Resepi Donut Gebu Lembut dan Mudah

shares

Resepi Donut Gebu Lembut dan Mudah − Resepi donut gebu lembut dan mudah disini sangat seronok buatnya, sebab bisa sedia sangat cepat. Kuih ini berbentuk lingkaran yang di tengah-tengahnya ada lubang seperti cincin. Donut ni tak perlu tunggu waktu lama. Rasanya yang manis dan lembut membuat donut banyak anak-anak yang suka tak kalah rasa sama resepi churros.



Saya memang senang makan donut. Bila ada majlis dan dihidangkan pelbagai kuih, saya pasti ambil donut sebagai pilihan pertama. Namun tak semua donut yang dibuat lembut dan gebu, yang serasi dengan mulut. Yang penasaran bagaimana cara membuat donut gebu dan lembut, jom tengok resepi donut gebu di bawah buat anda yang ingin mencuba kelezatan rasanya.

Resepi Donut Gebu
  • 250 gr tepung roti
  • 250 gr tepung gandum
  • 100 gr mentega
  • 100 gr gula
  • 50 gr susu tepung
  • 11 gr yis kering
  • 2 biji telur
  • 200 ml air

Cara buat donut gebu:
  • Masukkan semua bahan satu satu ke dalam mesin penguli dan uli selama 10 menit untuk buat doh jadi lembut dan tak melekat di tangan.
  • Tutup doh dengan kain dan biar selama 30 minit sampai doh naik.
  • Keluarkan doh, tumbuk dan canai.
  • Lepas tu tekap dengan acuan donut dan rehatkan selama 30 minit sampai doh naik lagi sebelum digoreng.
  • Lubangi bagian tengahnya dan goreng donut dalam kuantiti sedikit sedikit sahaja dalam satu masa.
  • Buat gerakan memutar pada lubang donut menggunakan sumpit ketika menggoreng sampai merekah untuk mendapat bentuk bundar cantik.
  • Goreng donut sampai berwarna kekuningan dengan api sederhana.
  • Bila salah satu sisi sudah kuning kecoklatan, segera balik dan terus goreng sampai kedua sisi donut coklat.
  • Angkat dan toskan.
  • Rehatkan sejenak sampai sejuk (2 minit setelah diangkat).
  • Bila sejuk, gaulkan dengan gula kaster sampai rata, atau boleh juga dihias sesuka hati sebelum dihidangkan.

Demikian resepi donut gebu lembut dan mudah dicuba yang bisa saya kongsikan. Sedikit tips, kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk untuk masa lama. Simpan dalam plastik yang diikat dan kedap udara. Bila beku, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.

Related Posts