Resepi Bubur Jagung Sedap dan Mudah

shares

Resepi Bubur Jagung Sedap dan Mudah – Masa pulang kampung hari raya lalu, nampak deretan gerai di tepi jalan jual jagung. Teringin pula nak makan bubur jagung untuk di kampung. Berhenti lah sejenak untuk singgah beli jagung mentah di satu gerai tepi jalan tu. Tak sabar sampai kampung nak rasa bubur jagung yang sedap dan mudah buatnya. Jom kita intai resepi bubur jagung. Anda boleh menambah bubur kacang hijau untuk meramaikan rasanya.



Bahan-bahan buat bubur jagung:
  • 2 tongkol jagung di hiris
  • 1 kotak santan
  • 4 cawan air
  • gula merah melaka secukupnya
  • gula pasir secukupnya
  • 1/2 cawan sagu biji
  • daun pandan
  • garam secukupnya

Cara buat resepi bubur jagung:
  1. Didihkan air di dalam periuk sehingga menggelegak.
  2. Masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu kembang.
  3. Lepas tu, masukkan sagu ke dalam bekas dan biarkan sampai sejuk.
  4. Masukkan biji jagung, santan, gula melaka, gula pasir, dan daun pandan ke dalam periuk.
  5. Masak jagung dengan api sederhana sehingga kuah mendidih dan jagung empuk.
  6. Kacau sekali-sekali dan boleh masukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah bubur jagung.
  7. Terakhir masukkan sagu dan kacau sehingga semua bahan mesra.
Resepi bubur jagung sedap dan mudah sudah siap. Kalau masih kurang manis, boleh tambah gula. Kalau terlalu pekat, boleh tambah santan atau sedikit air. Atur sendiri lah sesuai selera rasa. Bila suka resepi ini, boleh lah di share.

Related Posts