Resepi Nasi Goreng Kampung Spesial dan Simple

shares

Resepi Nasi Goreng Kampung Spesial dan Simple – Nasi yang sudah berbaki dalam periuk biasanya saya rencanakan nak buat nasi goreng. Sayang juga kan nak buang nasi. Di antara banyak macamnya, nasi goreng kampung yang paling saya suka. Maklum lah, lidah orang kampung dah sebati dengan masakan kampung juga.



Resepi Nasi goreng kampung spesial dan simple ialah salah satu masakan popular yang mudah di dapat di Malaysia selain Nasi Ayam. Nasi ni kesukaan ramai orang, tak mengira bangsa di Malaysia je. Rata-rata orang suka kerana rasanya yang enak dan sedap, peneyiannya cepat, lagi mengenyangkan.

Bahan nasi goreng kampung:
  • 3 cawan nasi sejuk di peroikan
  • 1/2 ikat kangkung di potong dan cuci bersih
  • 1/2 cawan ikan bilis di goreng garing
  • kecap manis
  • garam secukupnya

Bahan tumbuk:
  • 7 biji cili padi
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu ikan bilis

Cara buat nasi goreng kampung:
  1. Tumbuk semua bahan tumbuk. Sebaiknya bahan ni di tumbuk supaya tak banyak air. Kalau tak, boleh di kisar kering.
  2. Bila sudah, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.
  3. Masukkan garam secukupnya.
  4. Masukkan sayur kangkung dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan nasi dan gaul lagi.
  6. Sambil di gaul, tambahkan kecap manis dan gaul hingga rata.
  7. Bila sudah selesai, tutup api.
  8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  9. Nasi goreng kampung siap dihidangkan.

Cukup mudah bukan cara membuat resepi nasi goreng kampung spesial? Dijamin sedap. Nasi goreng kampung boleh ditambah sambal belacan dan kerupuk sebagai penambah selera.

Related Posts