Resepi Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah

shares

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah − Tengah hari tadi saya nak masak resepi ayam masak kicap sedap dan mudah untuk anak-anak. Kalau anda tak ada idea nak masak apa, boleh cuba resepi ni. Anak-anak mesti suka. Resepinya pun cukup ringkas dan sedap. Sesuailah untuk anak-anak makan sepulang main cuti sekolah. Ayam ni tak kalah sedap dengan resepi ayam masak merah. Jom kita intai cara membuat resepi ayam masak kicap sedap dan mudah.



Bahan-bahan buat ayam masak kicap:
  • Ayam lumur garam + kunyit, di goreng
  • 1 biji ubi kentang di hiris nipis dan di goreng
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah / benggala dihiris
  • 1 sudu besar cili di kisar
  • daun sadri / bawang di hiris
  • susu pekat manis
  • lada hitam di tumbuk kasar
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga

Bahan sos:
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tomato
  • sos tiram

Bahan kisar:
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara buat ayam masak kicap:
  1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga bersama bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan air hingga mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup.
  6. Masukkan ayam bersama ubi kentang. Gaul sekejap je sebelum api ditutup.
  7. Taburkan sedikit hirisan daun sadri / bawang.

Selamat mencuba resepi ayam masak kicap sedap dan mudah. Bila tak enak, lapor je ke saya. hehehe

Related Posts