Resepi Biskut Crunchy Caramel Almond

Biskut Crunchy Caramel Almond atau juga dikenali sebagai Biskut Florentine adalah biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Nama florentine diambil dari namatepung yang digunakan dalam resipi ini.



Jangan terkejut kalau lihat di dalam resipi tiada sebarang gula digunakan sebab tepung florentine sudah mengandungi gula dan campuran yang secukupnya sebagai asas gula karamel. Cuma mungkin harganya agak mahal. Che Nom beli tepung bienetta atau florentine yang beratnya 600g pada harga RM23. Boleh didapati dengan mudah di kedai bakeri.

Kalau nak beli biskut ni memang mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berkos tinggi. Puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu dihari raya.

Masa:

Penyediaan: 10 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 25 minit

Jumlah Hidangan : 8 orang

Bahan-Bahan:
  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam (sliced almond)
  • 50 gram kuaci putih (sunflower seed)
  • 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
  • 2 sudu besar bijan hitam

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
  3. Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14"×14" yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
  4. Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.

Tips:
Kalau tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.

Resepi Kuih Siput Rangup

Resepi Kuih Siput Rangup – Resipi Kuih Siput, kuih tradisional yang tidak asing lagi buat masyarakat Melayu. Dari zaman nenek dan ibu kita lagi kuih ini sudah terkenal dan digemari ramai. Che Nom gunakan mentega jenama Puteri untuk bancuhan tepung. Mentega sangat penting untuk menjadikan kuih siput rangup dan gebu bila dimakan.



Masa:

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan-Bahan:
  • 500 gram tepung gandum
  • 150 gram majerin
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
  • 1 biji telur
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 150 ml air

Cara Penyediaan:
  1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega dan sejukkan.
  3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
  4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
  5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.
  6. Rehatkan doh seketika.
  7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
  8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips:
Jika anda nak sediakan kuih siput untuk hidangan hari raya, bokeh digandakan adunan ini kepada 2.

Resepi Popia Nestum Sedap

Resepi Popia Nestum Sedap, yang sangat sedap dan hanya menggunakan beberapa jenis bahan yang mudah didapati di kedai atau pasaraya. Cuma proses menggulungnya agak remeh tetapi hasilnya amat memuaskan hati. Kos nya jauh lebih murah jika buat sendiri berbanding dengan kuih yang dibeli. Anda boleh cuba kuih ini untuk dihidangkan di hari raya nanti. Buat keluarga besar, jika ramai-ramai bergotong rotong menyiapkannya, pasti seronok dan cepat siap.



Masa:

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan-Bahan:

Bahan untuk popia nestum:
  • 1 bungkus kulit popia
  • 1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus

Bahan untuk gam:
  • 2 sudu besar tepung
  • 1/4 cawan air

Cara Penyediaan:
  1. Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
  2. Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
  3. Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
  4. Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
  5. Goreng sehingga kekuningan.
  6. Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.
Tips:
Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.

Resepi Brownie Cookies

Resepi coklat brownie cookies yang sangat sedap dan cookies ni memang kegemaran Che Nom sekeluarga. Anda harus gunakan dark chocolate yang berkualiti tinggikerana akan menghasilkan brownie cookies yang sangat sedap. Tekstur nya adalah rangup di luar dan lembut di dalam.



Sangat sesuai di hidangkan bersama kopi buat minum petang. Resepi ni Che Nom ambil dari blogger yang berasal dari Norway, dan apa yang membuatkan cookies ni bertambah sedap bila dimasukkan ketulan coklat, apabila dibakar akan cair di dalamnya. Resepi yang harus dicuba!

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit

Jumlah Hidangan : 30 biji

Bahan-Bahan:
  • 350 g dark chocolate
  • 40 g (3 sudu besar) mentega
  • 2 biji telur + 1 biji kuning telur
  • 2/3 cawan (150 g) gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 cawan (35 g) tepung gandum
  • ¼ sudu teh baking powder

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 180 °C.
  2. Cairkan 200 g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler).
  3. Cincang kasar baki 150 g dark chocolate tadi dan ketepikan.
  4. Pukul gula bersama telur dan esen vanilla sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa dalam 10-15 minit.
  5. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur.
  6. Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula hingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik.
  7. Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais.
  8. Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment.
  9. Bakar di dalam oven selama 9-11 minit.
  10. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.
Tips:
Adunan telur, gula dan esen vanila harus dipukul sehingga kembang 3 kali ganda supaya biskut akan lembut di tengah dan menghasilkan lapisan kedut, kilat dan merekah dengan cantik apabila dibakar. Doh pula mesti direhatkan di dalam peti ais supaya adunan rehat dan senang dibentuk, juga dapat mengawal cookies dari merebak dengan banyak ke bahagian tepi dan terlalu leper.

Resepi Biskut Dam

Resepi Biskut Dam yang sungguh ranggup dan sedap. Rahsia untuk mendapatkan biskut yang rangup dan mudah dibentuk adalah memasukkan doh ke dalam freezer selamat beberapa minit.



Masa:

Penyediaan: 2 jam | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: minutes

Jumlah Hidangan : 40 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh vanilla:
  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
  • 220g tepung kek, ayak
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan untuk doh coklat:
  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
  • 190g tepung kek
  • 30g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk doh vanilla:
  • Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  • Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  • Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.

Cara-cara untuk doh coklat:
  • Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  • Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  • Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.

Cara untuk biskut dam:
  • Susun kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.
  • Susun kepingan coklat-vanilla-coklat.
  • Sejukkan kembali di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi doh setebal 1 m. Pastikan potong dengan sama rata.
  • Ambil 3 keping doh yang dipotong tadi dan susun bertindan secara berselang seli. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
  • Che Nom sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1 cm. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas parchment.
  • Panaskan oven pada suhu 150°C. Bakar biskut selama 15-20 minit.

Tips:
Bancuhan doh biskut ini sangat lembut, dan tujuan penyejukkan ialah supaya doh rehat dan senang dibentuk. Apabila dalam keadaan sejuk, potongan biskut dan akan menjadi cantik dan tepat.

Resepi Biskut Keju Cheddar Rangup

Resepi Biskut Keju Cheddar Rangup – Biskut Keju Cheddar Rangup yang boleh disediakan sebagai biskut untuk juadah di hari raya. Rasa biskut ini sangat sedap dan lemak masin dari keju cheddar memberikan kelainan rasa kepada biskut ini.



Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 45 minit

Jumlah Hidangan : 50 biji

Bahan-Bahan:
  • 300g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 250g mentega
  • 130g gula icing
  • 1 biji telur, suhu bilik
  • 100g parutan keju cheddar

Bahan-bahan untuk hiasan:
  • 1 biji telur +1 sudu besar air, bancuh sebati
  • parutan keju cheddar secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan soda bikarbonat bersama dan ketepikan.
  3. Pukul gula dan mentega sehingga putih dan kembang
  4. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan adun dengan sekata.
  5. Masukkan parutan keju cheddar bersama bahan ayak. Uli adunan sehingga sebati.
  6. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai doh dan terap mengikut acuan kesukaan anda. Sapu dengan bancuhan telur dan tabur dengan parutan keju cheddar sebagai hiasan.

Tips:
Doh harus direhatkan seketika supaya bahan-bahan kering menyerap lembapan, lebih senang dibentuk dan menghasilkan tekstur yang lebih baik untuk biskut.

Resepi Biskut Mentega Kacang

Resepi Biskut Mentega Kacang, biskut klasik yang diadaptasi dari resepi barat. Biskut ini sangat sedap, rangup dan berlemak. Che Nom gunakan mentega kacang yang rangup supaya ada tekstur kekacang rangup di dalam biskut apabila dikunyah. Anda boleh juga gunakan mentega kacang berkrim yang biasa sebangai ganti.



Tak ada masalah. Untuk sukatan gula pula..boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis. Tetapi jangan kurang sangat, nanti tak sedap pula. Ada dua jenis gula digunakan dalam resepi biskut ni. Satu gula kastor biasa dan satu lagi gula perang. Gula perang akan membangkitkan rasa manis lebih lembut kepada biskut ini. Selamat mencuba.

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit

Jumlah Hidangan : 50 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biskut:
  • 230g mentega kacang rangup (crunchy peanut butter)
  • 75g mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 90g gula kastor
  • 90g gula perang
  • 1 biji telur, saiz A
  • 140g tepung naik sendiri, ayak

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk biskut:
  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Pukul mentega, mentega kacang dan telur sehingga berkrim.
  3. Masukkan gula kastor dan gula perang dan teruskan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. Uli doh sebesar biji guli, susun di atas loyang dan tekan dengan garfu.
  6. Bakar selama 10 minit.
  7. Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Tips:
Jika anda rasa biskut ni rupanya terlalu simple, boleh dihiaskan dengan potongan ceri atau coklat dan white drizzle supaya kelihatan lebih menarik.

Resepi Biskut Thumb Print

Resepi Biskut Thumb Print yang sangat mudah tapi menghasilkan biskut yang cantik dan menarik. Orang putih panggil biskut ni sebagai ‘festive cookies’ kerana selalu dihidangkan pada waktu perayaan mereka. Sesuai sangat kalau nak hidangkan di Hari Raya nanti. Biskut ni adalah salah satu biskut kegemaran Che Nom.



Pastikan anda gunakan jem dan butter/mentega berkualiti tinggi. Untuk resepi ini, Che Nom gunakan unsalted butter. Tapi jika ada gunakan salted butter, tak perlu lagi letak garam ye, abaikan sukatan garam dalam resepi tu. Bagi Che Nom, penggunaan unsalted butter lagi sedap untuk biskut. Tapi tak ada masalah jika guna salted butter pun. Jem pula, boleh gunakan jem apa sahaja yang anda suka. Jem raspberry, jem blueberry, jem aprikot..semua ikut selera masing-masing. Anda harus cuba resepi biskut ni.

Masa:

Penyediaan: 2 jam 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: minit

Jumlah Hidangan : 60 Biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biskut:
  • 170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik
  • 150g (2/3 cawan) gula
  • 1 biji telur, size besar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder
  • ¼ sudu teh garam
  • Jem strawberry secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
  4. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  6. Tutup doh atau balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti ais selama 2 jam.
  7. Keluarkan dan uli doh bulat-bulat kecil sebesar biji guli. Tekan dengan ibu jari membentuk lubang kecil.
  8. Sudukan sedikit jem di atas supaya memenuhi lubang kecil, tetapi jangan terlalu penuh nanti jem akan melimpah apabila dibakar.
  9. Bakar selama 10-15 minit, atau sehingga kekuningan.
  10. Angkat dan sejukkan.

Tips:
Boleh juga gunakan hujung senduk untuk membuat lubang pada bahagian atas doh.

Resepi Samosa

Resepi Samosa yang disediakan bersama inti daging. Boleh diganti dengan ayam.



Masa:

Penyediaan: 40 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 50 minit

Jumlah Hidangan : 30 biji

Bahan-Bahan:

Bahan untuk inti:
  • 3 biji kentang saiz besar atau 500 g kentang, dipotong dadu
  • 1 batang karot, dipotong dadu
  • sayur campur (jika suka, dan kalau guna sayur campur tak perlu lagi masukkan karot)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 cawan daging atau ayam cincang
  • 1/2 senduk minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk kulit samosa:
  • kulit popia secukupnya
  • 2 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan sedikit air

Cara Penyediaan:

Cara untuk inti:
  1. Rebus kentang separuh masak dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, kemudian diikuti bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Bancuh serbuk rempah kari dengan sedikit air, dan tuang ke dalam bahan tumis tadi.
  4. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak. Kalau minyak agak berkurangan, boleh tambahkan lagi minyak supaya rempah masak sempurna.
  5. Apabila rempah sudah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak, masukkan daging atau ayam kisar. Kacau sehingga daging masak.
  6. Masukkan karot (atau sayur campur). Masak sehingga karot lembut kemudian diikuti kentang.
  7. Perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
  8. Angkat dan sejukkan. Apabila inti telah sejuk, boleh di balut dengan kulit popia.

Resepi Pau Gebu dan Lembut

Resepi Pau Gebu dan Lembut yang memang sangat gebu dan lembut. Resepi asal adalah dari myresipi.com. Kepada sesiapa yang teringin nak buat pau sendiri, sila lah cuba resipi ini. Hasilnya pasti tak mengecewakan. Saya gunakan tepung pau, boleh juga kalau gunakan tepung Hong Kong kerana pau yang dihasilkan akan menjadi putih berbanding jika kita gunakan tepung gandum.



Masa:

Penyediaan: 50 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 60 minit

Jumlah Hidangan : 8-10 biji

Bahan-Bahan:
  • 250 gram tepung pau atau tepung Hong Kong
  • 3/4 sudu teh yis kering
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 4 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar lemak sayuran atau shortening
  • 1 sudu teh bread softner
  • 1/2 cawan air suam

Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung di dalam mangkuk kemudian tambah yis, baking powder dan bread softner. Kacau adunan sehingga bergaul sebati.
  2. Tuang air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, tambahkan pula lemak sayuran dan uli doh selama lebih kurang 10 minit atau sehingga licin dan tidak melekat. Rehatkan doh selama 10 minit.
  3. Jika menggunakan breadmaker, sila ikut arahan mengikut bradmaker anda dan biarkan selama 10 minit sahaja kemudian angkat keluar doh.
  4. Bahagikan doh kepada 10 bahagian (saya bahagikan doh kepada 8 sahaja).
  5. Masukkan inti kesukaan anda dan tutup/pintal kemas di bahagian bawah.
  6. Letakkan bahagian yang dipintal dia atas permukaan kertas bersih bersaiz 2x2 inci.
  7. Tutup dan rehatkan pau selama 45 minit. Panaskan kukusan sehingga air betul-betul mendidih dan kukus selama 10 minit. Angkat dan sejukkan.

Tips:
Saya ikat penutup pau dengan kain supaya wap air tidak menitik di atas pau semasa proses mengukus, dan pau akan terhasil dengan cantik.

Resepi Burger Malaysia Terbaik

Resepi Burger Malaysia terbaik dan paling sedap. Dah lama Che' Nom nak cuba buat burger malaysia ni sebab memang suka makan tapi cuma sekarang baru ada kerajinan nak mencuba. Inti sambal ikan bilis haruslah agak pekat supaya burger malaysia tidak lembik kerana kuah sambal yang cair dan bun pasti kekal lembut dan gebu.



Masa:

Penyediaan: 1 jam 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: minit

Jumlah Hidangan : 12

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan (256g) tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar majerin atau shortening
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 1/2 sudu besar gula halus
  • 180ml air suam

Cara Penyediaan:
  1. Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
  2. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
  3. Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
  4. Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
  5. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
  6. Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
  7. Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
  8. Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit
  9. Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
  10. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.

Tips:
Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat

Resepi Kuih Qasidah

Resepi Kuih Qasidah ini boleh dikatakan kuih tradisi yang klasik..kuih dulu yang mak kita suka buat terutamanya masa bulan puasa. Resepi kuih ni sangat mudah. Saya memang suka tengok mak buat kuih ni dulu-dulu. Ada 2 versi kuih Qasidah, satu versi sebelah utara dan satu lagi sebelah pantai timur. Keduanya ada kelainan tersendiri. Resepi yang saya kongsikan ni adalah versi utara. Silakanlah mencuba :)



Masa:

Penyediaan: 5 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 25 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur makan
  • 1 sudu besar minyak sapi (tak letak pun tak apa)

Bahan untuk hiasan:
  • 6 ulas bawang merah
  • secubit garam

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kuih:
  • Di dalam periuk, bancuh tepung bersama air, gula, garam, air kapur. Kacau sebati.
  • Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit. Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak. Ratakan adunan dan tabur dengan bawang goreng bersama sedikit minyak dari gorengan bawang tadi. Potong apabila sudah sejuk.

Cara untuk bahan hiasan:
  • Buang kulit dan hiris bawang nipis-nipis. Gaulkan dengan cuma secubit garam supaya bawang goreng menjadi lebih rangup dan enak.Jangan terlebih garam nanti masin. Goreng sehingga kekuningan.

Resepi Sandwich Telur Sedap

Resepi Sandwich Telur Sedap yang paling mudah untuk disediakan di waktu sarapan pagi atau minum petang. Sesuai desediakan untuk bekalan sarapan anak-anak ke sekolah juga.



Masa:

Penyediaan: 10 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 15 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:
  • 4 biji telur, direbus
  • 8 keping roti sandwich
  • Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
  • 1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
  • 2-3 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Daun salad
  • Tomato

Cara Penyediaan:
  1. Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.
  2. Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.
  3. Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati.
  4. Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.

Resepi Agar-agar Koktail

Resepi agar-agar koktail yang menggunakan buah-buahan koktel di dalam tin. Juadah pencuci mulut yang begitu mudah untuk disediakan dan bahan-bahan mudah didapati.



Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap. Cuma perlu diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cari akan berketul-ketul dan teksturnya menjadi tidak cantik.

Masa:

Penyediaan: 5 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 15 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang makan

Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
  • 900 ml air
  • 1 tin koktel buah-buahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:
  1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut
  2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
  3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
  4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan

Resepi Badak Berendam

Resepi badak berendam yang sesuai dimakan sebagai pencuci mulut. Che Nom buat 2 warna supaya nampak menarik dan menyelerakan. Selamat mencuba :)



Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 25 biji

Bahan-Bahan:

Bahan untuk inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu besar gula pasir
  • gula melaka secukupnya
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai dauh pandan, ikat simpul

Bahan untuk kuah:
  • 3 cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, ikat simpul

Bahan untuk badak berendam:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna merah
  • pewarna hijau

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk inti kelapa:
  • Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang ,anis, tambah lagi ketulan gula melaka. Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat.

Cara-cara untuk kuah santan:
  • Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.
  • Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.
  • Hidangkan bersama bebola badak berendam.

Cara-cara untuk badak berendam:
  • Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.
  • Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.
  • Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam kuah santan.

Resepi Apam Polkadot

Resipi Apam Polkadot yang sangat comel dan pasti anak-anak akan suka. Sesuai untuk diisikan di dalam goodie bag atau dihidang pada majlis seperti party harijadi. Bahan pun tidak susah dan kebanyakannya ada di dapur, cuma bahan seperti Ovalette perlu di dapatkan dikedai bakery. Warna pula bergantung kepada anda untuk mix and match. Selain dot dot, boleh juga dilukis berbagai corak lain. Terpulang kepada kreativiti masing-masing dan boleh dijadikan aktivi hujung minggu bersama anak-anak. :)



Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan :

Bahan-Bahan:
  • 2 biji telur size A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh ovallete
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan susu Full Cream Dutch Lady
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • Jem, jenis kesukaan anda
  • piping bag secukupnya
  • pewarna makanan

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan kukusan dan pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain untuk mengelakkan air yang terwap.
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
  3. Masukkan jem ke dalam piping bag. Ketepikan.
  4. Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  5. Masukkan ovalette dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan menjadi kembang dan putih sekata. Haruskan pastikan adunan menjadi ringan supaya menghasilkan apam yang gebu apabila dikukus nanti.
  6. Masukkan susu sedikit dan selang selikan bersama sedikit tepung sehingga habis.
  7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Terpulang kepada anda berapa warna yang diperlukan. Che Nom cuma bahagi kan kepada dua. Bancuh bersama pewarna dan masukkan ke dalam piping bag.
  8. Isikan cawan kertas ke dalam acuan lompang.
  9. Picit adunan ke dalam cawan kertas separuh penuh dan picitkan pula setompok kecil jem sebagai inti.
  10. Kemudian tutup dengan adunan yang sama tetapi jangan terlalu penuh kerana perlu ada ruang untuk apam kembang bila kukus nanti.
  11. Picit dot dot ke atas adunan.
  12. Kukus selama 15 minit.

Resepi Snack Churros

Resepi Snack Churros − Churros adalah sejenis snack yang berasaskan tepung dan dibancuh seperti kaedahchouz pastry, kemudian digoreng dan biasanya dihidangkan bersama sos coklat untuk dicicah. Churros sangat pupular di Sepanyol, France, Mexico, US dan beberapa negara lain. Ada berbagai jenis churros dan ianya berbeza mengikut negara masing-masing.



Ada resepi Churros yang gunakan telur yang banyak, tetapi setelah Che Nom cari info mengenai tekstur churros yang digemari adalah yang agak garing dan tidak terlalu lembut. Jadi, 1 biji telur sudah memadai dan tidak perlu diletakkan baking powder lagi. Anak-anak Che Nom sangat sukakannya dan walaupun sudah sejuk, bahagian luar churros ni masing lagi garing dan sedap dimakan. Cuba la ye :)

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 25 minit

Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar butter, potong dadu
  • 2 sudu kecil gula halus
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • piping bag plastik atau kertas

Bahan untuk Cinnamon Sugar (salutan gula kayu manis)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan untuk chocolate gravy (sos coklat):
  • 250g coklat bar, cincang kasar
  • 1/4 cawan butter
  • 1/2 cawan susu full cream dutch lady

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng kemudian.
  2. Dalam periuk kecil masukkan air, susu, butter, gula dan garam. Panaskan sehingga cair dan mula mendidih. Tutup api dan angkat periuk ke tepi.
  3. Masukkan tepung dan esen vanila kemudian kacau sehingga tepung menjadi sekata dan adunan tidak berketul.
  4. Masukkan pula telur dan kacau sebati. Tuang adunan ke dalam piping bag yang sudah di pasang nozze.
  5. Paip adunan di dalam minyak panas dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan gaul bersama cinnamon sugar.
  6. Hidang bersama sos coklat.

Tips:
Sewaktu proses piping di dalam minyak panas, anda boleh pipe doh dalam anggaran 2 inci panjang setiap satu dan gunting. Boleh juga pipe doh sepanjang yang anda suka di dalam kuali dan apabila diangkat kemudian, terus gunting sekata anggaran 2 inci sebelum gaul di dalam cinnamon sugar.

Resepi Lepat Pisang Istimewa

Resepi Lepat Pisang Istimewa kerana mengingatkan kepada masakan kuih bonda di kampung. Sangat sedap rasanya ditambah dengan rasa manis dari gula melaka yang cukup lengkap serba serbi rasanya. Untuk pisang Che Nom gunakan pisang awak, tapi boleh juga kalau gunakan pisang emas atau nak cuba pisang jenis lain pun boleh juga. Selepas kukus, lepat pisang akan berbau harum dari aroma daun pisang yang menambahkan lagi kesedapan lepat pisang ni. Untuk bancuhan adunan sangat mudah cuma agak remeh di bahagian daun pisang kerana haris dibersihkan dan layur di atas api supaya daun tidak mudah pecah apabila dilipat.



Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 12 bungkus

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan pisang, yang sudah dilecek
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
  • 1/4 cawan kelapa parut
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
  3. Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.
  4. Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
  5. Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.
  6. Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
  7. Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.

Tips:
Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul.

Resepi Apam Mekar Tepung Beras

Resepi Apam Mekar Tepung Beras yang gebu, lembut dan cantik sangat kejadiannya. Caranya cukup mudah dan cepat pula disediakan. Resipi ni diambil dari Kak Fida/MyResipi. Pertama kali cuba dan hasilnya sangat memuaskan, cuma Che Nom kurangkan sedikit gula dari resipi asal. Apam mekar tepung beras ni sesuai juga dihidangkan kepada kanak-kanak kerana rupanya yang comel jika diletakkan di dalam muffin cup yang kecil dan warna yang lembut dan ceria. Menarik juga jika dihidangkan di hi-tea party.



Masa:

Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit

Jumlah Hidangan : 30 biji saiz kecil

Bahan-Bahan:
  • 200 g tepung beras (2 cwn)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna atau emulco

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan kukusan. Ikat tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitik ke dalam kuih.
  2. Satukan tepung beras, baking powder dan gula. Gaul sebati.
  3. Masukkan susu dan esen vanilla ke dalam adunan kering kemudian kacau sebati. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan sekata.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Che Nom bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan pertama tiada campuran, adunan kedua ditambah pati sirap dan aduna ketiga ditambah pandan emulco.
  5. Sudukan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10-15 minit. Jika muffin cup size kecil, cuma kukus 6-7 minit sahaja.

Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Resepi Puding Sagu Gula Melaka − hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan di majlis istimewa. Bagi Che Nom, walaupun resepinya mudah tetapi sangat versatile jika dihidangkan dengan cantik dan kemas. Terima Kasih kepada blog kak Azlita Masam Manis kerana tips membilas sagu supaya hilang kanjinya. Dengan cara itu, sagu akan lebih kental dan terbentuk dengan cantik. Jangan risau jika sagu nampak agak hancur, teruskan bilas dengan air dan toskan. Untuk resipi ini, Che Nom gunakan sukatan cawan supaya mudah dan cepat. Bagi kuah santan pula, lagi sedap jika kita gunakan santan segar. Selamat mencuba :)



Masa:

Penyediaan: 45 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 55 minit

Jumlah Hidangan : 18-20 biji

Bahan-Bahan:

Bahan untuk sagu:
  • 1 1/2 cawan sagu
  • air secukupnya
  • Bahan untuk kuah santan:
  • 2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul

Bahan untuk sirap gula melaka:

  • 1 ketul besar gula melaka
  • 3 sudu besar gula merah serbuk Thai
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara Penyediaan:

  • Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
  • Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
  • Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
  • Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
  • Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.

Cara untuk kuah santan:
  • Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
  • Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.

Cara untuk sirap gula melaka:
  • Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
  • Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
  • Tapis dan sejukkan.

Tips:
Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka. Sirap gula melaka: Che Nom tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap.

Resepi Bingka Labu Sedap

Resepi Bingka Labu Sedap yang sangat sedap dan masih mengekalkan bahan tradisi asal. Che Nom tidak tambah pewarna dalam masakan kuih ini kerana warna asli labu sudah cukup menyerlah dan cantik dipandang. Caranya amat mudah, masukkan kesemua bahan dan blender atau pun boleh juga gunakan food processor dan kisar dengan halus. Masa dapat dijimatkan. Selamat Mencuba :)



Masa

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 5 biji

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (tak perlu terlalu pekat)
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu mentega, cairkan
  • 2 cawan puri labu
  • bijan secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Kupas kulit labu dan potong kiub. Steam sehingga lembut dan kemudian lecek halus. Sukat sebanyak 2 cawan.
  2. Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega. Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas dan kacau bersama puri labu.
  4. Tuang bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dengan minyak, tabur permukaan atas dengan bijan dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga bahagian atas kuih masak keperangan.
  5. Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong

Resepi Apam Balik

Resepi Apam Balik ataupun terkenal sebagai Malaysian pancake, memang kebiasaan dijual di pasar malam atau di gerai-gerai makanan. Terdapat 2 jenis apam balik iaitu yang tebal dan gebu, dan satu lagi jenis yang nipis dan rangup. Resepi ini merujuk kepada apam balik yang tebal dan gebu.



Masa: 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk apam balik:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali

Bahan-bahan untuk di tabur:
  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk apam balik:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  4. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  5. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
  6. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.

Resepi Kuih Cara Berlauk

Resepi Kuih Cara Berlauk − kuih tradisi melayu yang pasti ramai menggemarinya, apa yang menarik mengenai kuih ini anda dapat merasakan lemak dan lembut(dari kuih cara), garing(dari bawang goreng), pedas(dari cili) pada masa yang sama. Kuih ni sangat menarik jika dihidangkan di majlis atau jamuan kerana rupanya yang berwarna warni. Di bulan ramadhan, pasti kuih ini mendapat permintaan yang tinggi selain dari kuih cara yang manis.



Cara bancuhan adalan sama sahaja dengan kuih cara manis, cuma ada harus sediakan inti terlebih dahulu sama ada daging ataupun ayam..ikut selera masing-masing. Kelurga Che Nom memang suka sangat makan kuih ni terutama sekali di bulan Ramadhan ketika berbuka puasa.

Masa:

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 50 minit

Jumlah Hidangan : 15 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk inti:
  • 300g daging atau ayam kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit lada putih atau lada sulah

Bahan-bahan hiasan atas:
  • 2 biji cili merah, hiris halus
  • Bawang goreng
  • daun bawang
  • daun sup

Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 4 cawan santan cair
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil pewarna kuning

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk inti:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Cara-cara untuk adunan kuih cara:
  • Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Che Nom bancuh di dalam blender saja.
  • Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  • Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
  • Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.

Resepi Puding Karamel Coklat

Resepi Puding Karamel Coklat - Resepi ini sangat sedap dan juga agak mudah untuk dibuat.Selain itu,menu ini adalah antara resepi yang khusus bagi peminat dessert dan coklat.Disamping bulan ramadhan yang bakal menjelang ini ,Chef ingin kongsikan cara untuk membuat resepi ini bersama anda semua.Resepi ini amat sesuai jika dimasak untuk juadah berbuka.So,lepas makan nasi bolehlah makan pencuci mulut pula, takdelah terasa meloya sangat.



Bahan-Bahan Membuat Puding Karamel Coklat :

Bahan untuk buat karamel:
  • 75g gula pasir
  • 10ml air

Cara-Cara Membuat Puding Karamel Coklat:
  • Masukkan gula dan air dalam periuk kemudian didihkan sampai bertukar warna keperangan.
  • Tutup api dan tuangkan dalam bekas kecil.
  • Biarkan ianya sejuk dan mengeras.

Bahan Kastrad:
  • 400ml susu cair F&N
  • 20g coklat chip
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur
  • 65gram gula

Cara-cara membuat Puding Karamel Coklat :
  1. Pukul telur dan kuning telur bersama gula hingga gula melarut.
  2. Didihkan susu dalam kuali hingga berwap.
  3. Masukkan coklat dan gaul hingga coklat larut.
  4. Tuangkan dan tapis dalam bancuhan telur tadi dan pukol sampai sebati.
  5. Selepas itu, tuangkan ke dalam bekas yang berisi karamel tadi.
  6. Ambil loyang dan tuangkan air panas ke dalamnya.
  7. Susun bekas yang berisi puding karamel tadi ke dalam loyang yang berisi air panas.
  8. Bakarlah selama 20 – 25 minit pada suhu 150’c ( waterbath )
  9. Biarkan sejuk 2 – 3jam

P/s : Resepi Puding Karamel Coklat lebih sedap jika dibuat dengan lebih pekat.Selain itu, jangan dibakar terlalu lama kerana takut ianya menjadi terlalu kering.

Resepi Kacang Bersalut

Resepi Kacang Bersalut - Resepi ini merupakan resepi yang sangat mudah untuk dibuat.Jadi,apabila anda mempunyai masa lapang bolehlah mencuba resepi ini.Selain itu , resepi ini juga sesuai di makan pada bila-bila masa sahaja khususnya sedang menonton televisyen , beriadah dan sebagainya.



Bahan-Bahan Membuat Kacang Bersalut :
  • 600 gram kacang tanah
  • 5 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras

Cara-Cara membuat Kacang Bersalut :
  1. Bersihkan kacang tanah tetapi jangan basuh
  2. Masukkan kesemua bahan seperti bawang putih,serbuk cili,gula,garam,dan gula.Kemudian gaulkan sampai sebati dan biarkan garam dan gula hancur
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras dan pastikan tepung membalut kacang tanah
  4. Panaskan minyak dan goreng dengan menggunakan api sederhana
  5. Akhir sekali,apabila sudah masak, angkat dan tapis

P/s : Resepi Kacang Salut sesuai di makan ketika sedang beriadah.Selain itu , kalau nak lagi sedap lebihkan lagi serbuk cili.

Resepi Ikan Cencaru Sambal Sumbat

Resepi Ikan Cencaru Sumbat seperti yang kita semua tahu, ikan cencaru amat sedap jika di bakar dan di cicah bersama air asam.Selain itu ikan cencaru juga amat sedap jika disumbat sambal.Disamping itu, jika anda ingin tahu , ikan cencaru juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri juga.Oleh itu , Chef ingin kongsikan resepi bersama anda semua.



Bahan-Bahan Membuat Ikan Cencaru Sambal Sumbat :
  • Ikan cencaru ( ikut banyak mana nak) – dibelah belakang
  • 10 batang lada merah – dibakar sampai layu (nak pedas tambah lagi,kalau x tahan pedas boleh kurangkan)
  • 1 ketul belacan bakar – sebesar ibu jari
  • 3 sudu kecil pati asam jawa adabi
  • secubit secukupnya

Cara-Cara Membuat Ikan Cencaru Sambal Sumbat:
  1. Lumurkan ikan cencaru bersama garam dan kunyit kemudian ketepikan.
  2. Kisarkan atau tumbuk bahan-bahan yang dibakar sampai agak lumat kemudian tambahkan secubit gula.
  3. Masukkan pati asam jawa dan gaul sampai rata.
  4. Kemudian ambil ikan cencaru tadi dan sumbatkan dengan sambal yang telah ditumbuk.
  5. Gorengkan ikan dalam minyak dengan api yang sederhana sampai masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan

Resepi Biskut Bahtera Diraja

Resepi Biskut Bahtera Diraja − hari ini nak share resepi yang penuh kemewahhan heee..idea mereka bahtera ni trcetus kerna sempena pertbalan sultan Perak..antra itiadat menaiki bahtera disungai perak,, sebagai anak perantau amat teruja dapat menyaksikkan acara adat istiadat ini.



lihat leh betapa mewahnya muatan bahtera ni sarat dengan cheese dan intan berlian sebelum ni kita biasa mkan dn nmpak biskut ni tak de bumbung waa..yang ni trhindar dari mentari reka bertutup dan d sumbat dngan parutancheese yammmmy.... ok cini kongsi

ini lah cara step cam na buat bumbung bahtera..ummi hanya gunting aluminiun tu bntuk seperti doh penutup tu bntuk piramid pas tu cantumkan hujung bulatkn untuk letakkn dilurah bahtera tutupi dgn doh..seperti foto kemaskn  bakar bersama..Setelah masak keluarkn aluminium tu berhati2 benda tu griss dengan shotening.,sebelum digunakkan.

step by step cam na nak bina penutup tu.

BISKUT BAHTERA DIRAJA
  • 250 g mntega
  • 2 stengah cawan tpng
  • 2 sb tpung jgung
  • 1 cwn gula halus
  • 2 sb coffemate
  • 2 sb atau lebih nestum beras cerelec
  • Stngah sudu teh emplex
  • Stngh sudu teh esen vsnilla
  • Untuk inti Cheese parut dan manik hiasan
  • Pukul mntega, gula,hingga putih, masukkn bahan kering kecuali  bahan inti..buat doh.griss acu bahtera.dan aluminum. bumbung degn shotening.terapkn doh dlm acu.cucuk dgn lidi dasar biskut Letak alat d hujung ..dan terap doh tutup bntuk bumbung..kemaskn
  • bakar 150..hingga 15 minit..keluarkn acu bumbung..hati2..
  • masukkn inti chesse dlm bumbung..sapu susu cair atas biskut
  • Hiasi manik..bakar 4 5 minit lagi..ok ye dah siap..bahtera mewah.d raja sarat dengn muatan cheese..hee..

Resepi Biskut Teddy Bear

Resepi Biskut Teddy Bear − Kita masih lagi berada di bulan Ramadhan. Bila terdengar lagu Raya berkumandang.. rasa sangat sayu.. terasa cepatnya Ramadhan akan meninggalkan kita. Entahkan bila kita akan bertemu Ramadhan lagi.. Ramadhan jangan pergi....



Lagi berapa hari umat Islam akan menyambut lebaran. Pasti ibu-ibu adalah insan yang paling sibuk sekali. Menyiapkan segala kelengkapan dan keperluan anak-anak, menghias rumah dan tak kurang juga yang telah mula menyediakan juadah untuk meraikan tetamu yang bertandang ke rumah.Pasti pelbagai resepi biskut pilihan yang telah di pilih untuk menghiasi meja tamu pada hari lebaran nanti.

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi biskut raya yang sesuai untuk anak-anak. Sebagaimana yang kita sedia makhlum, kanak-kanak adalah insan yang paling gembira bila tiba hari raya. Selain mendapat duit raya, memakai pakaian dan kasut baru.. mereka juga dapat menikmati juadah biskut raya yang berwarna-warni. Seronoknya lah aiii.. jadi kanak-kanak ni kan..

Kebiasannya bila hari raya, ita pasti akan menyediakan satu biskut raya yang dapat mengamit hati si comel. Tau lahkan.. kanak-kanak ni dia suka sesuatu yang berwarna-warni dan juga yang comel-comel. Oleh itu tahun ini ita sediakan biskut Teddy Bear untuk anak ita Dalili. Pasti dia teruja dan tak sabar nak merasa biskut ini nanti.

BISKUT TEDDY BEAR
  • 300 gm butter
  • 20 gm lemak sayuran (shortening)
  • 180 gm gula icing
  • 30 gm serbuk koko
  • 200 gm tepung
  • 200 gm tepung jagung
  • 40 gm nestum
  • Satukan butter, lemak sayuran dan gula icing. Putar hingga lembut dan sebati
  • Masukkan tepung, tepung jagung, koko dan nestum.
  • Uli adunan sebati
  • Canai adunan
  • Terap adunan dengan acuan teddy bear dan susun atas dulang pembakar
  • Buatkan mata dan hiaskan dengan bentuk love dari gula ( ada jual di kedai kek)
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 30 minit

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis - Selalunya ikan bilis orang suka masak sambal cili padi , manakala tempoyak pula orang suka masak gulai . Tapi kali ini , Chef ingin ajarkan cara untuk memasak sambal tempoyak ikan bilis yang memang betul-betul padu.Sila lihat bahan di bawah untuk mencuba resepi ini.



Bahan-Bahan Membuat Sambal Tempoyak Ikan Bilis :
  • Ikan Bilis ikut banyak mana
  • Tempoyak 3 sudu besar
  • Bawang besar satu biji – dihiris
  • Bawang putih 2 ulas – dikisar
  • Cili padi 25 biji (ikut tahap kepedasan,lagi pedas lagi piau) – dikisar
  • Garam secukupnya
  • Minyak

Cara-Cara Membuat Sambal Tempoyak Ikan Bilis:
  1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi
  2. Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar
  3. Kemudian masukkan garam dan oacau sehingga sebati
  4. Masukkan tempoyak kemudian gaul sehingga rata
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati
  6. Siap untuk dihidangkan

P/s : Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis lebih sedap jika di makan bersama nasi panas.Selain itu, lebih sedap jika bahan-bahannya ditumbuk.

Resepi Cara Membuat Lamb Kabsah

Resepi Cara Membuat Lamb Kabsah − Anda penggemar Nasi Arab atau Nasi Berperisa seperti yang saya sebutkan di atas?Masih tercari2 rempah yang sedap?Hurmm kalau rempah Beriani mungkin senang didapati di pasaraya atau kedai runcit tetapi Rempah Kabsah dan Rempah Nasi Mandy agak sukar jugak.Lepas tu mungkin agak blurr jugak macam mana nak sediakan juadah nasi2 tersebut.



Bahan-bahan Membuat Lamb Kabsah
  • 700g daging kambing yang bertulang
  • 2 sudu besar rempah kabsah Al Hexa (campur sedikit air jadikan pes)
  • 1 labu bawang besar (cincang halus)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 biji tomato (dadu)
  • Rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kulit kayu manis)
  • 2 helai daun bay Al Hexa
  • Garam dan gula/perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak/butter
  • Bahan (Nasi Kabsah)
  • 4 cawan beras basmati (rendam selama 30min)
  • 4 cawan air rebusan kambing (jumlah air bergantung kepada jenis beras)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam
  • Cili hijau dan daun ketumbar
  • Gajus

Cara-cara Membuat Lamb Kabsah

Cara Masak Kambing
  • Cairkan butter dan tambah sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga,daun bay bersama bawang besar hingga terbit bau dan bawang sedikit layu,masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga garing.
  • Masukkan buah tomato yg telah didadu..kacau hingga tomato agak lembut.
  • Masukkan rempah kasah Al Hexa, tumis hingga garing dan pecah minyak
  • Masukkan kambing dan gaul sebati, biarkan sebentar untuk kecutkan daging kambing dan mesra dengan rempah tumisan.
  • Masukkan garam dan gula/perasa.Tambah air dan renehkan hingga daging kambing betul2 empuk.
  • Setelah kambing masak, asingkan daging kambing dengan air rebusan

Cara Masak Nasi
  • Ambil air rebusan kambing sebanyak 4 cawan (kalau tak cukup, tambah air panas biasa) tambahkan susu cair dan kiub ayam.Pastikan mendidih terlebih dahulu
  • Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan nasi berkerak di bahagian dasarnya.
  • Setelah nasi kering, kecilkan api dan masukkan daging kambing dan cili hijau, daun ketumbar dan taburkan gajus.Tutup periuk.Tunggu hingga nasi betul2 masak.
  • Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu..sedia dihidang bersama sos salata