • Cili merah 2 biji – ditumbuk
  • Cili Padi 26 biji (atau ikut tahap kepedasan) – ditumbuk
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak Sambal Cili Ikan Bilis Petai :

  1. Gorengkan kesemua ikan bilis sampai garing dahulu , kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang dan bahan yang telah ditumbuk sehingga naik aroma.
  3. Masukkan garam dan gaul hingga rata.
  4. Akhir sekali,masukkan ikan bilis dan peta kemudian gaul sampai rata.
  5. Siap untuk dihidangkan.
P/s : Resepi Sambal Cili Ikan Bilis Petai boleh disimpan lama.Selain itu,ianya sangat sedap jika dimakan bersama nasi panas.

Resepi Cara Membuat SUP TULANG

Resepi Cara Membuat SUP TULANG merupakan makanan yang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu dan sangat sesuai jika dihidangkan pada waktu malam yang dingin



Bahan-bahan Membuat SUP TULANG

  • Tulang Lembu
  • Rempah Ratus / Lada putih
  • Bawang Merah / Bawang Putih
  • Halia / Serai
  • Rempah Sup

Cara-cara Membuat SUP TULANG

  1. Rebus tulang selama Sejam
  2. Kisar bahan-bahan bawang putih / bawang merah , halia , lada putih. kemudian masukkan rempah ratus dan bahan yang di kisar berseta Rempah Sup. dan masukkan serai yang di titik
  3. Masukkan rebusan tulang dan air secukupnya masukkan sedikit garam dan serebuk perasa secukupnya . tunggu ia mendidih taburkan daun sup serta bawang goreng. dan boleh dihidangkan

Resepi Ayam Goreng Madu

Resepi Ayam Goreng Madu - Resepi ini bukan sahaja sedap dan mudah untuk dimasak, malah ianya juga kaya dengan protein dan juga mempunyai pelbagai manfaat.Ini kerana,ayam mempunyai protein yang tinggi manakala madu pula mempun yai pelbagai manfaat seperti , menyihatkan tubuh badan, menghilangkan batuk,untuk kecantikan dan sebagainya.Oleh itu , Chef ingin mengajar anda cara untuk menyediakan hidangan ini.



Bahan-Bahan Membuat Ayam Goreng Madu

  • Ayam Separuh – direbus dahulu
  • Bawang merah 10 biji – dikisar
  • Bawang putih 7 ulas – dikisar
  • Halia 2 inch – dikisar
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan madu
  • Minyak

Cara-cara memasak Ayam Goreng Madu :

  1. Rebuskan ayam tersebut sampai ianya separuh masak.
  2. Campurkan bahan yang telah dikisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu bersama ayam kemudian gaul sehingga sebati.
  3. Perapkan seketika ayam tersebut di dalam peti ais selama 2-3 jam.
  4. Akhir sekali,panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.

P/s : Resepi Ayam Goreng Madu tidak perlu digoreng terlalu lama kerana ayam sudah separuh masak.Selain itu , kalau takde madu guna je gula.

Resepi Ayam Goreng Tepung

Resepi Ayam Goreng Tepung - Resepi ini diantara resipi yang selalu mendapat perhatian daripada netizen.Selain itu, menu ini juga antara menu yang mudah habis terutamanya di gerai-gerai dan juga pasar malam.Oleh itu , Chef ingin ajarkan anda semua cara-cara untuk membuat hidangan yang sedap ini.



Bahan-bahan Ayam Goreng Tepung :

  • Ayam secukupnya
  • Serbuk cili sedikit – ikut tahap kepedasan
  • Tepung Goreng – x kesah ape jenama pon
  • Tepung gandum 2 sudu makan
  • Tepung beras 2 sudu makan
  • Telur 2 biji ( kalau tak cukup tambah lagi)
  • Minyak

Cara-Cara Memasak Ayam Goreng Tepung:

  1. Satukan kesemua tepung dan serbuk cili didalam mangkuk dan gaul sampai sebati.
  2. Kemudian masukkan ayam seketul-seketul di dalam telur yang telahcdikacau.
  3. Masukkan kesemua ayam yang telah dicelup di dalan telur tadi kedalam mangkuk yang berisi campurkan tepung tadi.
  4. Pastikan pakai bekas yang ada penutup, kemudian goncangkan, kalau takde penutup sebatikan sahaja satu persatu.
  5. Akhir sekali,panaskan minyak dan goreng Sotong sehingga garing kemudian angkat dan hidangkan.

P/s : Resepi Ayam Goreng tepung lebih sedap jika dimakan bersama sos thai dan ais lemon tea.

Resepi BETIK MUDA GORENG

Resepi BETIK MUDA GORENG − Pastikan bahan kisar dibiarkan masak sedikit garing kemudian barulah dimasukkan betik muda. Namun betik jangan dibiarkan masak terlalu lama dan lembik.



Bahan-bahan BETIK MUDA GORENG

  • Betik Muda
  • Cili Kering
  • Bawang Putih / Bawang Merah
  • Ikan Bilis

Cara-cara BETIK MUDA GORENG

  1. Kisar Cili Kering , Bawang Putih / Bawang Merah dan ikan bilis
  2. Tumis bahan-bahan yang di kisar tadi sehingga garing , masukkan betik muda yang telah di racik kemudian masukkan sedikit air.
  3. Masukkan garam sedikit gula dan sebuk perasa.

Resepi Cara Membuat Donut

Resepi Cara Membuat Donut − Sesuai untuk minum petang. Boleh guna doh yang sama utk buat pau goreng kacang merah dll.



Bahan-bahan Membuat Donut

  • 200ml air suam
  • 1 paket yeast mauripan
  • 2 sdb marjerin
  • 2 sdb shortening
  • 2 sdb gula pasir
  • 2 sdb susu pekat manis
  • 500g tepung gandum
  • 1 biji telur A
  • Secubit garam
  • Gula caster secukupnye untuk hiasan

Cara-cara Membuat Donut

  1. Tuang air suam dlm bekas menguli.
  2. Masukkan yeast, marjerin, shortening, susu pekat manis dan gula. Tunggu hingga yeast berbuih (lebih kurang 10 minit)
  3. Bila adunan dah berbuih, masukkan separuh dpd tepung. kacau dgn sudu hingga agak2 sebati dgn bahan2 yg lain.
  4. Kocok sikit telur, tuang dlm adunan dan kacau lagi. Masukkan garam.
  5. Masukkan baki tepung gandum dan uli hingga doh tak lekat di jari.
  6. Boleh turus tekap dan goreng.

Resepi Air Daun Jarum 7 Bilah Mencegah Kanser

Resepi Air Daun Jarum 7 Bilah Mencegah Kanser − Di antara khasiatnya melancarkan peredaran darah, sesuai untuk orang yang mengalami masalah kembung perut dan membantu kita memudahkan untuk membuang air besar.



Khasiat air ini juga, sesuai untuk menyembuh luka. Daun ini akan menyembuhkan luka ringan di kulit anda dengan membuatnya lebih cepat kering. Selain itu, daun ini mengandungi banyak kandungan alami untuk mencegah kanser.


Bahan-Bahan
  • Daun Jarum 7 Bilah 10 helai
  • Buah epal hijau 2 biji
  • Sedikit gula merah
  • Air sejuk
  • Screen Shot 2017-11-08 at 10.06.49 AM


Cara-Caranya
  1. Blenderkan ke semua bahan tersebut. Kemudian tuangkan ke dalam gelas dan minum terus. Tak payah tapis. Minum sehari sekali, dalam seminggu 3x sahaja.
Semoga bermanfaat.

Resepi Tauhu Goreng Singapura

Resepi Tauhu Goreng Singapura − Assalammualaikum, salam Isnin. Cuaca panas2 macam ni nak makan yang ringkas2 ajer. Hari ni che mat tiba2 mengidam tauhu goreng Singapura (tak habis2kan mengidam,,,ngandung dinasoure agaknya!).  Resipi tauhu goreng Singapura ini paling senang nak buat. Hanya perlu tahu yang digoreng terendam, tapi jangan goreng lama sangat, lepas tu taugeh, sengkuang dan timun sebagai bahan2 ulaman. Paling penting sos dia, iaitu kuah kacang. Kuah kacang pula buatnya senang, hanya perlu beberapa bahan.



Kalau anda malas nak goreng kacang tanah atau nak cepat, guna saja kacang goreng tanpa kulit yang ada jual dikedai2. Balik rumah kau kisar atau tumbuk hancur lepas tu boleh dah bikin kuah kacang dia. Che mat suka sedikit pedas, jadi che mat tambah cili padi merah dan cili kisar. Tak taruk garam, tapi gantikan dengan kicap cair. Sesuai untuk menu bulan puasa nanti.....Nak mencuba?..Che mat kongsikan resipinya di bawah ini...

Bahan-Bahan Tauhu Goreng Singapura
  • 4 keping tauhu saiz besar
  • Taugeh secukupnya, dibuang ekor, celur sekejap dan toskan
  • Timun secukupnya, dihiris halus memanjang
  • Sengkuang secukupnya, dihiris halus memanjang
  • Hirisan cili padi merah untuk hiasan (optional)

Bahan-Bahan KUAH KACANG
  • 1 cawan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar
  • 1/4 cawan jus asam jawa (1/4 cawan air panas + sebesar ibu jari asam jawa = ramas dan tapis)
  • 2 camca besar penuh kicap pekat
  • 1 camca besar kicap cair
  • 2 camca besar penuh gula (atau secukup rasa)
  • 1 camca besar cili kisar
  • 8 biji cili padi merah siam, tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, tumbuk halus
  • 1/3 cawan air panas (kalau suka cair boleh tambah air panas lagi)

Cara Membuat Tauhu Goreng Singapura

  1. UNTUK KUAH KACANG :- Masukkan cili kisar, cili padi tumbuk, bawang putih tumbuk, kicap pekat dan gula ke dalam mangkuk. Kacau rata hingga gula hancur. Tambah kacang tanah tumbuk dan gaul rata. Tuang air panas dan jus asam jawa, masukkan kicap cair dan kacau rata. Rasa dan jika ok, ketepikan.
  2. UNTUK TAUHU :- Panaskan minyak untuk goreng terendam. Tauhu dicuci, kemudian lap kering. Tabur sedikit garam halus pada tauhu tadi. Kemudian goreng terendam dalam minyak panas. Goreng hingga kelihata kekuningan pada semua bahagian, angkat dan toskan. Biar sejuk.
  3. UNTUK TAUHU GORENG SINGAPURA :- Ambil sekeping tauhu goreng yang telah sejuk. Potong kepada 9 bahagian (sebab tauhu che mat guna saiz besar). Taruk dalam pinggan sesuai. Taruk atasnya hirisan sengkuang, timun dan taugeh. Tuang kuah kacang secukupnya dan hias dengan cili padi hiris, jika suka. Hidangkan segera.... Selamat mencuba!!.

Resepi OTAK - OTAK ALA NYONYA

Resepi OTAK - OTAK ALA NYONYA − ‘Hebat-hebat rasa Maggi®Cukuprasa™’, ungkapan dari artis Amy Mastura yang sering Che Mat dengar samada di kaca TV, corong radio mau pun di media-media sosial. Pada mulanya memang tak ambil kisah sangat. Bila ke pasaraya Che Mat biasa lalu di bahagian menjual bahan-bahan dapur, ternampak juga Maggi®Cukuprasa™, dan nak dijadikan cerita, satu hari tu tergerak hati nak mencuba, ok, ambil satu, kita cuba, kalau tak cuba mana nak tau betul ke tidak Maggi®Cukuprasa™ boleh menambah kelazatan dalam masakan kita. Sambil – sambil tu Che Mat teruskan beli barang-barang dapur sambil otak ligat fikir menu apa yang nak dimasak menggunakan Maggi®Cukuprasa™ ni, maklumlah baru nak mencuba buat pertama kali.



Tiba-tiba teringat satu resipi yang memang dah lama nak buat, Cuma belum ada kesempatan nak mencuba. Dah terlanjur beli barang dapur, Che Mat beli sekali bahan-bahan mentah untuk buat Otak-Otak Ala Nyonya. Satu petua di dapur, jika anda hendak memasak satu-satu resipi, senaraikan bahan-bahan yang diperlukan agar semua cukup lengkap. Baru hasilnya lebih sempurna. Adakah dengan menambah Maggi®Cukuprasa™ masakan kita jadi lebih hebat dan mantap?....ehem, berdebar-debar dah ni…

Dari apa yang Che Mat tau, Maggi®Cukuprasa™ ini diperbuat dari bahan-bahan terpilih. Dalam masa sama ditambah dengan bawang merah, bawang putih, garam dan penambah perasa. Jadinya bila kita memasak, tak perlu masukkan garam dan serbuk perasa (MSG), sebab semuanya dah cukup lengkap. Kerja memasak bertambah senang dan cepat jadinya.

Dengan begitu teruja, Che Mat taburkan kurang lebih ¾ camca besar Maggi®Cukuprasa™  dalam pes rempah untuk Otak-Otak Ala Nyonya. Memang betullah!, rasa dia memang berbeza. Enak dan tak perlu guna banyak dah cukup rasa masin dan lemaknya. Boleh guna dalam semua jenis masakan, pasti terasa kelainannya. Bila masakan kita lazat, pasti yang menikmatinya lebih berselera, kita pun rasa puas. Hidangan yang enak dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan seperti Che Mat dan Maggi®Cukuprasa™. Oh yea, lupa nak cerita, Otak-Otak Ala Nyonya tu kan, rasa dia…Lazat berganda gara-gara Maggi®Cukuprasa™!

Ingin mencuba Otak-Otak Ala Nyonya?....Jommm kita intai resipinya…

Bahan-Bahan OTAK - OTAK ALA NYONYA

  • 300 gram isi ikan tenggiri, cincang halus
  • 8 - 10 helai daun kaduk, cuci dan lap kering
  • 2 helai daun limau purut, hiris halus
  • 1 helai daun kunyit, hiris halus
  • 1 camca besar penuh gula
  • 3/4 camca besar Maggi®Cukuprasa™
  • 3/4 camca besar serbuk ketumbar
  • 3 camca besar kelapa parut, tumbuk lumat
  • 5 camca besar pati santan
  • 1 camca besar penuh tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 8 helai daun pisang berukuran 18cm X 20cm, cuci dan lap kering
  • Lidi sate secukupnya


Bahan-Bahan KISAR HALUS...

  • 8 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 5 biji buah keras, hiris
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji cili merah
  • 10 tangkai cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas sekejap, toskan
  • Sebesar ibu jari, belacan, dibakar


Cara Membuat  OTAK - OTAK ALA NYONYA

  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam non-stick pan. Tumis bahan-bahan kisar halus hingga wangi dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan gula, serbuk ketumbar dan Maggi®Cukuprasa™, kacau rata dan masak sekejap. Matikan api dan sejukkan.
  2. Masukkan isi ikan tenggiri ke dalam mangkuk. Tambah santan, telur, tepung ubi, bahan-bahan dari no. 1 dan kelapa parut yang telah ditumbuk tadi. Gaul hingga semua rata dan sebati. Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit, kacau rata dan ketepikan.
  3. Ambil sehelai daun pisang, sapu sedikit minyak masak atasnya, alas dengan 1 atau 2 helai daun kaduk. Sudukan 2 camca besar adunan otak-otak, ratakan dan bungkuS seperti membuat lepat pisang. Sematkan hujung kiri dan kanannya dengan lidi sate, kemaskan. Buat hingga siap.
  4. Panaskan alat pemanggang (sama ada bara api atau non-stick pan), sapu sedikit minyak dan panggang atau bakar otak-otak dengan api kecil, 5 - 6 minit untuk setiap bahagian. Balik-balikkan otak-otak agar masak sekata. Boleh hidangkan....Selamat mencuba!!

Resepi Pavlova Manis Sedap dan Mudah

Resepi Pavlova Manis Sedap dan Mudah – Saat tengok facebook, teman saya post pavlova yang ia buat. Sedap rasa lihat ianya. Suka juga lihat pavlova yang di meriahkan dengan buah-buahan segar, seperti strawberry, anggur, kiwi. Teringin pula nak cuba sendiri buatnya. Buat pavlova memang tak susah sangat, tapi saya malas nak buatnya kerana manis, buat gemuk dan sakit gigi je. Kalau yang ada gula berlebih di dalam badan, jangan cuba lah untuk makan pavlova. Memang manis sangat walaupun sudah di kurangkan gulanya. Jom kita intai resepi pavlova sedap dan mudah.



Bahan-bahan buat pavlova:
  • 4 biji putih telur
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 susu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka makan

Bahan hiasan pavlova:
  • Wiping Cream
  • Strawberry di potong dadu
  • Kiwi di potong dadu
  • Blueberry
  • Markisa di hiris

Cara buat pavlova:
  • Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
  • Masukkan gula kastor sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
  • Masukkan tepung jagung, esen vanila, dan cuka dalam bekas kecil. Kacau hingga rata.
  • Masukkan ke dalam adunan telur dan gaul hingga rata.
  • Letakkan adunan di atas baking paper yang telah di buat bulat.
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 120 darjah selama 1 jam atau hingga masak.
  • Tutup oven dan sejukkan pavlova.

Cara buat hiasan pavlova:
  1. Whiping cream di pukul dengan kelajuan maksima hingga kental.
  2. Letakkan whiping cream di atas pavlova guna piping bag.
  3. Hias dengan strawberry, kiwi, blueberry dan markisa.

Itulah resepi pavlova manis sedap dan mudah yang boleh saya kongsikan hari ini. Sedikit tips dalam memilih buah, pilihlah buah-buahan segar yang agak masak guna menyeimbangkan rasa pavlova yang manis sangat. Kalau nak cuba makanan manis lainnya, boleh cuba resepi puding karamel.

Resepi Nasi Goreng Cina Sedap dan Mudah

Resepi Nasi Goreng Cina Sedap dan Mudah − Sebelumnya saya pernah membahas resepi nasi goreng kampung, pada hari ini saya nak kongsikan resepi nasi goreng cina sedap dan mudah. Sebenarnya tidak ada yang berbeza dengan bahan yang biasa digunakan untuk nasi goreng. Cuma sahaja teknik yang digunakan sedikit berbeza, seperti telur yang digoreng garing sebelum dimasukkan nasi. Kalau nak cuba membuatnya, boleh tengok resepi nasi goreng cina di bawah ini.



Bahan-bahan buat nasi goreng cina:
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 1/2 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih di tumbuk
  • 4 ulas bawang merah di hiris
  • 1 sudu besar lada sulah di tumbuk
  • 2 biji telur
  • isi ayam dan udang secukupnya
  • karot, cili padi, sayur kubis dan daun bawang di hiris
  • minyak bijan
  • minyak masak

Cara buat nasi goreng cina:
  1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan gaul hingga rata.
  2. Panaskan minyak masak dan minyak bijan.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah, ayam, dan karot.
  4. Masukkan sedikit air, udang, cili padi dan lada sulah.
  5. Ketepikan dan tuang telur. Kacau rata hingga telur masak. Boleh tambah minyak jika nampak kering.
  6. Masukkan garam dan gula sebagai perasa.
  7. Masukkan nasi tadi dan kacau hingga rata.
  8. Masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau hingga sayur agak lembut.
Resepi nasi goreng cina sudah sedia dihidangkan. Dengan bahan nasi putih dan bumbu rempah sederhana, boleh menghasilkan masakan selazat nasi goreng cina ini. Memang sedap, kalau tak percaya cuba sendiri.

Resepi Nasi Minyak Sedap dan Simple

Resepi Nasi Minyak Sedap dan Simple – Setiap kali saya mendatangi majlis perkhawinan di Johor, nasi minyak selalu menjadi hidangan utamanya. Akhir-akhir ini ramai juga yang cari cara buat resepi nasi minyak sedap dan simple. Mungkin sahaja orang lebih suka kerana ia lebih enak dengan rempahnya dan boleh dimakan dengan lauk beriani. Cara memasak nasi minyak ini lebih ringkas dan mudah daripada buat nasi beriani yang lebih rumit. Apalagi raanya sedap dan lazat.
Nasi Minyak Sedap dan Simple



Hari ini saya akan kongsi resepi nasi minyak yang sedap dan simple. Untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, gunakanlah nasi dengan butir yang lembut, berderai, dan beras yang berwarna kuning keemasan. Jom kita intai apa saja bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan buat nasi minyak:
  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan susu cair
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan kismis
  • 4 ulas bawang merah di hiris
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • 2 helai daun pandan siat 2 dan simpul
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh maggi
  • 1 inci halia di hiris
  • 1 batang serai di titik

Bahan tumis:
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkit
  • 3 biji pelaga

Cara buat nasi minyak:
  1. Masukkan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk.
  2. Tumis bahan tumis, daun pandan dan serai sehingga harum.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah di hiris. Masak sehingga bau naik.
  4. Masukkan sedikit-sedikit susu cair hingga habis, dan masukkan air secukupnya.
  5. Tambahkan garam dan maggi secukup rasa, dan kacau sehingga rata.
  6. Masukkan beras basmathi, tutup periuk dan tanak nasinya.
  7. Bila sudah setengah masak, ambil chopstick dan buat lubang kecil.
  8. Letakkan 1 titik pewarna kuning telur di setiap lubang.
  9. Tutup semula periuk dan biarkan nasi di tanak sehingga masak sepenuhnya.
  10. Bila sudah masak, gemburkan nasi biar warnanya sekata.

Mudah bukan cara membuat resepi nasi minyak yang saya kongsikan? Tak sabar nak makan. Kebiasaan saya makan nasi minyak dilawankan dengan ayam masak merah atau daging masak hitam. Bila suka, anda boleh masukkan kismis setelah memasukkan susu cair dan air.

Resepi Rendang Ayam Sedap dan Simple

Resepi Rendang Ayam Sedap dan Simple − Setelah beberapa hari ini masak ikan goreng, teringin pula untuk masak resepi rendang ayam sedap dan simple. Sudah lama juga tak membuatnya. Saya biasa bercadang menggunakan resepi ini untuk masakan pada hari raya. Resepi ini menggunakan 2 ekor ayam. Rendang ini bila dikacau lama-lama dengan api kecil lebih sedap, hingga warna menjadi gelap. Rendang juga merupakan masakan yang tahan lama dan lambat basi kerana bahan-bahannya dihiris dan ditumis terlebih dahulu.



Resepi rendang ayam sedap dan simple ni boleh dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Ada beberapa cara memasak rendang, cara pertama menggunakan kaedah tumis bahan kisar di dalam minyak, dan cara kedua tidak menggunakan minyak, tetapi dimasak dalam santan pekat hingga pecah minyak. Yang akan saya kongsikan kali ini menggunakan kaedah pertama.

Bahan-bahan buat rendang ayam:
  • 2 ekor ayam
  • 1 kg bawang merah di hiris
  • 3 labu bawang putih di hiris
  • 4 inci halia di hiris
  • 4 inci lengkuas di tumbuk
  • 2 inci kunyit hidup di tumbuk
  • 4 batang serai di titik
  • 4 senduk cili kisar
  • 4 kg santan
  • 2 keping asam keping
  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • garam
  • gula
  • daun kunyit
  • kerisik

Cara buat rendang ayam:
  1. Pertama-tama panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris dan serai sehingga wangi.
  2. Lepas tu, masukkan cili kisar dan kunyit beserta lengkuas dan tumis sehingga benar-benar garing.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga kecut.
  4. Masukkan santan dan masak dengan api perlahan je.
  5. Terakhir, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa, dan masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.
Itulah cara membuat resepi rendang ayam sedap dan simple yang boleh saya kongsikan. Jika anda suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum tutup api. Untuk mendapatkan kuah gelap, setelah ayam masak keluarkan ayamnya dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan. Rendang ayam ni lebih sedap dimakan bila masih panas.

Resepi Maggi Goreng Sedap dan Mudah

Resepi Maggi Goreng Sedap dan Mudah − Pusing sarapan apa yang sedap di buat pagi ini? Jom ikut saya cuba buat resepi maggi goreng. Anak saya yang paling besar sangat suka makan maggi goreng. Memang bila buat sendiri rasanya berbeza dengan restoran, tetapi tak kalah juga rasanya. Bahan buatnya sangat mudah dan boleh dijumpai di dapur. Cara buatnya pun simple sehingga cocok untuk masakan orang yang sibuk kerja, apalagi resepi ni ramai dicari orang bujang. Jom kita cuba buat maggi goreng.



Bahan-bahan maggi goreng:
  • 360 gm maggi di rendam air panas dan toskan
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering di kisar
  • segenggam udang kering
  • tauhu
  • taugeh
  • sawi
  • udang, kerang, sotong, dada ayam, dan daging di potong nipis
  • kicap manis
  • sos cili
  • sos tiram
  • daun sup
  • daun bawang

Cara buat maggi goreng:
  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap secukup rasa. Jangan letak garam dulu kerana sos tiram dan kicap sudah masin.
  4. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan sotong, udang, kerang, isi ayam dan daging. Kacau sehingga nampak kecut.
  6. Masukkan tauhu, maggi, taugeh dan sawi. Kacau sehingga semua mesra.
  7. Angkat dan siap di makan.

Itulah resepi maggi goreng yang sedap lagi mudah buatnya. Kalaru warna tak cantik, tambahkan sos cili dan kicap lagi. Anda boleh letakkan bawang goreng, telur mata sapi, timun dan tomato sebagai hiasan. Anda boleh juga mencuba resepi mee goreng basah.

Resepi Kek Lumut Kukus Sedap dan Lembut

Resepi Kek Lumut Kukus Sedap dan Lembut − Pertama kali terpandang kek lumut ni teman posting di facebooknya sudah mencuba resepi kek lumut. Keknya kelihatan sedap, gebu, mulus, dan menarik hati kerana warnanya hijau. Saya memang suka warna hijau, tapi belum pernah cuba buat kek yang warna hijau. Tergerak hati satu hari nak cuba buatnya.



Tak rugi selepas saya mencuba resepi kek lumut ni. Rasanya sedap dan teksturnya sangat lembut. Tidak kalah daripada kek marble. Sudah banyak versi buat kek lumut ni kerana mengikut citarasa masing-masing tapi tetap sama dalam penggunaan horlicks, seri kaya dan nestum. Yang akan saya kongsikan kali ini tidak menggunakan nestum kerana bau dan rasa horlicks sudah mencukupi. Jom intai resepinya.

Bahan-bahan buat kek lumut:
  • 1 1/2 gelas tepung gandum di ayak
  • 8 biji telur grade A
  • 450 gm mentega berkualiti
  • 200 gm horlicks
  • 1 gelas gula halus
  • 1 tin kecil seri kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna hijau

Cara buat kek lumut:
  1. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim (guna speed maksima).
  2. Masukkan sebiji telur dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana).
  3. Masukkan sebiji telur dan pukul lagi sehingga telur habis.
  4. Masukkan susu dan seri kaya.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan horlicks. Gaul hingga sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Gaul hingga sebati.
  7. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan kertas foil.
  9. Kukus adunan selama 4 jam
Selamat mencuba resepi kek lumut sedap dan lembut di atas. Kalau nak buat, pastikan gas penuh kerana masa untuk mengukus kek ini sangat lama. Takut kek belum masak gas sudah habis. Kalau nak buat rasa lain, boleh intip resepi kek marble 100% garanti sedap.

Resepi Karipap Pusing Rangup Inti Kentang

Resepi Karipap Pusing Rangup Inti Kentang − Sudah lama saya nak berhajat buat resepi karipap pusing ni. Kebiasaan beli sahaja daripada buat sendiri. Tapi memang buat sendiri memang lebih baik daripada beli di kedai dari segi cita rasa. Saya cuba lah sendiri cari resepi karipap di internet dan ketemu satu yang memang sedap dan mudah cara buat karipap pusing.



Hari ini saya bersedia kongsikan resepi karipap pusing. Kuih muih ini sangat rapuh dan sedap untuk dimakan saat minum petang bersama keluarga. Sebelum membuat karipap pusing, anda mesti buat intinya terlebih dahulu. Anda boleh membuat inti macam-macam, tapi yang saya kongsikan saat ini adalah resepi karipap pusing rangup inti kentang.

Bahan-bahan buat inti karipap:
  • 4 biji kentang saiz besar di potong dadu kecil
  • 2 sudu besar udang kering di rendam hingga lembut dan di kisar
  • 2 sudu besar iklan bilis di rendam hingga lembut dan di kisar
  • 10 tangkai cili kering di rendam hingga lembut dan di kisar
  • 3 ulas bawang merah di kisar
  • 2 ulas bawang putih di kisar
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 2 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukupnya

Cara buat inti karipap:
  • Tumis daun kari dan bahan kisar hingga naik bau dan garing.
  • Masukkan rempah kari dan masak hingga garing.
  • Masukkan kentang dan air, renih hingga kentang empuk.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa, biarkan sampai mengering.
  • Angkat dan toskan minyak.

Bahan-bahan doh A:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar veg shortening
  • 2 sudu besar marjerin

Bahan-bahan doh B:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 cawan air anggaran
  • 1 sudu kecil garam

Cara buat kulit karipap untuk doh A:
  • Satukan semua bahan ke dalam bekas. Gaul hingga sebati.
  • Bahagikan doh menjadi 4 bahagian yang sama besar. Bentuk bulat-bulat dan ketepikan.

Cara buat kulit karipap untuk doh B:
  • Masukkan tepung ke dalam bekas dan buatkan lubang di bahagian tengah.
  • Panaskan minyak dan tuang minyak panas ke dalam lubang tepung tadi.
  • Gaul dengan sudu hingga rata dan menjadi serbuk roti.
  • Gancuh garam dan air hingga larut.
  • Tuangkan air garam sedikit demi sedikit ke dalam tepung sambil di uli hingga sebati.
  • Bahagikan doh menjadi 4 bahagian yang sama besar. Bentuk bulat-bulat dan ketepikan.

Cara buat kulit karipap pusing:
  1. Canaikan satu bahagian doh B dan letakkan satu bahagian A di tengahnya.
  2. Bungkus dan kemaskan padat, kemudian dibulatkan dan ketepikan.
  3. Ulang kaedah yang sama hingga doh habis.
  4. Doh tadi di canai sederhana ketebalannya (tidak tebal tidak tipis).
  5. Lepas tu gulung menjadi selinder panjang.
  6. Canai sekali lagi dan gulung semula menjadi selinder.
  7. Ulang proses yang sama untuk doh selebihnya.
  8. Rehatkan doh selama 15 minit agar sebati dan lembut.
  9. Ambil satu bahagian doh dan potong menjadi 6 kepingan.
  10. Ambil sekeping doh dan canai bentuk bulat tebal sederhana. Jika nipis ia susah dikendalikan, jika tebal tidak enak
  11. Letakkan inti ke bahagian tengahnya. Jangan penuh sangat.
  12. Lipat dan kemaskan tepinya agar tidak terbuka semasa menggoreng nanti.
  13. Ulang proses hingga kepingan doh habis.

Itulah resepi karipap pusing rangup inti kentang yang boleh saya kongsikan. Kalau nak goreng, pastikan menggunakan minyak goreng yang betul-betul panas supaya karipap ni cantik kejadiannya. Api tidak boleh kecil sangat sebab karipap boleh menyerap banyak minyak dan buat kita muak makannya. Jangan lupa juga mencuba resepi churros sos coklat yang sudah saya kongsikan.

Resepi Spaghetti Bolognese Sedap dan Simple

Resepi Spaghetti Bolognese Sedap dan Simple – Anak-anak memang suka makan spaghetti bolognese kalau singgah ke kedai. Kemarin mereka minta makan spaghetti lagi, daripada beli terus lebih baik buat sendiri. Bukan saya tak nak buatkan untuk anak, cuma saya memang malas buatnya kerana tak berapa suka sama makanan ni. Tapi bagaimana lagi anak sudah minta terus.



Resepi spaghetti bolognese ini memang sedap dan simple. Bagi yang suka makan spaghetti, boleh mencuba resepi ini. Kalau tak nak, boleh cuba mee maggi goreng. Memang sedap. Anak-anak saya pun suka makannya dan bertambah pula mereka makan. Ramai juga yang telah mencuba dan menyatakan kesedapan resepi ini.

Bahan-bahan buat spaghetti bolognese:
  • 500 gm spaghetti sepakej
  • 500 gm daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning di cincang halus
  • 1 ulas bawang putih di cincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4 tomato segar ranum di dadu
  • 1 batang carrot di dadu kecil
  • 2 batang celery di dadu kecil
  • 1 tin cendawan butang di hiris
  • 1 kiub stok daging lembu
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar butter
  • Garam dan gula secukupnya

Cara buat spaghetti bolognese:
  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar dan masukkan 2 sudu teh garam.
  • Masukkan Spaghetti bila air mendidih.
  • Kacau sekali-sekali dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun.
  • Bila spaghetti sudah lembut, angkat dan toskan.

Cara buat kuah sos spaghetti bolognese:
  1. Panaskan minyak zaitun dan butter ke periuk yang tinggi dan dalam.
  2. Bila butter sudah cair dan berbuih, masukkan bawang besar dan bawang putih cincang sehingga layu.
  3. Masukkan daging cincang sambil di ketuk-ketuk.
  4. Goreng hingga daging keperangan.
  5. Masukkan semua sayuran dan goreng hingga lembut.
  6. Masukkan susu dan kuatkan api hingga susu mendidih sambil di kacau selalu.
  7. Bila semua susu telah dirasa meresap di daging, masukkan tomato puri dan tomato segar.
  8. Masukkan 2 tin air ke dalam kuah dengan gunakan tin tomato puri.
  9. Kacau sos sambil di tekan-tekan sehingga tomato hancur.
  10. Masukkan herba, kiub, garam dan gula secukup rasa.
  11. Biar mendidih sekira 7 minit dan perlahankan api.
  12. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.

Bila anda mencuba resepi spaghetti bolognese sedap dan simple ini, anda mesti rasa dan timbang sendiri masa, manis dan masin sosnya. Anda boleh cuma renih 1 jam untuk buat sos pekat dan cantik. Beza dengan orang Itali yang merenih sos sampai 4 jam.