Resepi Sup Ayam Sedap dan Mudah

shares

Resepi Sup Ayam Sedap dan Mudah − Hari ini saya nak kongsikan resepi sup ayam sedap dan mudah. Walaupun ringkas, tapi bila cuba resepi ni istimewa sangat. Disebut istimewa kerana sup ayam ini tidak menggunakan sup buntut ataupun rempah sup. Anda harus mencuba resepi ini bila nak merasa sup asli tanpa rempah sup.



Rasanya memang beza dengan resepi sup ayam yang lain. Anak-anak saya makan selalu bertambah bila buat ni. Saya pernah masak sup ayam ini dalam kuantiti banyak untuk kahwinan adik ipar. Kata tetamu, masakan paling best ialah sup ayam. Senang betul dengarnya. Bagi siapa pun nak cuba silahkan sahaja atau boleh cuba resepi rendang ayam garenti sedap punya.

Resepi Sup Ayam
  • 500 gm ayam di potong kecil-kecil
  • 1/2 batang lobak merah di potong 1 inc
  • 2 biji kentang di potong baji
  • 1 biji tomato belah 4
  • daun sup dan daun bawang di mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga

Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam

Cara buat sup ayam:
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
  2. Lepas tu masukkan ayam dan tunggu sekejap
  3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
  4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang dan masak hingga empuk
  5. Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang

Selamat mencuba resepi sup ayam yang mudah dan sedap di atas. Sup ni sangat sedap disajikan bila panas. Bila tak panas lagi tak sedap lah. Boleh juga dimakan sendiri atau bersama nasi putih. Jika anda tak suka ayam, boleh juga ganti dengan daging atau tulang.

Related Posts