Resepi Bubur Kacang Hijau Sedap dan Mudah

shares

Resepi Bubur Kacang Hijau Sedap dan Mudah − Anda suka makan benda yang manis? Tak salah bila anda perlu mencuba membuat resepi bubur kacang hijau. Rasanya yang sedap dan cara buatnya yang simple membuat ia ramai di buat orang sebagai pencuci mulut. Tak susah nak buat bubur kacang hijau ni, cukup rendam kacang hijau semalaman dan rebus hingga lembut. Lebih mudah bila anda menggunakan pressure cooker kerana dalam 10 minit kacang hijau sudah pecah dan lembut. Anda boleh membuatnya bersama roti jala ataupun donut begitu sahaja. Jom check resepi kacang hijau sedap dan mudah ini.



Bahan-bahan buat bubur kacang hijau:
  • 300 gm kacang hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 1/2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukupnya

Cara buat bubur kacang hijau:
  1. Masukkan kacang hijau yang sudah di rebus, santan cair, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih (guna api perlahan).
  2. Masukkan sagu dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan garam secukup rasa untuk menyeimbangi rasa manis dan lemak santan.
  5. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Hanya itu sahaja cara buat resepi bubur kacang hijau sedap dan mudah. Anda boleh menambahkan air jika kuah terlalu pekat.

Related Posts