Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips

shares

Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips – Resepi Biskut Red Velvet istimewa, sesuai juga untuk dihidangkan pada hari raya atau di 'dessert table' di majlis hari jadi. Biskut atau cookies begini termasuk dalam kategoi 'drop cookies' kerana teksturnya yang melekit dan disudukan dengan secukupnya kemudian dijatuhkan di atas dulang pembakar.



Resepi diambil dari website cookingclassy.com. Tekstur biskut ni rangup di luar, lembut di dalam, chewy dan sangat sedap. Kalau anda sukakan biskut lebih rangup, bakar dengan lebih lama (anggaran lebih 3 hingga 4 minit).

Satu cara yang Che Nom suka buat dengan drop cookies ialah rehatkan biskut dahulu di dalam peti ais selama 10-15 minit sebelum dibakar supaya biskut tidak terlalu melebar dan mengekalkan sedikit ketebalan yang sesuai. Sila lah cuba. Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah, Che Nom akan cuba jawab.

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 35 biji

Bahan-Bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 3/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan mentega, lembutkan
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil vinegar atau cuka makan
  • 1 biji telur Gred A
  • 1 1/2 sudu kecil ekstract vanilla
  • 1 1/2 sudu kecil pewarna merah
  • 3/4 cawan white chocolate chips

Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan mixer, putar mentega bersama gula kastor dan vinegar sehingga putih dan kembang. Anggaran dalam 3-4 minit.
  3. Masukkan pula telur, esen vanilla dan pewarna merah kemudian pukul sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan separuh white chocolate chip. Separuh lagi digunakan untuk hiasan sebelum dibakar.
  5. Sudukan doh menggunakan ice ceram scoop di atas dukang yang dilapik dengan kertas minyak. Kalau tak ada ice cream scoop sudu pun boleh cuma saiz harus sekata supaya waktu masak adalah sama.
  6. Masukkan doh yang sudah di scoop tadi ke dalam peti ais selama 15 minit. Ini adalah supaya biskut tidak terlalu nipis dan melebar apabila dibakar.
  7. Bakar pada suhu 160°C selama 9-11 minit. Masa adalah bergantung pada saiz oven dan jenis oven anda.
  8. Angkat dan sejukkan biskut di atas redai. Biskut memang lembut apabila baru masak dan panas, tetapi akan mengeras di waktu proses penyejukan.
  9. Simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya

Related Posts