Resepi Kentang Putar Ala KFC Sedap dan Mudah

shares

Resepi Kentang Putar Ala KFC Sedap dan Mudah − Hari ini saya nak kongsikan resepi kentang putar ala KFC kerana badan sudah letih habis lawatan ke tempat saudara di melaka. Saya pun sebenarnya baru beberapa kali mencuba membuat resepi ni. Pertama kali saya buat ini selepas baca dari buku masakan. Memang rasanya sedikit berbeza dengan KFC punya, tapi susah juga meniru dari KFC kerena ada bumbu rahsia. Tak tahu lah apa. Kita buat yang mirip je. Jom kita intai resepi kentang putar yang sedap dan mudah buatnya.



Bahan-bahan buat kentang putar:

  • 200 gm kentang
  • 1 sudu besar butter
  • 4 sudu besar susu
  • garam dan pepper secukupnya

Bahan-bahan buat sos kentang putar:

  • 1 1/2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 batang saleri
  • 1 biji bawang besar
  • 1 bay leaf
  • 1/2 sudu teh thyme
  • 1/2 sudu teh basil
  • 1/4 sudu teh black pepper
  • 1 kiub ayam
  • 1/8 sudu teh kicap
  • 1 1/2 sudu besar air

Cara buat kentang putar:
  • Rebus kentang hingga empuk.
  • Lenyekkan kentang dengan garpu semasa ia masih panas atau gunakan blender
  • Letakkan butter, susu, garam dan pepper bersama kentang. Kacau kentang hingga rata.

Cara buat sos kentang putar:
  • Cairkan butter di periuk dengan api sederhana dan masukkan tepung.
  • Masukkan air dan bahan sos lainnya. Kisar halus sampai pekat.
  • Sos siap diletakkan bersama kentang putar.
Hanya itu sahaja cara buat resepi kentang putar ala KFC. Rasanya sedap dan buatnya mudah, ini yang saya suka. Resepi ini sangat cocok untuk meramaikan menu ayam goreng berempah anda. Saya garanti pasti sedap.

Related Posts