Resepi Sambal Belacan Paling Sedap Aneka Rasa

shares

Resepi Sambal Belacan Paling Sedap Aneka Rasa − Hari ini saya nak kongsi resepi sambal belacan paling sedap aneka rasa. Cara buatnya ringkas dan mudah sangat. Memang banyak orang yang suka sangat dengan sambal belacan ni. Kalau boleh di rumah harus ada sambal belacan. Agar tak bosan kita mesti suka tukar resepi sambal belacannya. Untuk itu saya akan kongsikan resepi yang paling sedap daripada biasa.



Resepi Sambal Belacan Bahagian 1
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 sudu besar perahan air asam jawa
  • 2 cm belacan bakar
  • 1 sudu kecil cuka
  • garam dan gula secukupnya

Cara buat sambal belacan:
  • Satukan semua bahan dan tumbuk hingga lumat.
  • Anda boleh gunakan lesung batu atau blender.

Resepi Sambal Belacan Bahagian 2
  • 10-20 biji cili padi merah
  • 3 biji bawang merah di belah empat
  • 1 biji bawang putih di belah empat
  • 1/2 genggam ikan bilis
  • 1 1/2 inci belacan
  • minyak masak
  • dua biji limau kasturi
  • garam dan gula secukupnya

Cara buat sambal belacan:
  • Goreng cili, bawang putih, bawang merah, belacan dan ikan bilis.
  • Tutup kuali supaya cili tidak meletup dan terkena mata.
  • Selepas cili layu, angkat dan masukkan dalam lesung batu.
  • Tumbuk sambal (jangan sampai lumat sangat). Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Perahkan air limau dan gaul hingga rata.

Resepi Sambal Belacan Goreng
  • 10-15 biji cili padi merah
  • 2-3 inci belacan
  • 2-3 biji bawang merah di belah 4
  • 1 biji tomato di belah 4
  • minyak masak
  • garam dan gula secukupnya

Cara buat sambal belacan goreng:
  • Goreng cili, belacan, bawang merah, dan tomato hingga layu, tapi jangan garing.
  • Lepas tu, angkat dan letakkan sambal di lesung batu.
  • Tumbuk semua bahan dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Resepi sambal belacan paling sedap aneka rasa ini boleh anda lawankan dengan masakan lain, seperti ayam masak kicap. Sungguh menyengat selera buatnya. Kepada anda yang nak rasa kelainan sambal, boleh mencuba senarai di atas.

Related Posts