Resepi Nasi Tomato Mudah dan Sedap

shares

Resepi Nasi Tomato Mudah dan Sedap − Yang ingin saya bagikan disini adalah resepi nasi tomato mudah dan sedap di mata dan di lidah. Masakan ini merupakan salah satu tradisi masyarakat Melayu di negeri-negeri Malaysia, terutama sangat di Pahang. Biasanya nasi ni jadi satu menu wajib kalau lauknya pakai resepi ayam masak merah untuk makan sekeluarga je. Sebenarnya dah lama nak masak nasi ni.



Resepi nasi tomato ini boleh jadi tukar selera dari makan nasi putih bila nak makan nasi yang ada perasa. Selain untuk majlis biasa, resepi nasi tomato mudah dan sedap ni sangat sesuai bila disantap di hari raya dan berbuka puasa. Inilah salah satu menu berbuka puasa kami. Yang pasti ianya sedap dan mengenyangkan buat kami sekeluarga yang berpuasa seharian.

Bahan-bahan buat nasi tomato:
  • 5 cawan beras yang sudah dicuci dan toskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato yang sudah dicincang
  • 2 s/b minyak sapi (boleh ganti majerin)
  • 5 s/b minyak
  • garam
  • air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
  • daun pandan yang sudah disimpul (boleh ganti daun sup cincang)

Bahan-bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang

Cara buat nasi tomato:
  • Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah lain dalam wajan yang telah dipanaskan dengan minyak dan minyak sapi sampai warna kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan susu cair, tomato cincang, sos tomato, garam dan gaul rata.
  • Masukkan air dan daun pandan, masak hingga air mendidih.
  • Lepas tu masukkan beras.
  • Gaul sekejap beras tu dan alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa.
  • Bila nasi sudah kering, kacau rata perlahan-lahan supaya nasi tidak patah dan hancur.
  • Nasi tomato sudah siap dihidangkan.

Demikian resepi nasi tomato mudah dan sedap yang bisa saya kongsikan. Nasi tomato boleh digandingkan dengan lauk lain. Garenti sedap bila anda sudah cuba resepi ni. Anda boleh nambah acar, daun saderi atau bawang goreng di atasnya bila nak buat makin sedap.

Related Posts