Resepi Roti Jala Lembut, Mudah dan Sedap


Resepi Roti Jala Lembut, Mudah dan Sedap − Resepi roti jala ialah sejenis kuih berbentuk jala laba-laba. Roti ini sering ditemukan pada sajian hari kenduri atau jamuan hari raya. Biasanya dihidangkan bersama kari ayam. Resepi roti jala lembut dan mudah ni memang paling sedap. Banyak rekan-rekan saya yang suka. Apalagi anak-anak, suka request buat roti ini.



Sebelum membuat, sebaiknya anda menyiapkan botol sos picit dengan muncung yang kecil sebagai acuan. Bila anda tak nak dengan botol tu, anda boleh menebuk tiga lubang kepada botol air yang terguna. Jom tengok resepinya jika ada yang mahu mencuba roti jala lembut dan sedap, lagi mudah.

Bahan-bahan buat roti jala:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar (boleh campur sedikit-sedikit)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara buat roti jala:
  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas dan menggunakan mesin pengisar sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali dengan api sederhana, dan lengserkan sedikit minyak pada kuali.
  3. Kirai adunan roti jala tadi dengan menggunakan acuan ke dalam kuali yang telah panas, dan bentuk menjadi seperti jala.
  4. Kalau nak tahu adunan sudah boleh di jala atau belum, cuba masukkan satu sudu adunan ke dalam acuan, kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala.
  5. Kalau masih pekat, boleh tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  6. Lepas jala atas kuali, biarkan sekejap hingga masak. Kalau sudah masak tak payah dibalik lagi. Angkat je dan masukkan ke atas pinggan dan di gulung.
  7. Habiskan adunan dan ulangi langkah-langkah di atas ni. Tak perlu lengserkan minyak setiap kali nak kirai adunan, sekali-kali je).
  8. Roti jala sudah siap dihidangkan

Demikian resepi roti jala lembut, mudah dan sedap yang boleh saya kongsikan. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan dalam resepi ni, mesti dikacau terlebih dahulu supaya tetap sebati. Anda juga boleh menggunakan kuali non stick untuk adunan tidak melekat. Hidangkan bersama kari kegemaran anda untuk dapat rasa lebih sedap.

Resepi Tomyam Ayam Pekat Sedap dan Mudah

Resepi Tomyam Ayam Pekat Sedap dan Mudah − Rencana esok hari nak cuba masak resepi tomyam ayam pekat sedap dan mudah. Tomyam ni kesukaan encik suami saya. Kalau nak ke rumah, pasti sudah pesan minta buatkan masakan thailand ni. Tidak bosan rasa lidah tu makan ni je. Jadi, sebelum masak saya cuba kongsikan kepada anda bagaimana cara buat tomyam ayam dengan kuahnya yang pekat. Sedap lah pokoknya.



Resepi tomyam ayam pekat ni sangat sedap lagi mudah buatnya. Kuahnya pekat lagi pedas dan masam memang menyengat. Tiap kali buat tomyam mesti encik suami saya keluar masuk dapur kerana tak sabar nak makannya. Bila dah siap, dia hirup kuahnya sampai habis. Dia selalu cakap sedap makan tomyam di sini daripada makan di kedai. Kalau tak percaya boleh try di rumah resepi tomyam ayam pekat ni.

Bahan-bahan buat tomyam ayam pekat:
  • 1 pakej perencah tomyam
  • 1 kiub pati tomyam maggi
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 4 biji tomato
  • 6-7 cili padi
  • 3 batang serai
  • 4 daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • lengkuas atau halia
  • ayam / udang / sotong
  • bunga kubis
  • carrot
  • gula
  • penyedap rasa
  • perencah secukupnya

Cara buat tomyam ayam pekat:
  1. Kisar 2 ulas bawang merah, 1 batang serai, 1 1/2 tomato, dan 3 cili padi.
  2. Masukkan air untuk buat kuah.
  3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 pakej perencah tomyam.
  4. Masukkan carrot sampai setengah empuk.
  5. Bila sudah, masukkan lebihan cili, serai yang di titik, halia yang di hiris, bawang besar, gula, garam, pati ayam, pati tomyam dan perencah secukup rasa.
  6. Tambahkan 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram. Kacau sehingga mendidih.
  7. Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.
  8. Rasa-rasa sedikit bila sudah sedap tutup api.

Itulah resepi tomyam ayam pekat yang boleh anda try di rumah lagi mudah dan sedap. Anda boleh mengganti ayam dengan udang atau sotong, atau boleh juga di tambah semua. Sesuaikan dengan selera anda sahaja. Anda juga boleh menambah 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram untuk membuat rasa lebih sedap. Selamat mencuba.

Resepi Apam Susu Polkadot

Resepi Apam Susu Polkadot – Hari ini nampak lagi rakan di Facebook yang tayangkan apam susu buatan masing-masing. Kelihatannya gebu sangat. Saya memang suka makan apam yang biasa di makan petang hari sama keluarga sepulang kerja. Apalagi musim hujan seperti ini, perut cepat lapar. Kebetulan saat ini musim cuti, boleh minta tolong anak-anak untuk buatnya. Anak-anak suka bantu buat kerana guna pelbagai bentuk, warna dan rasa apam susu. Baca juga resepi pavlova untuk meramaikan makanan hari ini.



Terdapat pelbagai macam jenis apam susu, mula dari di bakar, di kukus, dengan kuah ataupun yang kering. Kali ini saya nak kongsi resepi apam susu polkadot sukatan cawan kukus yang lagi popular saat ini. Apam susu polkadot ni mudah je buatnya dan bahannya pun simple. Tak lama juga buatnya. Yang suka apam boleh cuba buatnya.

Bahan-bahan buat apam susu polkadot:
  • 3 biji telur grade A
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu cair
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna sesuai selera
  • filling sesuai selera

Cara buat apam susu polkadot:
  1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke mangkuk mixer. Kacau dengan kelajuan maksima hingga kembang dan putih.
  2. Masukkan susu, tepung gandum, baking powder, esen vanila. Kacau dengan kelajuan minimum hingga sebati.
  3. Bahagi adunan menjadi beberapa bahagian. Kemudian titiskan pewarna mengikut selera.
  4. Letakkan adunan ke dalam mangkuk kertas guna piping bag. Jangan sampai penuh.
  5. Letakkan filling secukupnya guna piping bag. Buat dot dot dengan warna berbeza.
  6. Bila adunan sudah habis, kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit sehingga masak.
  7. Angkat dan sejukkan.
Itulah resepi apam susu polkadot sukatan cawan kukus yang boleh saya kongsikan. Untuk fillingnya, anda boleh guna rasa blueberry, strawberry, coklat, kaya, atau citarasa yang disukai. Boleh buat pelbagai macam gambar di atas apam susu guna filling yang berbeza. Selamat mencuba.

Resepi Kek Marble Mudah dan Gebu

Resepi Kek Marble Mudah dan Gebu yang saya kongsikan kali ini mudah dan sangat gebu menjadi favorite kek saya. Saya memang lebih suka buat kek marble daripada buat resepi kek coklat. Apalagi untuk kita orang yang memang dah sebati sama kek ni kerana sudah masuk ke tekak sejak kecil dulu.



Kalau tak kawan-kawan kolej tu request kek coklat je. Macam tak ada kek lain je. Jadi hari tu saya buat resepi kek marble ini, terkejut kawan tu lihatnya tahu-tahu sudah jadi je keknya. Ianya buatnya lebih simple maka saya suka sajikan ni. Kek ni memang sedap dan gebu. Perlu banyak bekas je buat resepi yang agak remeh untuk memukul telur putih berasingan. Jom cuba lah resepi ni.

Bahan-bahan buat kek marble:
  • 8 oz mentega
  • 6 oz tepung gandum
  • 6 oz gula castor
  • 5 biji telur
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan ovalette
  • 3-4 sudu makan serbuk koko yang sudah diayak
  • Tepung diayak bersama baking powder.

Cara buat kek marble:
  1. Masukkan mentega, susu dan esen vanilla dalam satu bekas dan pukul sampai kembang.
  2. Di dalam bekas lain, pukul putih telur sampai ringan lalu masukkan gula sedikit-sedikit sampai adunan rata.
  3. Masukkan telur kuning ke dalam bekas tu sebiji-sebiji dan pukul hingga rata.
  4. Masukkan Ovalette ke dalam adunan mentega dan pukul lagi sampai rata.
  5. Lepas tu, masukkan sedikit-sedikit tepung yang sudah diayak ke dalam adunan mentega dan gaul dengan satu arah.
  6. Bila sudah rata, bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan masukkan serbuk koko.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimula dengan adunan asal.
  8. Masukkan ke oven dan bakar pada suhu 180 derajat celcius selama 45 minit sampai masak. Bila suhu oven tak sampai, boleh bakar dengan suhu 170 derajat celcius selama 50 menit. Atur-atur sorang lah sesuau dengan oven masing-masing.
  9. Angkat loyang dari oven dan biarkan sekejap hingga sejuk.
  10. Alihkan kek ke atas piring pelan-pelan, jangan sampai hancur.
  11. Kek marble siap dihidangkan.

Demikian resepi kek marble mudah dan sangat gebu. Sedikit tips untuk resepi ni, bila nak gunakan mesin aduk, jangan diberhentikan bila sedang mengadun. Tapi bila gunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit kerana adunan mesti kembang dan rata.

Resepi Sate Ayam dan Kuah Kacang Sedap dan Mudah

Resepi Sate Ayam dan Kuah Kacang Sedap dan Mudah – Acara majlis kemaren masih menyisakan banyak nasi tapi lauknya sisa ayam goreng kerana sudah habis dimakan teman kolej. Saya pikir elok juga kalau buat resepi satay ayam dan kuah kacang yang jadi teman nasi putih supaya tiada pembaziran.



Memang sudah lama tidak buat kuah kacang ni. Resepi ini di buat dengan cara kacang goreng di tumbuk halus dengan kulit dilepas dan di beri sedikit minyak sehingga separuh halus. Resepi sate dan kuah kacang ni sangat simple sehingga tak perlu masa lama buatnya. Boleh di lawankan dengan nasi minyak.

Resepi Sate Ayam dan Kuah Kacang
  • 1 ekor ayam di potong 12
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 sudu teh garam

Bahan kisar:
  • 1/2 kg bawang merah
  • 50 g jintan manis
  • 30 g jintan putih
  • 300 g lengkuas
  • 200 g halia
  • 50 g kunyit
  • 5 batang serai

Bahan kuah kacang:
  • 600 gm kacang tanah di sangai
  • 1 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan cili kering di kisar
  • 1 cawan minyak mazola
  • 2-3 cawan air
  • 5 biji bawang besar
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu besar garam halus

Cara buat sate ayam:
  • Perap ayam bersama bahan kisar sekitar 6 jam
  • Tusuk sate dengan lidi sehingga habis.
  • Siapkan arang dan bakar hingga tinggal bara sahaja.
  • Bakar hingga masak. Boleh gunakan kipas untuk menstabilkan haba.
  • Sebelum masak sepenuhnya, renjiskan air perapan dan minyak dengan serai yang diketuk.

Cara buat sate dan kuah kacang:
  • Masak kacang tanah dengan cara di sangai.
  • Buang kulit kacang dan sejukkan, kemudian direndam seketika sebelum dikisar.
  • Kisar dengan blender guna air secukupnya. Jangan terlalu banyak air, nanti jadi bubur.
  • Mayang bawang besar dan tumis di periuk hingga wangi.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.
  • Lepas tu, masukkan kacang yang telah di blend kira-kira 2-3 cawan air.
  • Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam agar ada rasa manis sikit.
  • Padamkan api dan biarkan ia sejuk

Itulah resepi sate dan kuah kacang yang boleh saya kongsikan kali ini. Jangan hairan bila lihat kuah kacang belum pekat ketika masih panas kerana ia akan menjadi pekat apabila sudah sejuk. Jadi, pandai-pandailah letakkan air.

Resepi Nasi Tomato Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Tomato Mudah dan Sedap − Yang ingin saya bagikan disini adalah resepi nasi tomato mudah dan sedap di mata dan di lidah. Masakan ini merupakan salah satu tradisi masyarakat Melayu di negeri-negeri Malaysia, terutama sangat di Pahang. Biasanya nasi ni jadi satu menu wajib kalau lauknya pakai resepi ayam masak merah untuk makan sekeluarga je. Sebenarnya dah lama nak masak nasi ni.



Resepi nasi tomato ini boleh jadi tukar selera dari makan nasi putih bila nak makan nasi yang ada perasa. Selain untuk majlis biasa, resepi nasi tomato mudah dan sedap ni sangat sesuai bila disantap di hari raya dan berbuka puasa. Inilah salah satu menu berbuka puasa kami. Yang pasti ianya sedap dan mengenyangkan buat kami sekeluarga yang berpuasa seharian.

Bahan-bahan buat nasi tomato:
  • 5 cawan beras yang sudah dicuci dan toskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato yang sudah dicincang
  • 2 s/b minyak sapi (boleh ganti majerin)
  • 5 s/b minyak
  • garam
  • air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
  • daun pandan yang sudah disimpul (boleh ganti daun sup cincang)

Bahan-bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang

Cara buat nasi tomato:
  • Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah lain dalam wajan yang telah dipanaskan dengan minyak dan minyak sapi sampai warna kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan susu cair, tomato cincang, sos tomato, garam dan gaul rata.
  • Masukkan air dan daun pandan, masak hingga air mendidih.
  • Lepas tu masukkan beras.
  • Gaul sekejap beras tu dan alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa.
  • Bila nasi sudah kering, kacau rata perlahan-lahan supaya nasi tidak patah dan hancur.
  • Nasi tomato sudah siap dihidangkan.

Demikian resepi nasi tomato mudah dan sedap yang bisa saya kongsikan. Nasi tomato boleh digandingkan dengan lauk lain. Garenti sedap bila anda sudah cuba resepi ni. Anda boleh nambah acar, daun saderi atau bawang goreng di atasnya bila nak buat makin sedap.

Resepi Mee Goreng Basah Sedap dan Mudah

Resepi Mee Goreng Basah Sedap dan Mudah − Hari ini saya nak kongsikan resepi mee goreng basah sedap dan mudah yang saya memang sangat gemar makannya. Saya memang suka mee goreng basah daripada yang kering, anak-anak pun suka juga. Saya lebih suka masak sendiri bila makan mee goreng kerana kebanyakan mee yang dijual di kedai, nampak sedap tapi bila dimakan terasa belum cukup masak, kadang terlebih lembik, atau tak secukup rasa.



Biasa saya masak resepi mee goreng basah ni tak ada sukatan yang tepat kerana memasak mesti pandai merasa sendiri. Sukatan terpulang pada selera dan cita rasa. Lain kalau nak buat resepi kek, sukatan mesti betul dan tepat agar kek jadi cantik dan gebu. Jom kita intai resepinya.

Resepi Mee Goreng Basah
  • 500 gm mee kuning
  • tauhu di goreng dan di potong dadu
  • 2 pokok sawi
  • 1 inci batang sawi di ketuk
  • 6 ekor udang
  • 200 gm daging di rebus
  • 2 biji telur di kocok
  • taugeh
  • air rebusan daging secukupnya
  • daun sup, daun bawang, dan cili merah di hiris
  • limau kasturi

Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah di tumbuk
  • 2 camca besar cili kering di kisar

Bahan sos:
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis

Cara buat mee goreng:
  • Panaskan minyak dan goreng tauhu. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng telur sekejap je, sambil kacau dan angkat masa 1/2 masak.
  • Goreng udang sekejap je. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak semula dan tumis bahan kisar hingga harum.
  • Masukkan bahan sos satu per satu dan gaul hingga rata.
  • Masukkan daging dan air rebusan daging. Masak hingga mendidih.
  • Lepas tu, masukkan batang sawi dahulu kemudian mee.
  • Kacau mee hingga rata dan masukkan garan dan gula secukup rasa.
  • Masukkan telur, udang, tauhu, daun sawi dan taugeh. Gaul hingga rata.
  • Tutup api dan keluarkan mee dari kuali.

Selamat mencuba resepi mee goreng basah yang sudah saya kongsikan. Anda boleh taburkan hirisan daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili merah dan hirisan limau kasturi sebagai penambah rasa. Boleh juga di lawankan dengan udang goreng butter. Bila ingin lebih basah, letakkan air rebusan daging lebih-lebih. Jika kurang, boleh tambah air biasa.

Resepi Puding Roti Kukus Simple dan Sedap

Resepi Puding Roti Kukus Simple dan Sedap − Resepi Puding Roti adalah sejenis hidangan pencuci mulut yang simple dibuat dan rasanya pun sangat sedap. Kebetulan besok malam ada kegiatan majlis di rumah, tapi belakangan ini saya pusing nak buat kuih apa. Rencana nak buat kuih yang tak gunakan tepung gandum je. Terpikirlah untuk membuat puding roti. Saya tahu resepi ni dari teman sekantor. Dia pandai sangat masak. Ia pernah membawa puding roti ke rumah saya, rupanya sedap pula. Dari situ saya teringin nak buat sendiri.



Ada pelbagai macam versi resepi puding roti, ada yang di bakar, ada pula yang di kukus. Kali ini yang saya nak tulis yang kukus je. Boleh anda mencuba membuatnya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga anda. Kebetulan di rumah masih ada beberapa keping roti. Kalau cuma buat resepi donut gebu kan tak banyak makanan yang ada di atas meja.

Bahan buat puding roti kukus:
  • 4 keping roti yang dipotong kecil-kecil
  • 1 tin susu cair (375 ml)
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • kismis

Cara buat puding roti kukus:
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam satu bekas, gaul hingga rata.
  2. Masukkan susu cair dan gaul adunan hingga rata.
  3. Sapu butter pada roti dan susun roti di atas loyang.
  4. Lepas tu, tuang adunan ke atas susunan roti dan taburkan kismis.
  5. Kukus dengan api sederhana selama 20-25 menit.
  6. Bila sudah matang, sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Demikian resepi puding roti kukus simple dan sedap. Bila ada masa kosong, saya nak cuba resepi puding lain yang tak kalah sedap. Puding ni boleh makan ramai-ramai. Selamat mencuba dan jangan salahkan saya bila banyak orang minta buatkan lagi. Ya, resepi ini memang lebih simple daripada minta dibuatkan puding kuah.

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap dan Mudah

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap dan Mudah bukanlah seperti yang kebanyakan kita kira, ayam yang di penyek-penyek. Penyet berasal dari bahasa jawa yang artinya lumat. Maksudnya bahan yang dipakai untuk masak di lumatkan. Ayam penyet dihidangkan bersama sambal yang juga di lumat. Bila ada tempe atau tauhu untuk meramaikan, juga mesti dilumatkan dahulu sebelum ia dimakan bersama nasi.



Resepi nasi ayam penyet memang kesedapannya banyak bergantung kepada sambalnya. Jika sambalnya kurang sedap, maka ayam penyet pun kurang sedap. Makanan ini kini cukup popular bukan hanya di Indonesia sahaja, tetapi juga di Malaysia. Dan kini saya nak kongsi resepi nasi ayam penyet yang sedap dan mudah buatnya. Boleh juga anda cuba resepi rendang ayam.

Resepi Nasi Ayam Penyet
  • 1 ekor ayam di potong 4 atau 8
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • minyak masak
  • air

Bahan-bahan buat nasi ayam penyet:
  • 3 cawan beras
  • 3 ulas bawang putih di hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 1 helai daun pandan di simpul
  • sedikit butter
  • secubit garam

Bahan sup ayam:
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai di titik
  • 1 inci halia di hiris
  • baki air rebusan ayam
  • daun sup dan daun bawang di hiris
  • bawang goreng

Bahan sambal ayam penyet:
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 biji bawang merah di belah 4
  • 3 biji bawang putih di hiris
  • 5 biji tomato di belah 4
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu besar gula merah
  • ikan bilis
  • minyak masak
  • limau nipis

Cara buat ayam penyet:
  • Ayam yang sudah di potong di cuci bersih dan di rebus sehingga empuk.
  • Angkat dan toskan ayam. Air rebusan ayam jangan di buang kerana akan digunakan untuk menanak nasi dan buat sup.
  • Sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
  • Masukkan serbuk karii, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam.
  • Tambah sedikit air dan kisar hingga halus.
  • Lepas tu, lumurkan kisaran tadi pada ayam yang sudah di rebus.
  • Perap ayam selama semalaman sebelum di goreng.
  • Campur dengan tepung beras dan telur dalam satu bekas.
  • Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau hingga rata.
  • Celupkan perapan ayam dalam campuran tepung dan telur tadi.
  • Goreng ayam dalam minyak panas sehingga ayam berwarna kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan.
  • Renjiskan adunan tepung tu dalam minyak untuk mendapat keriuk-keriuk rangup.

Cara buat nasi ayam penyet:
  • Tumis bawang putih, kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang dan daun pandan hingga naik harum.
  • Masukkan beras dan masak selama 3-5 minit.
  • Masukkan air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.
  • Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak.

Cara buat sup ayam:
  • Panaskan air rebusan ayam.
  • Tambahkan serai, halia dan sup bunjut. Masak hingga mendidih.
  • Taburkan garam, daun sup dan daun bawang.
  • Bila nak di hidang, taburkan bawang goreng.

Cara buat sambal ayam penyet:
  • Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Goreng cii merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur.
  • Kisar ikan bilis dan cili tadi dalam blender bersama belacan bakar.
  • Tumis bahan yang di kisar tadi hingga harum.
  • Perasakan dengan gula merah dan garam.
  • Bila nak makan, perahkan dengan limau nipis.

Itulah resepi nasi ayam penyet sedap dan mudah yang boleh saya kongsikan. Rasanya memang terbaik, anak-anak pun suka. Tambahkan juga tempe dan tauhu goreng untuk meramaikan ayam penyet. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Belacan Paling Sedap Aneka Rasa

Resepi Sambal Belacan Paling Sedap Aneka Rasa − Hari ini saya nak kongsi resepi sambal belacan paling sedap aneka rasa. Cara buatnya ringkas dan mudah sangat. Memang banyak orang yang suka sangat dengan sambal belacan ni. Kalau boleh di rumah harus ada sambal belacan. Agar tak bosan kita mesti suka tukar resepi sambal belacannya. Untuk itu saya akan kongsikan resepi yang paling sedap daripada biasa.



Resepi Sambal Belacan Bahagian 1
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 sudu besar perahan air asam jawa
  • 2 cm belacan bakar
  • 1 sudu kecil cuka
  • garam dan gula secukupnya

Cara buat sambal belacan:
  • Satukan semua bahan dan tumbuk hingga lumat.
  • Anda boleh gunakan lesung batu atau blender.

Resepi Sambal Belacan Bahagian 2
  • 10-20 biji cili padi merah
  • 3 biji bawang merah di belah empat
  • 1 biji bawang putih di belah empat
  • 1/2 genggam ikan bilis
  • 1 1/2 inci belacan
  • minyak masak
  • dua biji limau kasturi
  • garam dan gula secukupnya

Cara buat sambal belacan:
  • Goreng cili, bawang putih, bawang merah, belacan dan ikan bilis.
  • Tutup kuali supaya cili tidak meletup dan terkena mata.
  • Selepas cili layu, angkat dan masukkan dalam lesung batu.
  • Tumbuk sambal (jangan sampai lumat sangat). Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Perahkan air limau dan gaul hingga rata.

Resepi Sambal Belacan Goreng
  • 10-15 biji cili padi merah
  • 2-3 inci belacan
  • 2-3 biji bawang merah di belah 4
  • 1 biji tomato di belah 4
  • minyak masak
  • garam dan gula secukupnya

Cara buat sambal belacan goreng:
  • Goreng cili, belacan, bawang merah, dan tomato hingga layu, tapi jangan garing.
  • Lepas tu, angkat dan letakkan sambal di lesung batu.
  • Tumbuk semua bahan dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Resepi sambal belacan paling sedap aneka rasa ini boleh anda lawankan dengan masakan lain, seperti ayam masak kicap. Sungguh menyengat selera buatnya. Kepada anda yang nak rasa kelainan sambal, boleh mencuba senarai di atas.

Resepi Donut Gebu Lembut dan Mudah

Resepi Donut Gebu Lembut dan Mudah − Resepi donut gebu lembut dan mudah disini sangat seronok buatnya, sebab bisa sedia sangat cepat. Kuih ini berbentuk lingkaran yang di tengah-tengahnya ada lubang seperti cincin. Donut ni tak perlu tunggu waktu lama. Rasanya yang manis dan lembut membuat donut banyak anak-anak yang suka tak kalah rasa sama resepi churros.



Saya memang senang makan donut. Bila ada majlis dan dihidangkan pelbagai kuih, saya pasti ambil donut sebagai pilihan pertama. Namun tak semua donut yang dibuat lembut dan gebu, yang serasi dengan mulut. Yang penasaran bagaimana cara membuat donut gebu dan lembut, jom tengok resepi donut gebu di bawah buat anda yang ingin mencuba kelezatan rasanya.

Resepi Donut Gebu
  • 250 gr tepung roti
  • 250 gr tepung gandum
  • 100 gr mentega
  • 100 gr gula
  • 50 gr susu tepung
  • 11 gr yis kering
  • 2 biji telur
  • 200 ml air

Cara buat donut gebu:
  • Masukkan semua bahan satu satu ke dalam mesin penguli dan uli selama 10 menit untuk buat doh jadi lembut dan tak melekat di tangan.
  • Tutup doh dengan kain dan biar selama 30 minit sampai doh naik.
  • Keluarkan doh, tumbuk dan canai.
  • Lepas tu tekap dengan acuan donut dan rehatkan selama 30 minit sampai doh naik lagi sebelum digoreng.
  • Lubangi bagian tengahnya dan goreng donut dalam kuantiti sedikit sedikit sahaja dalam satu masa.
  • Buat gerakan memutar pada lubang donut menggunakan sumpit ketika menggoreng sampai merekah untuk mendapat bentuk bundar cantik.
  • Goreng donut sampai berwarna kekuningan dengan api sederhana.
  • Bila salah satu sisi sudah kuning kecoklatan, segera balik dan terus goreng sampai kedua sisi donut coklat.
  • Angkat dan toskan.
  • Rehatkan sejenak sampai sejuk (2 minit setelah diangkat).
  • Bila sejuk, gaulkan dengan gula kaster sampai rata, atau boleh juga dihias sesuka hati sebelum dihidangkan.

Demikian resepi donut gebu lembut dan mudah dicuba yang bisa saya kongsikan. Sedikit tips, kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk untuk masa lama. Simpan dalam plastik yang diikat dan kedap udara. Bila beku, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.

Resepi Ayam Goreng Berempah Rangup dan Simple

Resepi Ayam Goreng Berempah Rangup dan Simple – Anak-anak paling suka memang makan ayam goreng, lebih lagi ayam goreng berempah. Kalau tak ada lauk ayam, rasa tak mau makan orang tu. Beza zaman dulu beza sekarang. Kalau dulu susah nak makan ayam, sekarang susah kalau tak makan ayam. Pada kesempatan sebelumnya saya sudah bahas resepi ayam masak merah, kini saya mau bahas resepi ayam goreng berempah yang tak kalah sedapnya. Bila sudah buat ayam goreng berempah ni, rasa terliur cium baunya tu.



Kita sudah tak asing lagi sama KFC. Kalau KFC ada resepi rahsia, disini kita juga boleh buat resepi ayam goreng berempah yang tak kalah enak sama KFC. Cuba tengok gambar tu, tak perlu kuah lagi. Tinggal gaul sama nasi panas pun dah cukup sedap. Sudah ada nasi putih dan ayam goreng, lauk lain pun tak terpandang. Ayam goreng macam ni sampai part tulang-tulang pun habis dimakan. Tinggal bahagian yang keras macam batu sahaja yang tak habis. Oke jom kita jenguk resepi ayam goreng berempah yang paling sedap dan simple.

Bahan buat ayam goreng berempah:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • serbuk cili
  • garam
  • beberapa helai daun limau purut yang diracik halus
  • minyak untuk menggoreng

Bahan kisar halus:
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

Bahan kisar kasar:
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit
  • 2 batang serai

Cara buat ayam goreng berempah:
  1. Basuh ayam dengan air bersih dan potong kecil. Toskan.
  2. Masukkan ayam dan semua bahan kisar (halus dan kasar) bersama bahan lain dalam mangkuk besar.
  3. Gaul campuran ayam dan bahan kisar tadi sampai rata dan rempah ratus sampai menyaluti ayam.
  4. Perap dulu selama 1 jam sebelum digoreng biar sedap. Kalau perap lama dikit pun makin best.
  5. Bila nak makan, goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Bila sudah garing bawahnya, jangan lupa dibalikan supaya ianya masak rata.
  6. Angkat dan toskan ayam goreng tadi. Angkat sekali-kali rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tak diangkat, nanti rempah jadi hangit dan pahit.
  7. Teruskan menggoreng hingga ayam habis.
  8. Ayam goreng berempah sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.

Itulah resepi ayam goreng berempah rangup dan simple lagi best. Ayam goreng berempah boleh jadi lauk pilihan setiap hari karena anak-anak tak pernah bosan. Resepi ini sangat cocok untuk setiap saat apalagi untuk berbuka puasa atau ada majlis di rumah.

Resepi Ayam Masak Merah Sedap dan Simple

Resepi Ayam Masak Merah Sedap dan Simple – Anda yang memang suka mencuba berbagai resepi kampung pasti sudah tak asing lagi dengan namanya ayam masak merah. Ayam masak merah biasanya menjadi hidangan istimewa di setiap kenduri ataupun juadah orang berbuka puasa. Boleh juga dikatakan ini merupakan resepi wajib yang digunakan oleh mereka yang berniaga ataupun tukang masak bagi majlis kahwin. Anda juga pula nantinya boleh membaca resepi ayam masak merah yang lagi sedap dan popular.



Bahan-bahan yang digunakan untuk nak buat resepi ayam masak merah pun sangat simple. Ada sebahagian resepi menggunakan bahan tomato puree yang agak mahal, namun itu tidak menjadi masalah jika anda sudah merasakan kelazatan ayam masak merah. Anda pasti juga akan seronok lihat keluarga dan anak anda berebut makan ayam masak merah daripada apa yang anda buat. Anda akan senyum sorang melihat mereka boleh meratah ayam masak merah yang disajikan walaupun tanpa nasi. Apalagi anda buatnya dengan resepi nasi tomato, dijamin besoknya anda akan minta buat lagi.

Bahan-bahan buat ayam masak merah:
  • 1 ekor ayam yang sudah dilumur garam, kunyit dan digoreng separuh masak.
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 ketul kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 60 ml santan
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato yang sudah dipotong 4 bahagian
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar halus:
  • 4 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15-20 tangkai cili kering, gunting dan buang sikit bijinya, rebus bentar baru kisar

Bahan-bahan hiris:
  • 3 biji bawang besar / bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia – hiris jadi 3 bahagian

Cara buat ayam masak merah:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu.
  • Lepas itu masukkan bahan kisar dan gaul sampai rata.
  • Kemudian masukkan cili kering yang sudah di kisar dan sos cili. Tumi sampai pecah minyak.
  • Lepas itu masukkan ayam yang di sudah di goreng separuh masak sebelumnya. Gaul rata dan biarkan sekejab.
  • Kemudian masukkan air sebanyak mana kuah yang disukai.
  • Lepas itu masukkan santan. Santan berguna untuk nak buat kuah tu pekat. Kuah jangan terlalu cair dan terlalu pekat sangat.
  • Masukkan tomato dan garam, gaul hingga rata dan biarkan sampai pecah minyak.
  • Bila rasa dah sebati (tomato tu dah empuk dan kaler kuah dah menarik), bolehlah ditutup api.
  • Ayam masak merah dah selesai anda buat.
Demikian resepi ayam masak merah sedap dan simple yang boleh saya kongsikan. Anda boleh masukkan kacang peas dalam resepi untuk menambah selera, tapi risikonya cepat basi. Boleh juga ayam masak merah dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi tomato. Panaskan lauk tu dulu kalau nak makan kesokannya.

Resepi Biskut Makmur Inti Kacang Sedap dan Mudah

Resepi Biskut Makmur Inti Kacang Sedap dan Mudah − Resepi biskut makmur inti kacang ini boleh anda cuba buat untuk meramaikan biskut hari raya. Ia menggunakan bahan kacang tanah yang di kisar bersama gula icing. Resepi ini memang sudah tidak asing lagi kerana memang menjadi makanan favorite orang kampung. Buatnya mudah dan rasanya sedap. Resepi biskut makmur memang popular pada waktu hari raya di samping biskut lainnya. Jom kita intai cara pembuatannya.



Bahan-bahan doh biskut makmur:
  • 500 gm tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • paper cup secukupnya

Bahan-bahan inti biskut makmur:
  • 200 gm kacang tanah di goreng tanpa minyak
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu besar mentega kacang

Bahan-bahan inti biskut makmur:
  • Sangai tepung gandum ke dalam kuali, lepas tu ayak tepung bersama gula icing.
  • Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit-sedikit sehingga adunan doh lembut dan boleh di uli.
  • Kisar kacang tanah dan masukkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  • Sukat doh guna satu sudu besar untuk mendapat saiz sama.
  • Leperkan doh dan letakkan inti kacang tanah di tengah.
  • Tutup inti dan buat bentuk bujur.
  • Letakkan semua di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu 150 C.
  • Angkat dan sejukkan biskut.
  • Salut dengan gula icing dan letakkan di atas paper cup.

Itulah resepi biskut makmur yang boleh meramaikan kuih raya di rumah. Sedikit tips, untuk sangai tepung gandum tidak perlu masa lama. Cukup 4-5 minit sahaja.

Resepi Brownies Kedut Sedap dan Mudah

Resepi Brownies Kedut Sedap dan Mudah − Baru-baru ini lagi trending resepi brownies kedut sedap dan mudah. Nama yang cantik untuk menarik orang ramai. Ramai orang yang kehairanan cara buat resepi brownies berkedut di permukaannya. Padahal brownies ni sama sahaja, hanya ianya menggunakan coklat masakkan yang banyak dalam sukatan untuk kedutannya.



Untuk mencuba resepi brownies kedut yang cantik dan sedap, pilihan coklat masakan sangat mempengaruhi kejadiannya. Pilihlah coklat grade A. Jika brownies dibuat mengikut teknik yang betul akan didapat permukaan yang berkedut, shining dan crack. Cara membuat brownies kedut pun cukup mudah tanpa menggunakan mixer. Hanya gaul dengan wisk sahaja. Anda boleh juga mencuba resepi kek pisang untuk keluarga anda.

Resepi Brownies Kedut
  • 400 gm coklat masakan grade A
  • 150 gm unsalted butter
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara buat brownies kedut:
  1. Mula-mula coklat masakkan dipotong kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas bersama butter. Cairkan dengan kaedah double boiler hingga rata.
  2. Dalam bekas lain, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanilla. Gaul rata dengan wisk.
  3. Lepas tu, satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko, kemdian di ayak.
  4. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
  5. Kemudian ayakan tepung dan serbuk koko dimasukkan ke dalam adunan. Masukkan sedikit-sedikit dalam adunan dan digaul sehingga rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas kek dan oleskan dengan butter.
  7. Masukkan loyang dalam ketuhar dan bakar dengan suhu 160 C selama 30 minit.
  8. Bila dah masak, keluarkan loyang dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 15 minit.

Selamat menikmati brownies kedut

Simple kan buat resepi brownies kedut cantik dan sedap lagi mudah? Gunakan coklat masakkan bermutu tinggi untuk mendapat hasil yang diinginkan. Coklat masakkan biasa mengandung sedikit sahaja coklat dan banyak mengandung gula dan lelemak. Anda boleh juga gunakan sedikit garam kasar untuk membangkitkan rasa dan memberi keseimbangan manis. Kalau nak pakai garam, cairkan garam bersama butter atau bersama coklat. Dan jangan overbaked dalam masak bakar brownies kerana akan buat brownies mengeras dan kering.

Resepi Bubur Jagung Sedap dan Mudah

Resepi Bubur Jagung Sedap dan Mudah – Masa pulang kampung hari raya lalu, nampak deretan gerai di tepi jalan jual jagung. Teringin pula nak makan bubur jagung untuk di kampung. Berhenti lah sejenak untuk singgah beli jagung mentah di satu gerai tepi jalan tu. Tak sabar sampai kampung nak rasa bubur jagung yang sedap dan mudah buatnya. Jom kita intai resepi bubur jagung. Anda boleh menambah bubur kacang hijau untuk meramaikan rasanya.



Bahan-bahan buat bubur jagung:
  • 2 tongkol jagung di hiris
  • 1 kotak santan
  • 4 cawan air
  • gula merah melaka secukupnya
  • gula pasir secukupnya
  • 1/2 cawan sagu biji
  • daun pandan
  • garam secukupnya

Cara buat resepi bubur jagung:
  1. Didihkan air di dalam periuk sehingga menggelegak.
  2. Masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu kembang.
  3. Lepas tu, masukkan sagu ke dalam bekas dan biarkan sampai sejuk.
  4. Masukkan biji jagung, santan, gula melaka, gula pasir, dan daun pandan ke dalam periuk.
  5. Masak jagung dengan api sederhana sehingga kuah mendidih dan jagung empuk.
  6. Kacau sekali-sekali dan boleh masukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah bubur jagung.
  7. Terakhir masukkan sagu dan kacau sehingga semua bahan mesra.
Resepi bubur jagung sedap dan mudah sudah siap. Kalau masih kurang manis, boleh tambah gula. Kalau terlalu pekat, boleh tambah santan atau sedikit air. Atur sendiri lah sesuai selera rasa. Bila suka resepi ini, boleh lah di share.

Resepi Kek Red Velvet Kukus Moist dan Lazat

Resepi Kek Red Velvet Kukus Moist dan Lazat − Bicara tentang resepi kek Red Velvet kukus moist dan lazat, teringat dulu dengan hari ulang tahun rakan sepejabat. Sebelumnya tak pernah makan itu kek. Ketika makan sangat nyaman pula di lidah. Lepas acara itu pengen pula nak buat sendiri. Saya cari lah referensi di buku buat kek, dan ketemu lah sama resepi ini.



Bila ada teman atau famili yang meraikan hari jadi, saya langsung buat resepi kek red velvet ini. Anda bisa buatnya untuk acara hari jadi anak atau sebarang majlis spesial. Jom kita tengok resepi kek red velvet kukus moist dan lazat. Boleh juga anda mencuba resepi brownies kedut. Jika ada yang berminat untuk mencuba sendiri di rumah, silahkan sahaja.

Bahan buat kek red velvet:
  • 360 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar serbuk kok
  • 400 gm gula halus
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan buttermilk
  • 2 biji telur grade A
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 cawan air kopi panas

Bahan buat cream:
  • 8 oz cream cheese sejuk
  • 5 sudu besar butter lembut
  • 2 sk esktrak vanilla
  • 2 cawan gula ising di ayak

Cara buat kek red velvet:
  • Satukan dan ayak tepung, baking powder, soda, serbuk koko dan garam dalam satu bekas, ketepikan.
  • Satukan gula dan minyak dalam satu bekas besar.
  • Tambahkan telur, buutermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul hingga rata dengan whisk.
  • Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan.
  • Tambahkan ayakan tepung tadi sedikit-sedikit dan gaul adunan sehingga rata.
  • Sapukan mentega di 2 loyang dan tuang adunan ke dalam loyang sama banyak.
  • Panaskan oven pada suhu 170 C dan selama 40 minit atau hingga kek masak.
  • Setelah masak, biarkan kek sejuk selama 10 minit kemudian keluarkan kek dari loyang dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  • Balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk.

Cara buat cream kek red velvet:
  • Pusing cream cheese dengan butter dan vanilla hingga sebati.
  • Masukkan gula ising sedikit demi sedikit sehingga mencapai kemanisan yang sesuai.
  • Simpan dalam peti sejuk hingga agak stiff sebelum digunakan. Boleh simpan dalam peti sejuk sampai 3 hari.
Sekian cara buat resepi kek red velvet kukus moist dan lazat. Akhir sekali, ketika balut kek dengan plastik, sekurang-kurangnya simpan di peti sejuk 1 jam atau semalaman untuk mendapat kek yang diinginkan.

Resepi Pengat Pisang Nangka Sedap dan Mudah


Resepi Pengat Pisang Nangka Sedap dan Mudah – Di hujung minggu mak-mak mesti pening nak masak apa di rumah supaya anak-anak tidak banyak main di luar rumah. Buka peti sejuk ada pula ternampak pisang tanduk yang belum di goreng. Teringin pula masak pengat pisang, jadi tinggal singgah ke kedai depan rumah untuk beli santan.



Resepi pengat pisang nangka ni sangat mudah dan sedap untuk dimakan. Yang penting bahan-bahan asasnya cukup maka jadi lah ia. Anda sebenarnya boleh gunakan jenis pisang apa je, hanya saya suka buat pengat pisang menggunakan pisang tanduk atau pisang nangka kerana keduanya punya rasa sedikit masak, untuk meramaikan rasa santan dan gula yang manis. Jom intai resepinya.

Bahan-bahan buat pengat pisang:
  • 15 biji pisang nangka di hiris serong
  • 1 kg santan
  • 3 keping gula Melaka
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • 3 helai daun pandan di koyak dan di simpul
  • 1/2 cawan sagu

Cara buat pengat pisang:
  1. Masukkan santan, pisang, dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga pisang nampak lembut.
  2. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.
  3. Masak gula Melaka dan gula pasir di periuk lain untuk menjadi air gula.
  4. Masukkan air gula tadi sedikit-sedikit ke dalam periuk pisang.
  5. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau seketika.
  6. Sesuaikan rasa dan tutup api.
  7. Basuh dengan sagu dan toskan.
  8. Panaskan air di dalam periuk lain sehingga mendidih.
  9. Masukkan sagu dan kacau sehingga tiada kelihatan bahagian putih.Angkat dan toskan. Lalukan di bawah air paip sambil di kacau untuk membuang sedikit sagunya.
  10. Masukkan sagu tadi ke dalam periuk pengat. Kacau sehingga rata.

Resepi pengat pisang nangka sedap dan mudah sudah sedia untuk dihidangkan. Anda boleh juga buat resepi bubur kacang hijau untuk meramaikan pencuci mulutnya. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Goreng Kampung Spesial dan Simple

Resepi Nasi Goreng Kampung Spesial dan Simple – Nasi yang sudah berbaki dalam periuk biasanya saya rencanakan nak buat nasi goreng. Sayang juga kan nak buang nasi. Di antara banyak macamnya, nasi goreng kampung yang paling saya suka. Maklum lah, lidah orang kampung dah sebati dengan masakan kampung juga.



Resepi Nasi goreng kampung spesial dan simple ialah salah satu masakan popular yang mudah di dapat di Malaysia selain Nasi Ayam. Nasi ni kesukaan ramai orang, tak mengira bangsa di Malaysia je. Rata-rata orang suka kerana rasanya yang enak dan sedap, peneyiannya cepat, lagi mengenyangkan.

Bahan nasi goreng kampung:
  • 3 cawan nasi sejuk di peroikan
  • 1/2 ikat kangkung di potong dan cuci bersih
  • 1/2 cawan ikan bilis di goreng garing
  • kecap manis
  • garam secukupnya

Bahan tumbuk:
  • 7 biji cili padi
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu ikan bilis

Cara buat nasi goreng kampung:
  1. Tumbuk semua bahan tumbuk. Sebaiknya bahan ni di tumbuk supaya tak banyak air. Kalau tak, boleh di kisar kering.
  2. Bila sudah, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.
  3. Masukkan garam secukupnya.
  4. Masukkan sayur kangkung dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan nasi dan gaul lagi.
  6. Sambil di gaul, tambahkan kecap manis dan gaul hingga rata.
  7. Bila sudah selesai, tutup api.
  8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  9. Nasi goreng kampung siap dihidangkan.

Cukup mudah bukan cara membuat resepi nasi goreng kampung spesial? Dijamin sedap. Nasi goreng kampung boleh ditambah sambal belacan dan kerupuk sebagai penambah selera.

Resepi Kek Batik Coklat Milo Topping Cheese Lembut dan Sedap

Resepi Kek Batik Coklat Milo Topping Cheese Lembut dan Sedap – Jika kita bercakap tentang kek, mungkin tidak ada berkesudahan. Bila-bila masa terdapat inovasi yang dicipta oleh Chef untuk berbagai resepi kek. Sering kita tengok banyak buku yang dijual membincangkan segala macam resepi kek. Jika pada post terdahulu saya telah membincangkan tentang resepi kek coklat, kali ini saya nak membincangkan salah satu resepi paling popular lain, ialah kek batik. Kek ni sedang menjadi pilihan kegemaran ibu bapak serta kanak-kanak dalam membuat kek di Malaysia. Ini adalah kerana kek ini mudah untuk dibuat, tak perlu banyak wang, dan ia lembut dan lazat.



Resepi kek batik coklat milo topping cheese lembut dan sedap ini boleh anda cuba sendiri di rumah kerana buatnya mudah. Anda boleh menayangkan resepi kek ni buat acara bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Untuk anda yang ingin beri hadiah kepada ibu atau orang yang disayangi, tetapi tak mempunyai banyak wang, atau keliru mahu membeli apa, kek batik boleh menjadi penyelesaian untuk anda.

Bahan-bahan buat kek batik:
  • 2 cawan milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 buku buttercup
  • 1 paket biskut Marie

Cara buat kek batik:
  • Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
  • Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  • Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  • Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
  • Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  • Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam.

Bahan buat cheese topping:
  • 250 gm cream cheese
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan gula kaster

Cara buat kek batik cheese:
  • Kacau semua bahan sampai halus dan letakkan di atas kek batik.
  • Bakar dalam oven dengan panas 160 darjah selama 5 minit.
  • Angkat dan sejukkan sebelum di hiris.

Selamat mencuba resepi kek batik coklat milo topping cheese lembut dan sedap. Anda boleh kurangkan susu pekat manis di dalam resepi bila tidak mahu manis sangat. Kalau suka kek batik yang lebih lembut, patah-patahkan biskut dulu dan biar kan lemau sikit.

Resepi Sup Ayam Sedap dan Mudah

Resepi Sup Ayam Sedap dan Mudah − Hari ini saya nak kongsikan resepi sup ayam sedap dan mudah. Walaupun ringkas, tapi bila cuba resepi ni istimewa sangat. Disebut istimewa kerana sup ayam ini tidak menggunakan sup buntut ataupun rempah sup. Anda harus mencuba resepi ini bila nak merasa sup asli tanpa rempah sup.



Rasanya memang beza dengan resepi sup ayam yang lain. Anak-anak saya makan selalu bertambah bila buat ni. Saya pernah masak sup ayam ini dalam kuantiti banyak untuk kahwinan adik ipar. Kata tetamu, masakan paling best ialah sup ayam. Senang betul dengarnya. Bagi siapa pun nak cuba silahkan sahaja atau boleh cuba resepi rendang ayam garenti sedap punya.

Resepi Sup Ayam
  • 500 gm ayam di potong kecil-kecil
  • 1/2 batang lobak merah di potong 1 inc
  • 2 biji kentang di potong baji
  • 1 biji tomato belah 4
  • daun sup dan daun bawang di mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga

Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam

Cara buat sup ayam:
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
  2. Lepas tu masukkan ayam dan tunggu sekejap
  3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
  4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang dan masak hingga empuk
  5. Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang

Selamat mencuba resepi sup ayam yang mudah dan sedap di atas. Sup ni sangat sedap disajikan bila panas. Bila tak panas lagi tak sedap lah. Boleh juga dimakan sendiri atau bersama nasi putih. Jika anda tak suka ayam, boleh juga ganti dengan daging atau tulang.

Resepi Kentang Putar Ala KFC Sedap dan Mudah

Resepi Kentang Putar Ala KFC Sedap dan Mudah − Hari ini saya nak kongsikan resepi kentang putar ala KFC kerana badan sudah letih habis lawatan ke tempat saudara di melaka. Saya pun sebenarnya baru beberapa kali mencuba membuat resepi ni. Pertama kali saya buat ini selepas baca dari buku masakan. Memang rasanya sedikit berbeza dengan KFC punya, tapi susah juga meniru dari KFC kerena ada bumbu rahsia. Tak tahu lah apa. Kita buat yang mirip je. Jom kita intai resepi kentang putar yang sedap dan mudah buatnya.



Bahan-bahan buat kentang putar:

  • 200 gm kentang
  • 1 sudu besar butter
  • 4 sudu besar susu
  • garam dan pepper secukupnya

Bahan-bahan buat sos kentang putar:

  • 1 1/2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 batang saleri
  • 1 biji bawang besar
  • 1 bay leaf
  • 1/2 sudu teh thyme
  • 1/2 sudu teh basil
  • 1/4 sudu teh black pepper
  • 1 kiub ayam
  • 1/8 sudu teh kicap
  • 1 1/2 sudu besar air

Cara buat kentang putar:
  • Rebus kentang hingga empuk.
  • Lenyekkan kentang dengan garpu semasa ia masih panas atau gunakan blender
  • Letakkan butter, susu, garam dan pepper bersama kentang. Kacau kentang hingga rata.

Cara buat sos kentang putar:
  • Cairkan butter di periuk dengan api sederhana dan masukkan tepung.
  • Masukkan air dan bahan sos lainnya. Kisar halus sampai pekat.
  • Sos siap diletakkan bersama kentang putar.
Hanya itu sahaja cara buat resepi kentang putar ala KFC. Rasanya sedap dan buatnya mudah, ini yang saya suka. Resepi ini sangat cocok untuk meramaikan menu ayam goreng berempah anda. Saya garanti pasti sedap.

Resepi Bubur Kacang Hijau Sedap dan Mudah

Resepi Bubur Kacang Hijau Sedap dan Mudah − Anda suka makan benda yang manis? Tak salah bila anda perlu mencuba membuat resepi bubur kacang hijau. Rasanya yang sedap dan cara buatnya yang simple membuat ia ramai di buat orang sebagai pencuci mulut. Tak susah nak buat bubur kacang hijau ni, cukup rendam kacang hijau semalaman dan rebus hingga lembut. Lebih mudah bila anda menggunakan pressure cooker kerana dalam 10 minit kacang hijau sudah pecah dan lembut. Anda boleh membuatnya bersama roti jala ataupun donut begitu sahaja. Jom check resepi kacang hijau sedap dan mudah ini.



Bahan-bahan buat bubur kacang hijau:
  • 300 gm kacang hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 1/2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukupnya

Cara buat bubur kacang hijau:
  1. Masukkan kacang hijau yang sudah di rebus, santan cair, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih (guna api perlahan).
  2. Masukkan sagu dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan garam secukup rasa untuk menyeimbangi rasa manis dan lemak santan.
  5. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Hanya itu sahaja cara buat resepi bubur kacang hijau sedap dan mudah. Anda boleh menambahkan air jika kuah terlalu pekat.

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah − Tengah hari tadi saya nak masak resepi ayam masak kicap sedap dan mudah untuk anak-anak. Kalau anda tak ada idea nak masak apa, boleh cuba resepi ni. Anak-anak mesti suka. Resepinya pun cukup ringkas dan sedap. Sesuailah untuk anak-anak makan sepulang main cuti sekolah. Ayam ni tak kalah sedap dengan resepi ayam masak merah. Jom kita intai cara membuat resepi ayam masak kicap sedap dan mudah.



Bahan-bahan buat ayam masak kicap:
  • Ayam lumur garam + kunyit, di goreng
  • 1 biji ubi kentang di hiris nipis dan di goreng
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah / benggala dihiris
  • 1 sudu besar cili di kisar
  • daun sadri / bawang di hiris
  • susu pekat manis
  • lada hitam di tumbuk kasar
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga

Bahan sos:
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tomato
  • sos tiram

Bahan kisar:
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara buat ayam masak kicap:
  1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga bersama bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan air hingga mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup.
  6. Masukkan ayam bersama ubi kentang. Gaul sekejap je sebelum api ditutup.
  7. Taburkan sedikit hirisan daun sadri / bawang.

Selamat mencuba resepi ayam masak kicap sedap dan mudah. Bila tak enak, lapor je ke saya. hehehe

Resepi Udang Goreng Butter Sedap dan Crispy

Resepi Udang Goreng Butter Sedap dan Crispy − Setelah saya mencuba masak sotong tepung goreng, tak lengkap rasa tak cuba masak resepi udang goreng butter yang tak kalah sedap. Lebih-lebih lagi menggunakan udang yang segar. Apalagi ini masa cuti sekolah, anak-anak amat gemar makan udang goreng ni. Melihat mereka makan, hati saya dah terasa puas.



Resepi udang goreng butter ni memang perlu cuba masak sendiri di rumah, kerana sekarang harga udang dah mahal. Tiap ke restoran seafood memang udang jadi satu kemestian pesan lauk. Tapi mana boleh tahan tiap minggu makan ni sekeluarga. Jom kita intai cara buat udang goreng butter yang sedap dan crispy.

Bahan-bahan buat udang goreng butter:
  • 12 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 6-8 tangkai cili padi dihiris
  • 5 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair / susu segar
  • sedikit butter untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak masak

Bahan buat sarang telur:
  • 2 biji kuning telur
  • 1 senduk butter
  • 1 cawan minyak masak

Cara buat udang goreng butter:
  • Mula-mula goreng udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak
  • Goreng jangan terlalu lama nanti udang akan mengecut dan agak keras bila dimakan.
  • Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali kerana tak nak gunakan lagi.
  • Panaskan butter ke dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan susu cair dan masak sekejap.
  • Masukkan udang yang dah digoreng tadi, bubuh sedikit serbuk lada dan garam.
  • Setelah semua bahan masak dah mesra, masukkan ke dalam pinggan hidangan.

Cara buat sarang telur:
  • Pukul ringan kuning telur.
  • Panaskan butter bersama minyak masak sampai betul betul panas.
  • Tuangkan kuning telur tadi ke dalam kuali. Tuang sikit-sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halus-halus.
  • Pusing minyak laju-laju dengan senduk hingga telur habis.
  • Pusing terus hingga telur berwarna keemasan.
  • Setelah masak, tuangkan ke dalam tapis untuk toskan minyaknya.
  • Taburkan sarang telur ke udang yang sudah digoreng di atas.

Selamat mencuba resepi udang goreng butter sedap dan crispy dengan sarang telur. Resepi yang saya kongsikan di atas hanyalah sebagai rujukan dan panduan saya bila memasak. Bila anda juga suka, silahkan share kepada teman-teman anda.

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Simple

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Simple − Musim cuti sekolah, cuba-cuba di rumah buat resepi sotong goreng tepung yang rangup dan simple. Dulu cari resepi sotong goreng tepung yang rangup tu susah sangat. Akhirnya terjumpa dengan resepi yang ada di buku, tak tahu dah apa judul bukunya. Selepas cuba lazat pula, mana simple buatnya. Bila di kunyah tu crispy pun ada. Jom kita intai resepi sotong goreng tepung yang rangup dan mudah ni. Bisa juga tambah resepi udang goreng butter lagi tambah sedap.



Bahan-bahan buat sotong goreng tepung:
  • 4 ekor sotong
  • 1 cawan kecik tepung gandum
  • 1/2 cawan kecik tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam

Cara buat sotong goreng tepung:
  • Tepung-tepung digaul jadi sekalikan je dan letak garam sikit.
  • Gaulkan juga sotong dengan garam nak bagi rasa.
  • Lepas potong sotong tu jadi kecil-kecil, basuh. Tapis betul-betul sotong tu bagi tak berair.
  • Celup sotong dalam adunan tepung dan telur.
  • Lepas tu celupkan dalam balance gabungan tepung tadi.
  • Pastikan minyak dah betul-betul panas dengan api sederhana je.
  • Masukkan sotong yang dah di tepung ke dalam kuali, pastikan tutup dengan tudung periuk agar masak sampai dalam daging sotong.
  • Bila dah berwarna kecoklatan, angkat dan tapis sotong sampai kering betul minyak.

Selamat mencuba resepi sotong goreng tepung rangup dan simple yang saya kongsikan di atas. Best makan ni lepas angkat dari kuali. Boleh cicah dengan sos yang disukai. Resepi ni kena lebih tepung tu, kalau hanya ada 4 ekor sotong boleh buat separuh adunan je.

Resepi Ayam Percik Sedap Buatan Chef Wan

Resepi Ayam Percik Sedap Buatan Chef Wan – Siapa yang tak suka makan ayam percik? Yakin saya semua suka makannya. Ayam ni biasa kalau di beli di pasar RM 5 hanya dapat bahagian paha je. Apa-apa mahal sekarang ini. Daripada keluar duit hanya beli sepotong je, lebih baik masak sendiri. Sebenarnya cara buat ayam percik ni mudah sangat. Cuma saya hanya malas je buatnya kerana anak-anak lebih sering minta buatkan nasi ayam.



Yang akan saya kongsikan kali ini adalah resepi ayam percik sedap buatan Chef Wan. Resepi di buku Chef Wan memang best. Ye lah tukang masak terkenal. Malam tadi saya sudah cuba sendiri resepinya dan memang sedap sampai licin pinggan. Yang saya buat dan kongsikan saat ini pun hanya 1/2 daripada resepi asal. Jom intai resepinya.

Bahan-bahan buat ayam percik:
  • 1 ekor ayam
  • 1 liter santan
  • 10 batang serai di titik
  • 6 cm lengkuas di hiris
  • 1/2 helai daun kunyit di hiris halus
  • 1 sudu besar gula merah
  • garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 1/2 cm halia
  • 2 1/2 cm kunyit hidup
  • 10 biji buah keras
  • 1 sudu teh halba

Cara buat ayam percik:
  1. Masukkan bahan kisar dan santan dalam satu periuk besar. Kacau dan didihkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, serai dan lengkuas. Kacau hingga ayam disalut dengan kuah.
  3. Masukkan garam dan gula dan renehkan selama 30 minit.
  4. Kacau dan balik-balik ayam selalu.
  5. Keluarkan ayam daripada kuah dan panggang ayam selama 10 minit sambil dilumur dengan kuah.
  6. Letakkan ayam panggang di atas pinggan.
  7. Kembalikan periuk ke atas api sederhana dan pekatkan kuah sambil di kacau sehingga menyalut ayam apabila di tuang ke atasnya.
  8. Angkat kuah dan siram ke atas ayam.

Itulah resepi ayam percik sedap buatan Chef Wan yang boleh saya kongsikan. Jika perlu anda boleh tambah air saat membuat kuah agar tidak melekat, tetapi jumlah cecair di dalam periuk harus sedikit sahaja.

Resepi Kek Pisang Lembab dan Gebu

Resepi Kek Pisang Lembab dan Gebu − Baru-baru ini saya lagi cuba resepi kek pisang kerana setiap hari hampir ada tayangan facebook. Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa saya teringin nak buat kek pisang ni. Melihat gambar yang ditayang menjadikan saya teringin sangat nak mencuba selain kek lumut.



Hari ini yang saya kongsikan ialah resepi kek pisang yang bukan sahaja sedap dan lazat, tapi juga moist, lembut, dan basah di atas permukaannya. Resepi yang dikongsikan ini perlu banyak bahan. Tapi disini hanya sediakan 1/2 adunan sahaja. Jom kita intai resepi kek pisang yang lembut dan moist ni.

Bahan-bahan buat kek pisang:
  • 350 gm pisang yang masak ranum
  • 200 gm gula halus
  • 250 gm tepung
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh ovellete
  • 1 sudu teh baking powder
  • 125 gm minyak jagung
  • 1 sudu teh esen pisang
  • pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan

Cara buat kek pisang:
  1. Campurkan tepung gandum dan baking powder, dan di ayak.
  2. Lumatkan pisang dengan sendok dan masukkan ke dalam mixer bersama gula halus.
  3. Putar hingga gula larut dan sebati.
  4. Masukkan telur satu per satu dan putar terus hingga gebu.
  5. Letakkan 1/2 sudu teh ovellete supaya lebih spongy.
  6. Pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu, hingga bertukar warna pucat keputihan.
  7. Lepas tu, masukkan susu segar dan terus putar.
  8. Gunakan speed mixer yang perlahan dan masukkan tepung sambil terus diputar hingga adunan sebati.
  9. Tutup mixer dan tuangkan minyak jagung, dan kaup balik adunan hingga rata.
  10. Sediakan loyang yang sudah di gris dengan butter, lapik dengan kertas minyak.
  11. Panaskan oven 170 C api bawah bawah dan 150 C api atas selama 15 minit sebelum masukkan kek.
  12. Tuangkan adunan ke dalam loyang
  13. Letakkan pisang nipis di atas permukaan, jangan terlalu tebal nanti tenggelam.
  14. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar selama 50-60 minit bergantung kepanasan oven.
  15. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak. Bila lidi keluar kering, berarti kek dah masak. Bila belum, tambahkan masak bakar 5-10 minit.
  16. Bila dah masak, sejukkan selama 10 minti dan terbailkkan di atas redai.
  17. Kek pisang siap disantap.

Cukup sekian resepi kek pisang lembab dan gebu yang dapat saya kongsikan. Kek ni bila dibiarkan semalaman, permukaan ianya akan lembab dan macam basah-basah gitu. Anda juga boleh taburkan badam cincang bila suka untuk hiasan diatas permukaannya sebelum dibakar. Selamat mencuba.

Resepi Puding Karamel Kukus dengan Gula Hangus

Resepi Puding Karamel Kukus dengan Gula Hangus − Resepi Puding Karamel ialah satu puding pencuci mulut yang saya suka. Saya menyediakan puding ini ketika sahabat ataupun family berkunjung ke rumah pada hari pekan ditemani cheesekut. Memang sangat cepat menyediakan resepi puding karamel ini.



Dari dulu saya suka sangat buat puding karamel ni kerana sangat berpuas hati dengan hasilnya yang menepati selera saya. Apabila anda nak mencuba resepi puding karamel kukus dengan gula hangus, jom kita tengok apa saja yang digunakan.

Bahan-bahan puding karamel:
  • 6-8 biji telur
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • sedikit vanilla extact
  • 8-10 sudu besar gula pasir (untuk gula hangus)

Cara buat puding karamel:
  1. Goreng gula pasir hingga menjadi cair dengan api perlahan.
  2. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.
  3. Pukul telur hingga hancur dan masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk lain.
  4. Kacau semua adunan hingga sebati.
  5. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi.
  6. Kukus selama 10-15 minit.
  7. Angkat puding dan sejukkan sekejap lalu masukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Puding roti siap dihidangkan.

Selamat mencuba resepi puding karamel kukus dengan gula hangus tersebut. Anda boleh hidangkan tetap di dalam mangkuk pyrex atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika mahu tekstur yang tak berlubang, jangan kacau adunan hingga berbuih kemudian tapis sebelum dituang ke dalam mangkuk, dan kemudian kukus adunan.

Resepi Kek Gula Hangus (Kek Sarang Semut) Kukus Sedap

Resepi Kek Gula Hangus (Kek Sarang Semut) Kukus Sedap − Resepi kek gula hangus, kek sarang semut, dan kek sarang lebah adalah kek yang sama. Memang ramai yang gemar sama kek yang satu ini. Setiap kali kawan buat kek gula hangus, sedap pula rasanya, terpikir pula nak buat sendiri. Namun sudah beberapa kali mencuba selalu jadi tak keruan. Pelbagai tips sudah di cuba untuk mendapatkan sarang semutnya selalu tak jadi. Kek gula hangus ini perlu kenyal tapi tak boleh teksturnya seperti sponge kerana bukan kek namanya.



Kemarin saya nampak teman yang buat kek ini. Bahagia sangat lihat cantiknya corak kek yang di buatnya. Saya pun minta teman ajarkan buat kek gula hangus. Saya catat apa yang di cakap teman. Tapi setelah mencuba sendiri di rumah tetap tak jadi. Setelah beberapa kali percobaan, akhirnya resepi kek gula hangus kukus sedap dan lembut sudah saya temukan rahsianya. Tidak kalah sedap dengan resepi kek coklat.

Bahan-bahan buat kek gula hangus:
  • 1 1/4 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 125 gm butter
  • 4 biji telur grade A
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara buat kek gula hangus:
  • Cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus dengan api sederhana (jangan dikacau).
  • Bila gula sudah cair, tuangkan air panas.
  • Bila sudah cair, sejukkan gula dan tunggu betul-betul sejuk.
  • Cairkan mentega di periuk lain dan sejukkan.
  • Bila keduanya sudah sejuk, pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata.
  • Masukkan susu pekat dan kacau rata secara perlahan.
  • Bila sudah rata, masukkan mentega cair dan kacau perlahan hingga rata.
  • Tambahkan esen vanilla dan masukkan ayakan tepung dan soda. Kacau hingga rata.
  • Masukkan gula hangus dan kacau rata.
  • Tuangkan ke dalam loyang 7×7 inc yang sudah di lapik kertas pembakar dengan olesan sedikit butter.
  • Perap aduan ini hingga 5 jam.
  • Bila sudah perah 5 jam, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan sebelumnya dengan suhu 170 darjah hanya guna api bawah selama 45 minit.
  • 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
  • Angkat kek dan sejukkan sebelum di potong.

Itulah resepi kek gula hangus (kek sarang semut / lebah) yang sedap dan lembut. Kalau setelah 45 minit kek tak masak, panaskan lagu semula hingga kek dah masak sempurna. Inilah hasil yang boleh cuba sendiri di rumah. Semoga sahaja anda berhasil membuatnya.

Resepi Cheesekut Milo Sedap dan Mudah

Resepi Cheesekut Milo Sedap dan Mudah − Cuba-cuba semalam nak buat apa, akhirnya saya cuba resepi cheesekut milo sedap dan mudah. Sebenarnya sudah lama teringin buat ni, cuma belum ada masa je buatnya. Tapi semalam saya tengok famili yang buat cheeskut ni, rasa nak buat sendiri di rumah buat anak-anak. Sekali rasa sedap pula.



Saya pun tak susah kerana buat ni cuma perlu 4 bahan je, biskut crackers, susu cair, susu pekat manis, sama cheese cream je. Bahan sudah ada di rumah. Cuma ada beberapa tambahan pemanis kalau cuba di rumah. Yang saya kongsikan ialah yang menggunakan cream crackers dengan coklat milo, dan lagi mudah buatnya. Anda bisa juga membuat resepi kek pisang bila nak cuba lainnya.

Resepi Cheesekut
  • 1 peket biskut Cream Crackers
  • 1 kotak susu segar full cream
  • 1 bar cheese cream
  • 1 tin susu pekat manis
  • Sedikit milo untuk tabur
  • 1 peket fresh strawberry

Cara buat cheesekut:
  • Mula-mula putar 1 bar cheese cream dengan setengah tin susu, 3 sudu susu segar gunakan mixer.
  • Lepas tu letak susu dalam mangkuk ukuran besar guna untuk dip biskut je.
  • Rendam biskut dalam susu kiraan 3 saat. Jangan lama sangat nanti biskut jadi lembik.
  • Susun biskut ke dalam bekas segi empat yang besar. Cukup muat 9 keping biskut untuk 4 lapisan. Bila tak ada, guna Tupperware pun tak apa, cuma patahkan je biskutnya nanti.
  • Lepas tu lapiskan cheese cream dan susu yang sudah dibuat tadi. Lapisan pertama tak perlu buat tebal sangat. Lapisan kedua baru buat tebal sikit. Lapisan ketiga nipis balik dan lapisan keempat tebal balik.
  • Taburkan coklat milo di atasnya. Bila tak suka milo, boleh letak oreo pun tak masalah. Ikut sorang la selera.
  • Bila suka manis, boleh tuang susu pekat manis lagi di atas lapisan tu.
  • Lepas tu lapis biskut balik dan ulang langkah sampai jadi 4 lapis biskut. Kalau 3 terlalu nipis, 5 tebal sangat.
  • Bila dah 4 lapis, belah stawberry jadi 2 dan letak di atas lapisan cheesekut tu.
  • Letak dalam peti sejuk kurang lebih 5 jam, lepas tu dah cheeskut boleh potong.

Macam mana? Mudah je kan buat resepi cheesekut sedap dan mudah yang saya kongsikan kali ni. Saya guna buah stawberry sebab nak bagi balance dengan rasa masam dan manis cheese cream + susu. Bila tak nak pakai pun tak apa. Anak-anak pasti suka makan cheesekut ni, dan salahkan sorang bila minta dibuatkan terus.

Resepi Churros Sos Coklat Sedap dan Rangup

Resepi Churros Sos Coklat Sedap dan Rangup − Resepi churros sos coklat sedang popular di perkataan dan menjadi viral di media sosial. Churros ini kuih popular di Spanyol, Perancis, dan Itali yang berasaskan doh pastei yang digoreng dan dicelup coklat. Bila makan di cafe atau restoran harga boleh mencecah RM 20-30, lebih senang buat sendiri di dapur.



Bila kita membuat resepi churros sos coklat, rasanya serupa kepada cream puff. Kaedah penyediaannya pun hampir serupa, cuma berbeza cara memasaknya sedikit. Jika cream puff di bakar, churros digoreng seperti resepi donut. churros lebih sedap dihidangkan bersama coklat panas. Resepi ini hanya untuk orang sahaja sekali makan, kalau nak buat ramai sila buat lebih dan gandakan sukatannya.

Bahan-bahan buat churros:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 gm butter
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh serbuk cinimon (kayu manis)
  • sedikit gula halus

Bahan-bahan buat sos coklat churros:
  • 60 ml heavy cream / tick cream
  • 10 gm syrup glucos
  • 100 gm dark choc (coklat cincang)
  • 1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella

Cara buat churros:
  • Mula-mula satukan air, gula halus, garam dan butter ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
  • Sambil menunggu air mendidih, ayak tepung gandum bersama baking powder.
  • Bila air dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung tadi sedikit-sedikit sambil tangan sebelah mengacau terus adunan supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  • Bila dah lembut, masukkan telur dan esen vanilla, terus kacau sampai adunan likat.
  • Biarkan sejenak dan bersiap panaskan minyak dengan api sederhana.
  • Sediakan nozel bintang dan letakkan doh ke dalam piping bag.
  • Bila minyak sudah cukup panas, paipkan doh dalam kuali dan gunting panjang mana kita suka.
  • Goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhan.
  • Tunggu hingga berwarna kuning keemasan dan angkat.
  • Letakkan ke dalam bekas yang berlapik kertas tisu untuk serap minyaknya.
  • Gaul churros ke dalam gula dan serbuk cinimon (kayu manis) semasa ia masih hangat, bila dah sejuk susah lekat dah di churros tu.

Cara buat sos coklat churros:
  1. Gaul heavy cream dan syrup glucos, lalu masak hingga timbul buih kecil di tepi periuk.
  2. Angkat dan tuangkan di atas coklat cincang.
  3. Tambahkan Hazelnut paste atau Nutella dan gaul hingga rata.
  4. Churros dan sos coklat sudah sedia dihidangkan.
Sekian resepi churros sos coklat sedap dan rangup yang boleh saya kongsikan. Jangan lupa panaskan minyak jangan terlalu panas bila nak goreng churros, nanti bentuknya tak cantik. Tapi jangan pula perlahan sangat nanti ia serap minyak, menjadi tak sedap pula.