Resepi Ayam Percik Sedap Buatan Chef Wan

shares

Resepi Ayam Percik Sedap Buatan Chef Wan – Siapa yang tak suka makan ayam percik? Yakin saya semua suka makannya. Ayam ni biasa kalau di beli di pasar RM 5 hanya dapat bahagian paha je. Apa-apa mahal sekarang ini. Daripada keluar duit hanya beli sepotong je, lebih baik masak sendiri. Sebenarnya cara buat ayam percik ni mudah sangat. Cuma saya hanya malas je buatnya kerana anak-anak lebih sering minta buatkan nasi ayam.



Yang akan saya kongsikan kali ini adalah resepi ayam percik sedap buatan Chef Wan. Resepi di buku Chef Wan memang best. Ye lah tukang masak terkenal. Malam tadi saya sudah cuba sendiri resepinya dan memang sedap sampai licin pinggan. Yang saya buat dan kongsikan saat ini pun hanya 1/2 daripada resepi asal. Jom intai resepinya.

Bahan-bahan buat ayam percik:
  • 1 ekor ayam
  • 1 liter santan
  • 10 batang serai di titik
  • 6 cm lengkuas di hiris
  • 1/2 helai daun kunyit di hiris halus
  • 1 sudu besar gula merah
  • garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 1/2 cm halia
  • 2 1/2 cm kunyit hidup
  • 10 biji buah keras
  • 1 sudu teh halba

Cara buat ayam percik:
  1. Masukkan bahan kisar dan santan dalam satu periuk besar. Kacau dan didihkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, serai dan lengkuas. Kacau hingga ayam disalut dengan kuah.
  3. Masukkan garam dan gula dan renehkan selama 30 minit.
  4. Kacau dan balik-balik ayam selalu.
  5. Keluarkan ayam daripada kuah dan panggang ayam selama 10 minit sambil dilumur dengan kuah.
  6. Letakkan ayam panggang di atas pinggan.
  7. Kembalikan periuk ke atas api sederhana dan pekatkan kuah sambil di kacau sehingga menyalut ayam apabila di tuang ke atasnya.
  8. Angkat kuah dan siram ke atas ayam.

Itulah resepi ayam percik sedap buatan Chef Wan yang boleh saya kongsikan. Jika perlu anda boleh tambah air saat membuat kuah agar tidak melekat, tetapi jumlah cecair di dalam periuk harus sedikit sahaja.

Related Posts