Resepi Biskut Makmur Inti Kacang Sedap dan Mudah

shares

Resepi Biskut Makmur Inti Kacang Sedap dan Mudah − Resepi biskut makmur inti kacang ini boleh anda cuba buat untuk meramaikan biskut hari raya. Ia menggunakan bahan kacang tanah yang di kisar bersama gula icing. Resepi ini memang sudah tidak asing lagi kerana memang menjadi makanan favorite orang kampung. Buatnya mudah dan rasanya sedap. Resepi biskut makmur memang popular pada waktu hari raya di samping biskut lainnya. Jom kita intai cara pembuatannya.



Bahan-bahan doh biskut makmur:
  • 500 gm tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • paper cup secukupnya

Bahan-bahan inti biskut makmur:
  • 200 gm kacang tanah di goreng tanpa minyak
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu besar mentega kacang

Bahan-bahan inti biskut makmur:
  • Sangai tepung gandum ke dalam kuali, lepas tu ayak tepung bersama gula icing.
  • Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit-sedikit sehingga adunan doh lembut dan boleh di uli.
  • Kisar kacang tanah dan masukkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  • Sukat doh guna satu sudu besar untuk mendapat saiz sama.
  • Leperkan doh dan letakkan inti kacang tanah di tengah.
  • Tutup inti dan buat bentuk bujur.
  • Letakkan semua di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu 150 C.
  • Angkat dan sejukkan biskut.
  • Salut dengan gula icing dan letakkan di atas paper cup.

Itulah resepi biskut makmur yang boleh meramaikan kuih raya di rumah. Sedikit tips, untuk sangai tepung gandum tidak perlu masa lama. Cukup 4-5 minit sahaja.

Related Posts