Resepi Ayam Masak Merah Sedap dan Simple

shares

Resepi Ayam Masak Merah Sedap dan Simple – Anda yang memang suka mencuba berbagai resepi kampung pasti sudah tak asing lagi dengan namanya ayam masak merah. Ayam masak merah biasanya menjadi hidangan istimewa di setiap kenduri ataupun juadah orang berbuka puasa. Boleh juga dikatakan ini merupakan resepi wajib yang digunakan oleh mereka yang berniaga ataupun tukang masak bagi majlis kahwin. Anda juga pula nantinya boleh membaca resepi ayam masak merah yang lagi sedap dan popular.



Bahan-bahan yang digunakan untuk nak buat resepi ayam masak merah pun sangat simple. Ada sebahagian resepi menggunakan bahan tomato puree yang agak mahal, namun itu tidak menjadi masalah jika anda sudah merasakan kelazatan ayam masak merah. Anda pasti juga akan seronok lihat keluarga dan anak anda berebut makan ayam masak merah daripada apa yang anda buat. Anda akan senyum sorang melihat mereka boleh meratah ayam masak merah yang disajikan walaupun tanpa nasi. Apalagi anda buatnya dengan resepi nasi tomato, dijamin besoknya anda akan minta buat lagi.

Bahan-bahan buat ayam masak merah:
  • 1 ekor ayam yang sudah dilumur garam, kunyit dan digoreng separuh masak.
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 ketul kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 60 ml santan
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato yang sudah dipotong 4 bahagian
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar halus:
  • 4 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15-20 tangkai cili kering, gunting dan buang sikit bijinya, rebus bentar baru kisar

Bahan-bahan hiris:
  • 3 biji bawang besar / bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia – hiris jadi 3 bahagian

Cara buat ayam masak merah:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu.
  • Lepas itu masukkan bahan kisar dan gaul sampai rata.
  • Kemudian masukkan cili kering yang sudah di kisar dan sos cili. Tumi sampai pecah minyak.
  • Lepas itu masukkan ayam yang di sudah di goreng separuh masak sebelumnya. Gaul rata dan biarkan sekejab.
  • Kemudian masukkan air sebanyak mana kuah yang disukai.
  • Lepas itu masukkan santan. Santan berguna untuk nak buat kuah tu pekat. Kuah jangan terlalu cair dan terlalu pekat sangat.
  • Masukkan tomato dan garam, gaul hingga rata dan biarkan sampai pecah minyak.
  • Bila rasa dah sebati (tomato tu dah empuk dan kaler kuah dah menarik), bolehlah ditutup api.
  • Ayam masak merah dah selesai anda buat.
Demikian resepi ayam masak merah sedap dan simple yang boleh saya kongsikan. Anda boleh masukkan kacang peas dalam resepi untuk menambah selera, tapi risikonya cepat basi. Boleh juga ayam masak merah dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi tomato. Panaskan lauk tu dulu kalau nak makan kesokannya.

Related Posts