Resepi Biskut Coklat Mocha

shares

Resipi Biskut Coklat Mocha ini diambil dari blog Resipi Citarasawan. Memang sedap sangat biskut ni..anak-anak Che Nom sangat suka dan pastinya akan jadi biskut utama hidangan hari raya nanti.



Kak Wan gunakan Mocha emulco, tapi Che Nom gantikan dengan ‘Cappuccino Paste’ yang di dibeli di kedai bakery. Satu lagi bahan yang anda tak boleh tinggalkan ialahemplex iaitu bahan untuk merangupkan biskut. Kalau tak letak emplex…biskut akankurang rangup dan teksturnya menjadi agak kurang menarik. Sila lah cuba :)

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 80 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biskut:
  • 200g mentega
  • 50g shortening
  • 150g gula perang
  • 1/2 sudu besar paste cappucino
  • 40g putih telur
  • coklat chip untuk hiasan (Che Nom guna white choc chip)

Bahan untuk diayak:
  • 340g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 10g serbuk koko

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk biskut :
  1. Pukul mentega hingga lembut dan putih kemudian masukkan gula dan paste cappucino dan pukul sebati.
  2. Masukkan putih telur, teruskan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih (Che Nom rehatkan 1 jam sebab tak cukup masa).
  4. Masukkan doh ke dalam acuan terap dan terap di atas dulang pembakar yand dilapik dengan kertas minyak (kak Wan gunakan nozzle 866 untuk picitkan doh). Hias dengan white coklat di tengah-tengah.
  5. Bakar pada suhu 170°C selama 10-15 minit.
  6. Angkat dan sejukkan, kemudian baru simpan di dalam bekas kedap udara.

Related Posts