Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Simple

shares

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Simple − Musim cuti sekolah, cuba-cuba di rumah buat resepi sotong goreng tepung yang rangup dan simple. Dulu cari resepi sotong goreng tepung yang rangup tu susah sangat. Akhirnya terjumpa dengan resepi yang ada di buku, tak tahu dah apa judul bukunya. Selepas cuba lazat pula, mana simple buatnya. Bila di kunyah tu crispy pun ada. Jom kita intai resepi sotong goreng tepung yang rangup dan mudah ni. Bisa juga tambah resepi udang goreng butter lagi tambah sedap.



Bahan-bahan buat sotong goreng tepung:
  • 4 ekor sotong
  • 1 cawan kecik tepung gandum
  • 1/2 cawan kecik tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam

Cara buat sotong goreng tepung:
  • Tepung-tepung digaul jadi sekalikan je dan letak garam sikit.
  • Gaulkan juga sotong dengan garam nak bagi rasa.
  • Lepas potong sotong tu jadi kecil-kecil, basuh. Tapis betul-betul sotong tu bagi tak berair.
  • Celup sotong dalam adunan tepung dan telur.
  • Lepas tu celupkan dalam balance gabungan tepung tadi.
  • Pastikan minyak dah betul-betul panas dengan api sederhana je.
  • Masukkan sotong yang dah di tepung ke dalam kuali, pastikan tutup dengan tudung periuk agar masak sampai dalam daging sotong.
  • Bila dah berwarna kecoklatan, angkat dan tapis sotong sampai kering betul minyak.

Selamat mencuba resepi sotong goreng tepung rangup dan simple yang saya kongsikan di atas. Best makan ni lepas angkat dari kuali. Boleh cicah dengan sos yang disukai. Resepi ni kena lebih tepung tu, kalau hanya ada 4 ekor sotong boleh buat separuh adunan je.

Related Posts