Resepi Pengat Pisang Nangka Sedap dan Mudah

shares


Resepi Pengat Pisang Nangka Sedap dan Mudah – Di hujung minggu mak-mak mesti pening nak masak apa di rumah supaya anak-anak tidak banyak main di luar rumah. Buka peti sejuk ada pula ternampak pisang tanduk yang belum di goreng. Teringin pula masak pengat pisang, jadi tinggal singgah ke kedai depan rumah untuk beli santan.



Resepi pengat pisang nangka ni sangat mudah dan sedap untuk dimakan. Yang penting bahan-bahan asasnya cukup maka jadi lah ia. Anda sebenarnya boleh gunakan jenis pisang apa je, hanya saya suka buat pengat pisang menggunakan pisang tanduk atau pisang nangka kerana keduanya punya rasa sedikit masak, untuk meramaikan rasa santan dan gula yang manis. Jom intai resepinya.

Bahan-bahan buat pengat pisang:
  • 15 biji pisang nangka di hiris serong
  • 1 kg santan
  • 3 keping gula Melaka
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • 3 helai daun pandan di koyak dan di simpul
  • 1/2 cawan sagu

Cara buat pengat pisang:
  1. Masukkan santan, pisang, dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga pisang nampak lembut.
  2. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.
  3. Masak gula Melaka dan gula pasir di periuk lain untuk menjadi air gula.
  4. Masukkan air gula tadi sedikit-sedikit ke dalam periuk pisang.
  5. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau seketika.
  6. Sesuaikan rasa dan tutup api.
  7. Basuh dengan sagu dan toskan.
  8. Panaskan air di dalam periuk lain sehingga mendidih.
  9. Masukkan sagu dan kacau sehingga tiada kelihatan bahagian putih.Angkat dan toskan. Lalukan di bawah air paip sambil di kacau untuk membuang sedikit sagunya.
  10. Masukkan sagu tadi ke dalam periuk pengat. Kacau sehingga rata.

Resepi pengat pisang nangka sedap dan mudah sudah sedia untuk dihidangkan. Anda boleh juga buat resepi bubur kacang hijau untuk meramaikan pencuci mulutnya. Selamat mencuba.

Related Posts