Resepi Ayam Kuzi Istimewa

Resepi Ayam Kuzi Istimewa − Dimasak menggunakan rempah briyani. Resepi asal dari Chef Wan, rasanya memang sangat sedap. Saya memang ikut satu per satu bahan dan langkah yang terdapat dalam resepi cuma bahan mengikut anggaran sendiri. Kalau tak salah,



Resepi Ayam Kuzi ni sangat terkenal di sebelah Kelantan dan Terengganu. Dimakan bersama nasi minyak dan paling sesuai dihidangkan untuk tetamu pada musim perayaan.

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 50 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan Ayam Kuzi Istimewa :

Bahan untuk diperap :
  • 1 ekor ayam, potong 12 bahagian
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit garam

Bahan untuk digoreng:
  • 250 ml minyak masak
  • 15 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar, potong dadu
  • 1/2 cawan kepingan badam (almond slices)
  • 1/2 cawan kismis
  • hati dan pedal ayam, potong kiub
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk kuah :

  • 5 ulas bawang merah, ditumbuk halus
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 3 sudu besar rempah briyani, bancuh dengan air menjadi pes
  • 125 ml air
  • 3/4 tin susu cair
  • 120 gram (1 tin kecil) tomato puri
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai pandan, carik dan simpul

Cara Penyediaan Ayam Kuzi Istimewa :
  1. Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
  2. Beralih pula kepada bahan untuk digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak. Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
  3. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau. Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit. Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.

Resepi Ayam Masak Halia Paling Sedap

Resepi Ayam Masak Halia Paling Sedap − Salam semua. Kali ini Che Nom nak kongsikan resepi masakan ayam yang mudah dan sangat sedap iaitu Resepi Ayam Masak Halia. Kadang kala kita tak perlu bersusah payah untuk masak sesuatu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada keluarga.



Cukup sekadar masakan yang mudah tapi istimewa hidangan air tangan sendiri, dan dipadankan pula dengan nasi yang panas. Memang sedap! Sila lah cuba resepi ini ya.

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan Ayam Masak Halia Paling Sedap :
  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan :
  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Tips:

Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

Resepi Ayam Ros Sedap

Resepi Ayam Ros Sedap yang di ambil dari resepi mamak aji. Sedap dimakan bersama nasi hujan panas.



Masa:

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 60 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan Ayam Ros Sedap :
  • 1 ekor ayam, potong 12
  • sedikit kunyit, untuk goreng ayam
  • sedikit garam, untuk goreng ayam
  • 1 helai daun pandan, dicarik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris memanjang
  • 1/2 tin(225g) sup tomato
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1/2 tin susu cair
  • 100 gram santan pekat
  • daun pudina

Bahan untuk rempah tumis :
  • 2 senduk besar minyak masak
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

Bahan dibancuh menjadi pes :
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil kas kas
  • 1 sudu kecil garam masala
  • 1 sudu besar serbuk cili

Bahan Kisar A :
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih

Bahan Kisar B :
  • 15 tangkai cili kering1
  • 1 batang karot
  • 1 biji tomato

Bahan Kisar C :
  • 100 gram badan, direndam air panas dan dikisar halus

Cara Penyediaan :

Cara untuk memasak :
  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan rempah tumis, serai, daun pandan dan bawang besar. Tumisg sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar A, tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan pula bahan kisar B dan diikuti bahan kisar C. Masukkan tomato sup, tomato puri dan susu cair. Masak di atas api perlahan dan kacau supaya tidak hangus di bawah.
  4. Masukkan pula bahan yang dibancuh menjadi pes. Kacau sehingga bahan-bahan dan rempah masak sehingga pecah minyak.
  5. Apabila pecah minyak, masukkan ayam goreng dan biarkan masak di atas api perlahan selama 15-20 minit.
  6. Kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  7. Angkat dan tabur dengan daun pudina dan bawang goreng.

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi atau makan malam. Jika anda tercari makanan yang simple dan mudah juga tidak terlalu 'berat' untuk dimakan,sila cuba resipi ni. Memang sedap dan tak susah pun untuk disediakan. Memang makanan kegemaran keluarga Che Nom ni :)



Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan Tortilla Wrap Ayam Panggang :

Bahan untuk wrap :
  • 6 keping roti tortila
  • Mayonis

Bahan untuk ayam panggang :
  • 2 keping ayam bahagian dada
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar
  • 1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu besar minyak zaitun

Bahan untuk salad :
  • Kubis ungu, hiris sederhana nipis
  • Daun salad, hiris sederhana kecil
  • Ceri tomato, dibelah dua
  • Karot, diparut kasar
  • 1/2 batang timun (saya gunalan timun jepun)

Bahan untuk kuah salad :
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 3 besar madu
  • 3 sudu besar perahan jus lemon
  • Secubit garam
  • Sedikit serbuk kasar lada hitam

Cara Penyediaan Tortilla Wrap Ayam Panggang :

Cara-cara untuk ayam panggang :
  • Belah dua dada ayam dan buka lebar, tapi pastikan tidak terputus dua.
  • Perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun selama minimum 1/2 jam.
  • Panggang dengan sedikit minyak di atas kuali non-stick pada kedua belah bahagian ayam sehingga masak.
  • Angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris nipis.

Cara-cara untuk salad :
  • Gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.
  • Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama beberapa minit sehingga betul-betul sebati. Gaulkan kuah salad bersama bahan salad. Tuang sedikit dahulu, jika kering tambahkan sedikit demi sedikit.

Cara untuk balutan salad (tortila wrap) :
  1. Panaskan roti tortila di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.
  2. Sudukan salad ke atas tortila dan susun memanjang. Letakkan ayam dan mayonis, kemudian balut atau guling dengan kemas. Sedia untuk dihidang.

Tips:
Rendam dulu semua sayuran dan salad di dalam air ais selama 15-20 minit sebelum dikeringkan air menggunakan tisu dapur atau salad spinner (salad spinner adalah yang terbaik). Ini adalah untuk mendapatkan salad yang segar dan rangup.

Resepi Begedil Ayam Sedap

Resepi Begedil Ayam Sedap yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap. Che Nom sediakan begedil ayam ni untuk dihidangkan bersama soto ayam, sebabnya tak sedaplah soto kalau tak ada begedil kan... Untuk resipi ini, kentang yang digunakan ialah kentang yang biasa terdapat di kedai, bukannya kentang jenis yang diimport seperti kentang USA atau russet.



Pendek kata, kentang tempatan atau asia yang murah tu lagi sedap buat begedil. Boleh letak cili kalau anda suka pedas. Satu lagi nota, jika anda nak gantikan daun sup dengan daun bawang pun ok, atau nak letak dua-dua pon boleh. Sila lah cuba! :)

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 12 biji

Bahan-Bahan Begedil Ayam Sedap:
  • 500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
  • 150 gram daging ayam kisar
  • 1 biji bawang besar, didadu kecil
  • 1 pokok daun sup, hiris halus
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur ayam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan Begedil Ayam Sedap :

Cara untuk masak ayam :
  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.
  • Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit garam.

Cara untuk masak begedil :
  1. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
  2. Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.
  3. Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Ambil sedikit adunan dan buat bulat. Kemudia leperkan sedikit dan susun di atas pinggan atau dulang.
  5. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.

Resepi Butter Chicken Berempah

Resepi Butter Chicken Berempah − idea datang ketika Che Nom makan butter chicken di sebuah restoran dan bila balik teringin nak masak menu yang sama. Kuahnya rasa lemak butter tetapi tidak muak kerana ada banyak rempah dan cili.



Ayam diperap beberapa jam dan kemudian dibakar atau digoreng di atas kuali dan satukan bersama kuahnya. Masakan ni berasal dari Delhi, India dan sangat popular di negara barat terutamanya di UK. Sangat seimbang dari segi rasa dan cukup sedap. Selamat Mencuba.

Masa:

Penyediaan: 60 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 75 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan Butter Chicken Berempah:
  • 400 gram isi ayam, bahagian dada
  • 1 sudu besar plain yoghurt
  • 1 sudu kecil rempah garam masala
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar butter
  • setangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • segenggam gajus, tumbuk dan bancuh dengan air menjadi pekat

Bahan tumbuk halus:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Penyediaan Butter Chicken Berempah :
  1. Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus. Perap selama sejam. Boleh juga diperap semalaman. Lagi lama di perap lagi sedap.
  2. Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.
  3. Goreng pula perapan ayam di dalam minyak butter tadi. Jangan terlalu cepat untuk membalikkan ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar.
  4. Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika kukah terlalu pekat.
  6. Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang.

Tips:

Rempah garam masala boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar. Boleh juga buat sendiri dengan mengadunkan rempahnya dan kisar kering.

Resepi Nasi Ayam Penyet

Resepi Nasi Ayam Penyet − masakan indonesia yang sangat popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Agak remeh untuk menyediakan hidangan ini tetapi sangat berbaloi kerana hasilnya sangat memuaskan dan sangat sedap. Pasti anda sekeluarga akan suka, jika nak makan di luar kos unuk satu hidangan agak tinggi. Kalau masak sendiri sangat puas hati.



Resepi ini digabungkan bersama nasi yang dimasak bersama air rebusan ayam. Pengalaman Che Nom, set nasi ayam penyet kebanyakannya dihidangkan bersama nasi putih biasa aja, tapi tak salah mencuba dan memang sedap.

Terima kasih kepada kak Ita dari blog Masam Manis kerana berkongsi resipi ini. Che Nom olah sedikit sahaja mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri.

Masa:

Penyediaan: 45 minit | Memasak: 45 minit | Keseluruhan: 90 minit

Jumlah Hidangan : 8 orang

Bahan-Bahan Nasi Ayam Penyet:

Bahan untuk ayam penyet (rebusan):
  • 1 ekor ayam, potong 4 atau 8
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • air secukupnya


Bahan untuk rempah perapan:
  • 1/2 sudu jintan manis *
  • 1/2 sudu jintan putih * 
  • 3 sudu besar ketumbar * 
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit garam

Bahan untuk tepung kriuk:
  • Lebihan perapan rempah ayam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung beras

Bahan-bahan untuk nasi ayam:
  • 3 cawan beras, bersihkan dan tos
  • 6 cawan air rebusan ayam, atau ikut sukatan jenis beras yang digunakan
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar mentega atau minyak sapi
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk sup ayam:
  • 1 ikat sup bunjut adabi
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 batang serai
  • bawang goreng

Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji cili merah
  • 10 biji bawang merah, belah 4
  • 3 biji bawang putih, hiris kasar
  • 3 biji tomato, belah 4
  • 5 cm belacan bakar
  • 1/2 gengam ikan bilis
  • 3 sudu besar gula melaka, atau secukup rasa
  • secawan minyak
  • limau nipis atau limau kasturi
  • sedikit garam, jika perlu secukup rasa

Bahan untuk hidangan sampingan:
  • 4 ketul tauhu
  • 2 keping tempe
  • Sayur dan ulaman (timun,daun selom,kubis,kacang panjang,tomato)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):
  • Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.
  • Angkat ayam dan toskan.
Cara-cara untuk rempah perapan ayam:
  • Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
  • Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
  • Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
  • Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
  • Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam.
  • Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk

Cara-cara untuk tepung kriuk:
  • Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
  • Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.

Cara-cara untuk nasi ayam penyet:
  • Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.
  • Masukkan beras dan kacau seketika.
  • Masukkan air dan sedikit garam. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa. Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.

Cara-cara untuk sup ayam:
  • Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. Che Nom dah tak letak halia dan bawang putih sebab sudah dimasukkan semasa proses rebusan ayam mula-mula tadi. Boleh juga rwbus bersama bahagian tulang ayam sepeti leher dan kaki ayam (jika anda suka).
  • Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cara-cara untuk sambal ayam penyet:
  • Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
  • Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
  • Kemudian goreng tomato sehingga layu.
  • Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar.
  • Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula melaka. Perasakan dengan garam jika perlu. Hati-hati kerana ikan bilis sudah masin.

Cara-cara untuk bahan sampingan:
  • Goreng tempe dan tauhu yang sudah digaul rempah.
  • Hiris timun dan tomato, serta bersihkan ulam-ulaman lain. Hidangkan bersama nasi dan ayam penyet.

Resepi Ayam Masak Bali

Resepi Ayam Masak Bali yang pernah menjadi viral di Facebook, dan setelah mencuba masak Ayam Bali ni terus terang Che Nom katakan yang rasanya sangat-sangat sedap. Bahan pun mudah sahaja dan masa penyediaan pun tidak terlalu lama.



Kelainan masakan ni terletak kepada bahan utama iaitu jumlah serai yang banyak dan juga daun kari yang dimasukkan semasa menumis. Aroma serai dan daun kari memang membangkitkan bau dan rasa istimewa. Bagi Che Nom, ayam masak bali ni sesuai juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi berperisa yang lain.

Untuk rasa manis pula Che Nom gunakan gula melaka dan hasilnya memang sedap.

Resepi ini ditulis untuk anggaran seekor ayam, Jika anda ingin masak cuma setengah ekor ayam, kurangkan bahan dalam anggaran separuh sahaja.

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 6-8 orang

Bahan-Bahan Ayam Masak Bali:
  • 1 ekor ayam
  • serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 8 batang serai, dititik
  • 6 tangkai daun kari
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis
  • minyak masak
  • gula melaka atau gula pasir
  • sedikit air

Bahan-bahan untuk kisar halus :
  • 5 biji bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 10-12 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci belacan

Cara Penyediaan Ayam Masak Bali :
  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
  2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
  5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Tips:
Che Nom lebihkan sedikit rasa manis untuk ayam masak bali ni. Boleh sesuaikan mengikut citarasa anda.

Resepi Ayam Teriyaki

Resepi Ayam Teriyaki yang berasal dari pengaruh masakan Jepun, sangat sedap dan mudah disediakan. Teriyaki membawa maksud dari dua gabungan perkataan iaitu 'Teri'bermaksud kilatan dari proses karamel gula dalam sos perapan, 'Yaki' pula bermaksud cara memasak dengan memanggang atau menggoreng.



Masakan ini biasanya dihidangkan dengan nasi putih sahaja dan tidak digalakkan dimakan bersama gabungan lauk yang lain. Resepi Teriyaki yang asal terdiri daripada gabungan sos soya dan sake (sejenis wine Jepun dari beras) ataupun mirin. Oleh kerana masakan ini adalah versi halal, Che Nom gantikan sake atau mirin dengan cuka makan (white vinegar) dan boleh juga dicampurkan sekali dengan jus lemon atau jus limau. Anda harus cuba resepi ini :)

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit

Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan Ayam Teriyaki:
  • 2 keping dada ayam
  • 1/4 cawan kicap soya cair
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu besar parutan halus halia
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula perang atau gula putih
  • sedikit minyak masak
  • bijan
  • daun bawang
  • cili merah, jika suka

Cara Penyediaan Ayam Teriyaki :
  1. Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
  2. Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
  4. Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
  5. Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering. Tuang sos ke atas ayam tadi.
  6. Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili. Hidang bersama nasi putih panas.

Tips:

Jangan masak ayam terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras dan kurang berjus.

Resepi Kek Blueberry Lembut

Resepi Kek Blueberry Lembut − Resepi kali ini adalah 'tea time' cake kegemaran saya. Kek yang mudah, tetapi gabungan fresh blueberry dan yogurt dalam kek menjadikan tekstur kek yang lembab bersama gabungan masam manis menghasilkan kek yang sungguh perfect. Saya memang suka bake kek ni sejak dari kali pertama mencuba. Sangat sesuai untuk hudangan di majlis minum petang.



Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 55 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan Kek Blueberry Lembut :
  • 150 gram mentega
  • 150 gram (3/4 cawan) castor sugar
  • 2 biji telur, saiz B
  • 265 gram (1 3/4 cawan) tepung naik sendiri
  • 120 gram yoghurt
  • 2-3 sudu besar susu full cream
  • 100 gram (1 kotak kecil) fresh blueberry
  • gula aising, untuk taburan

Cara Penyediaan Kek Blueberry Lembut :
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
  2. Griskan tin pembakar dengan mentega cair dan lapik bahagian bawah dengan kertas baking. Saya gunakan tin bersaiz 8x8x3 inci.
  3. Pukul mentega yang telah dikeluarkan pada suhu bilik bersama gula castor di dalam mixing bowl sehingga sebati dan berwarna kuning pucat. Gunakan spatula jika bahagian bawah adunan melekat
  4. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, juga esen vanilla dan teruskan pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan yoghurt sehingga habis. Kemudian masukkan susu. Kacau sehingga betul-betul sebati.
  6. Tuangkan di dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 hingga 40 minit.
  7. Angkat dan sejukkan di atas cooling tray. Taburkan dengan gula icing untuk hiasan.
Tips:
Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sepenuhya. Jika lidi ditarik keluar bersih dan tidak melekat maksudnya kek sudah masak. Jika masih melekat adunan kek, teruskan membakar lagi.

Resepi Kuih Bahulu

Resepi Kuih Bahulu – Resipi Kuih Bahulu, kuih tradisional yang terkenal di kalangan masyarakat melayu.



Masa:

Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 5 Minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 0

Bahan-Bahan:
  • 3 Kuning telur
  • 4 putih telur
  • 100gm gula
  • 1/2 suduh teh esen vanila.
  • 100gm tepung gandum
  • 1 sudu tepung ubi
  • 1/4 teaspoon baking powder

Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung gandum dan tepung ubi bersama baking powder.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang dan tambah esen vanila.
  3. Campurkan tepung yang diayak dengan adunan telur. Kacau rata
  4. Panaskan oven kepada 250 darjah
  5. Sapu acuan dengan minyak (untuk mencegah bahulu dari melekat) dan sudukan adunan ke dalam acuan.
  6. Bakar selama kira-kira lima minit.

Resepi Biskut Chocolate Chip

Resepi Biskut Chocolate Chip – Untuk mendapatkan biskut yang tebal seperti "Famous Amos" sudukan ke atas dulang rapat-rapat, dan sejukkan di dalam peti sejuk selama minimum satu jam. Ingat, sudukan doh dulu kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk, sebab kalau dah sejuk dan keras susah pula nanti nak sudukan.



Ada yang komen cookies ni manis. Komen Che Nom ada 2 perkara:
  • Bila resipi menyatakan penggunaan semi-sweet chocolate, sila lah guna semi-sweet chocolate.
  • Anda boleh kurangkan gula dia dalam resipi ini kepada '3/4 cawan gula kastor' dan '3/4 cawan gula perang', tetapi rasanya sudah tidak akan sama seperti rasa asal lagi.

Kalau nak menyediakan biskut coklat chip untuk hari raya, elok disediakan dalam saiz kecil, kaupkan doh menggunakan sudu kecil sudah memadai.

Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit

Jumlah Hidangan : 80-90 biji

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan brown sugar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 3 cawan tepung (plain flour)
  • 1 1/4 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam (jika guna unsalted butter)
  • 2 cawan semi sweet chocolate chips
  • 1 cawan badam cincang, bakar seketika

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven ke suhu 170C.
  2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  3. Masukkan tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
  4. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Tips:
Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Resepi Biskut Bijan

Resepi Biskut Bijan - Yummyy yummmyy ...memang sedap biskut nie.... Resepi nie memang mori dah target nak buat.  So semalam... selepas settlekan semua kerja... tak jemu makan biskut nie.  Satu persatu dok masuk mulut...mengunyah.  Senang pulak tu cara-caranya...tak banyak bahan...simple and easy. 



Masa:

Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 20 Minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 10

Bahan-Bahan:
  • 350gm tepung gandum
  • 300gm gula halus
  • 250gm mentega
  • 100gm bijan
  • 2 biii kuning telur
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna kuning secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang.
  2. Masuk kuning telur don kacau lagi.
  3. Satukan tepung gandum dan serbuk penaik dalam adunan telur. Kacau hingga sebati,
  4. Setelah itu, masuk esen vanila dan pewarna kuning. Uli doh sehingga lembut.
  5. Canai don terap doh mengikut bentuk kesukaan anda.
  6. Sapu biskut dengan kuning telur dan tabur bijan di atasnya.

Resepi Biskut Semperit

Resepi Biskut Semperit - Kuih semperit memang diminati dari dulu hingga sekarang dan ianya 'lebih sedap' jika di buat sendiri di rumah. Oleh itu kami ingin kongsikan resepi membuat kuih tradisional Semperit dengan mudah dan sedap ini. 



Masa:

Penyediaan: 25 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 55 minit

Jumlah Hidangan : 8

Bahan-Bahan:
  • 260g tepung gandum
  • 350g butter
  • 200g gula aising
  • 2 biji telur
  • 200g tepung kastard
  • 100g tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • ceri merah dan ceri hijau untuk hiasa

Cara Penyediaan:
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berwarna putih, kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Kacau dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukan adunan ke dalam acuan semperit dan tekan di atas dulang pembakar yang sudah di gris.
  4. Hias ceri di atasnya.
  5. Akhir sekali bakar dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Resepi Biskut Bangkit

Resepi Biskut Bangkit - Owhh!! Masih demam kuih raya ni, buat kuih...belek-belek resepi dan cuba buat. Sediakan bahan-bahan dan curi masa lepas sahur kononnya nak buat biskut bangkit asli lagi original ni. Tetapi nasib baik saya teringat, rumah kecil saya ni mana ada oven!! Haha...



Jadi, niat nak buat bangkit asli tinggalan zaman berzaman dari tok nenek kita dahulu hanya tinggal anganan kosong.  

Tapi, pujuk diri jangan panik. Kita belajar betul-betul tang resepinya kemudian barulah buat sendiri dengan penuh yakinnya...hihi

Masa:

Penyediaan: 1 Jam | Memasak: 25 Minit | Keseluruhan: minutes

Jumlah Hidangan : 20

Bahan-Bahan:
  • 330gm tepung ubi
  • daun pandan
  • 30gm shortening
  • 130gm gula icing
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 130ml santan pekat
  • secubit garam

Cara Penyediaan:
  1. Dalam kuali goreng tepung ubi dgn daun pandan dgn api kecil sehingga tepung ringan(sedikit kekuning2an)
  2. Kemudian ayakkan tepung dan dibiarkan sejuk.
  3. Pukul gula icing dan kuning telur sehingga ringan dan berkrim dan gula benar sebati
  4. Masukkan 100 ml santan dahulu dan puku rata lagi
  5. Masukkan tepung ubi tadi kedalam mangkuk adnan tadi,tambahkan sedikit garam dan perlahan2 menguli sehingga doh tak melekat pada tangan
  6. Tambahkan santan sedikit demi sedikit bila perlu
  7. Tutup doh dgn kain lembab,dan rehatkan selama 30 mnt
  8. Terapkan doh menggunakan acuan yg sesuai dan boleh lah dibakar pada suhu 170'c lebih kurang 20-25 minit atau sampai masak mengikut oven masing-msing

Resepi Biskut Kacang

Resepi Biskut Kacang – Resepi Kuih Kacang, Resepi Kuih Raya yang menjadi tradisi dan kegemaran ramai di Hari Raya. Mudah disediakan dan hanya menggunakan beberapa bahan asas sahaja. Selamat Mencuba!



Masa:

Penyediaan: 20 | Memasak: 20 | Keseluruhan: 40 minutes

Jumlah Hidangan : 24

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan serbuk kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 cawan gula halus
  • minyak jagung daisy atau minyak mazola, secukupnya
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji kuning telur, untuk hiasan

Cara Penyediaan:
  1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah,gula halus dan garam hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
  2. Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan bulat.
  3. Susun dalam dulang yang digris dgn mentega atau dilapik dengan baking paper. Sapukan dengan kuning telur di permukaan biskut dan bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

Tips:
Untuk mendapat serbuk kacang tanah yang halus, goreng tanpa minyak sehingga kacang menjadi rangup dan buang kulit sebelum dikisar halus. Boleh juga hiaskan bahagian atas biskut dengan kacang.

Resepi Almond London

Resepi Almond London – Resepi Almond London ini adalah resepi kuih raya yang pasti ada di kebanyakan rumah pada setiap sambutan hari raya. Setiap tahun saya pasti akan menghasilkan Almond London dari resepi ini, hasilnya sangat sedap dan di inspirasikan dari blogger masakan terkenal Che Mat Gebu,



Masa:

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 55 minit

Jumlah Hidangan : 48

Bahan-Bahan:
  • 250 gram mentega, saya gunakan jenama Anchor
  • 450 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150 gram badam, dibakar seketika dalam oven
Bahan untuk disalut
  • 450 gram coklat masakan, saya guna jenama Bagus
  • 1/2 sudu besar lemak sayur
  • Badam cincang, dibakar dlm oven /disangai seketika
  • Paper cup bersaiz kecil

Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung gandum bersama emplex.
  2. Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula icing sehingga sebati, kemudian masukkan telur kuning dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan emplex yang diayak tadi, kacau sebati.
  4. Ambil sedikit doh, dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang sehingga habis adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20-25 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  7. Untuk bahan salut, gunakan kaedah double boil, panaskan coklat sehingga cair dan masukkan lemak sayur. Kacau sebati.
  8. Ambil biskut yg sudah disejukkan tadi dan celup ke dalam coklat kemudian masukkan ke dalam paper cup. Sudukan sedikit coklat kedalam paper cup supaya memenuhi ruang kosong yang ada.
  9. Tabur/hiaskan dengan badam cincang dan susun rapat supaya paper cup menjadi bentuk bujur apabila sejuk.

Resepi Tart Nenas Gulung

Resepi Tart Nenas Gulung – Resepi Tart Nenas Gulung, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Tart ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut. Pasti berbaloi mencuba.



Masa:

Penyediaan: 30 | Memasak: 60 | Keseluruhan: 90 minutes

Jumlah Hidangan : 36

Bahan-Bahan:

Bahan untuk jem:
  • 2 biji nenas, parut dan toskan air
  • 600 gram gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2-3 titik pewarna kuning

Bahan untuk hiasan:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu air
  • Setitik pewarna kuning

Bahan-bahan untuk tart:
  • 125 gram butter, premium Anchor butter
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1/4 cawan tepung jagung*
  • 1 sudu besar tepung kastard*
  • 1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter)

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk jem nenas:
  • Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
  • Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.

Cara-cara untuk bahan hiasan:
  • Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.

Cara-cara untuk tart:
  • Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
  • Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
  • Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
  • Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
  • Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.
Tips:
Jika doh masih agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi senang untuk diterap.

Resepi Biskut Nestum Rangup

Resepi Biskut Nestum Rangup – Sungguh sedap dan sangat rangup. Pasti menjadi biskut kegemaran di hari raya.



Masa:

Penyediaan: 15 | Memasak: 20 | Keseluruhan: 35 minutes

Jumlah Hidangan : 36

Bahan-Bahan:
  • 125 gram butter, premium Anchor butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 cawan Nestum original, kisar halus
  • 1 cawan Nestum original, tak perlu kisar

Bahan untuk hiasan:
  • Ceri merah atau hijau, hiris kecil
  • Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh

Cara Penyediaan:
  1. Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar.
  2. Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut.
  4. Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil). Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan butter. Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri.
  5. Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.

Tips:
Pastikan anda rehatkan doh seketika, boleh juga rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 10 minit. Tidak mengapa jika doh agak melekit pada mulanya. Selepas direhatkan, doh akan menjadi lebih senang diuli.

Resepi Biskut Badam


Resepi Biskut Badam – Resepi Biskut Badam yang rangup dan sedap. Sesuai untuk hidangan di hari raya.



Masa:

Penyediaan: 15 | Memasak: 20 | Keseluruhan: 35 minutes

Jumlah Hidangan : 48

Bahan-Bahan:
  • 150 gram tepung gandum*
  • 100 gram tepung kastard*
  • 75 gram tepung jagung*
  • 150 gram butter, premium Anchor butter
  • 115 gram gula icing
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 60 gram serbuk badam

Bahan untuk hiasan:
  • 1 biji kuning telur
  • badam cincang

Cara Penyediaan:
  1. Putar butter dan gula icing sehingga putih dan berkrim. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul kembali sehingga kembang.
  2. Ayak bahan bertanda (*) di dalam mangkuk gaulkan dengan serbuk badam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter yang sudah kembang tadi sehingga menjadi doh lembut yang boleh diuli. Tidak mengapa jika doh agak sedikit melekit.
  3. Rehatkan doh seketika, boleh juga direhatkan selama 10 minit di dalam peti ais.
  4. Uli sedikit doh dan canai di atas papan setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan. Hiaskan dengan kuning telur dan taburan badam.
  5. Panaskan oven pada suhu 170 celcius dan bakar selama lebih kurang 15 minit.

Resepi Biskut Mama Carey

Resepi Biskut Mama Carey - Siapa suka biskut mama carries? Tak raya pun buat biskut sebab teringin nak makan biskut mama carries. Macam dah lama sangat dah tak makan biskut ni. Eh Mama carey ke mama carries? Yang penting biskut ni boleh menyebabkan caries gigi



Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 48

Bahan-Bahan:
  • 200 gm mentega, premium Anchor butter
  • 100 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen Vanilla
  • 260 gm tepung red rose atau tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 50 gm susu tepung*

Bahan untuk aising:
  • 1 biji telur putih
  • 90g gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:
  • Pukul mentega (suhu bilik) bersama gula sehingga putih berkrim, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.
  • Ayak bahan bertanda *. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Rehatkan doh seketika didalam peti ais, anggaran 10-15 minit.
  • Keluarkan doh dan terap dengan acuan kegemaran.
  • Susun dalam dulang pembakar yang telah di gris atau dilapik dengan baking paper. Bakar kuih selama 10-15 minit, atau separuh masak pada suhu 160 celcius. Sejukkan.
  • Paipkan atas biskut dengan aising dan corakkan/lorek atas biskut menggunakan chocolate emulco. Bakar kembali selama 7-8 minit.

Cara-cara untuk aising:
  • Pukul telur putih hingga kembang, kemudian masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.

Resepi Biskut Makmur

Resepi Biskut Makmur – Resepi Biskut Makmur, resepi kuih yang menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya. Menggunakan kacang tanah yang dikisar bersama gula icing untuk menambahkan lagi rasa lemak pada biskut Makmur ini. Resepi yang tak asing lagi masa kecil-kecil dulu, memang favorite orang kampung sebab agak senan nak buat biskut ini



Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit

Jumlah Hidangan : 50

Bahan-Bahan:

Bahan untuk doh:
  • 500g tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • Paper cup

Bahan untuk inti:

  • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu besar mentega kacang, optional

Bahan untuk salut:
  • Sedikit gula icing

Cara Penyediaan:
  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
  2. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  3. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
  4. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  5. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

Tips:
Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Resepi Biskut Cornflakes Madu – Resepi Biskut Cornflakes Madu, resepi kuih raya yang paling mudah, cepat dan sedap. Menggunakan Cornflakes dan madu sebagai bahan asas.



Masa:

Penyediaan: 10 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 25 minit

Jumlah Hidangan : 60

Bahan-Bahan:
  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau taburan manik, untuk hiasan
  • paper cup, secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

Resepi Biskut Cornflakes

Resepi Biskut Cornflakes – Resepi Biskut Cornflakes yang sangat sedap. Teksturnya adalah rangup di luar dan sedikit lembut seperti kek di dalam. Anak-anak pasti menggemarinya di hari raya.



Masa:

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 30 minit

Jumlah Hidangan : 50

Bahan-Bahan:
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 cawan cornflakes, kisar halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan kismis hitam, lebihkan sedikit jika anda suka
  • 2-3 cawan cornflakes, ramas kasar
  • paper cup
  • ceri, untuk hiasan

Cara Penyediaan:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sehingga sebati.
  2. Ayak tepung dan serbuk penaik dalam bekas berasingan dan gaulkan dengan kismis bersama cornflakes yang dikisar halus.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. Jangan tambah tepung kerana adunan sepatutnya agak lembik.
  4. Rehatkan adunan di dalam peti ais selama 5-10 minit.
  5. Sudukan adunan dan uli di atas cornflakes yang diramas kasar menjadi bentuk bebola. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan ceri.
  6. Bakar dalam oven bersuhu 180ºc selama lebih kurang15 minit atau sehingga biskut menjadi sedikit keperangan.
  7. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips:
Selepas 15 minit di dalam oven, biskut masih lagi sedikit lembik. Tetapi tidak mengapa, kerana semasa proses penyejukan biskut akan berubah menjadi seperti tekstur kek di dalam dan rangup di luar.

Resepi Biskut Dahlia Coklat

Resepi Biskut Dahlia Coklat – Resepi Biskut Dahlia Coklat yang diubahsuai untuk memenuhi citarasa kanak-kanak di hari raya.



Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 50

Bahan-Bahan:
  • 300g mentega
  • 220g gula ising
  • 240g tepung gandum*
  • 100g tepung jagung*
  • 160 gram tepung kastard*
  • 35g serbuk koko*, saya guna jenama Van Houten
  • Manik gula berwarna untuk hiasan
  • 2 kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:
  1. Ayak bahan bertanda *
  2. Panaskan oven kepada 170 darjah celsius.
  3. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga adunan menjadi sebati.
  4. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendapat doh yang sekata. Rehat doh selama 10-15 minit di dalam peti ais.
  5. Keluarkan doh dan terap menggunakan acuan kuih dahlia. Hiaskan dengan taburan manik gula berwarna dan bakar selama 12-15 minit. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Tips:
Pastikan kuih tidak terlebih dibakar kerana ia akan cepat menghasilkan rasa sedikit pahit.

Resepi Kek Pandan Marble

Resepi Kek Pandan Marble – Resepi Kek Pandan Marble, tekstur yang lembab dan mudah disediakan.



Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 45 minit | Keseluruhan: 65 minit

Jumlah Hidangan : 6

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan (225g) gula kastor
  • 1 3/4 cawan (225g) tepung naik sendiri, diayak
  • 1 cawan (225g) mentega, salted butter
  • 4 biji telur saiz A
  • 3 sudu besar susu full cream
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko, diayak
  • 2 sudu besar pandan emulco
Cara Penyediaan:
  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan warna bertukar pucat keputihan.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar. Pastikan telur adalah pada suhu bilik. Putar sehingga adunan menjadi kembang dan sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanila, tepung yang telah diayak dan susu. Kacau mengunakan spatula dengan lembut pada langkan terakhir ini. Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. .
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan campurkan dengan pandan emulco. Kacau sebati.
  5. Ambil satu bahagian lagi, kacau bersama serbuk koko yang telah diayak.
  6. Di dalam tin kek berukuran 20 cm, griskan dengan butter dan lapikkan bahagian bawah tin dengan kertas parchment.
  7. Sudukan 1 bahagian pandan dan diselang selikan dengan 1 bahagian coklat. sudukan sehingga adunan habis. Gunakan lidi untuk membuat bentul 'swirl' supaya mendapat corak marble beberapa pusingan.Hentakkan tin kek beberapa kali supaya gelembung udara keluar.
  8. Bakar dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 45-50 minit.
  9. Angkat, sejukkan di atas rak penyejuk dan hidang.
Tips:
Suhu oven juga adalah sebenarnya bergantung kepada oven masing-masing. Jangan terpalu panas kerana kek boleh menjadi merekah.

Resepi Kek Marble Lembap

Resepi Kek Marble Lembap – Resepi Kek Marble yang harus dicuba, kek yang sangat-sangat sedap kerana mempunyai rasa lemak yang 'rich' dengan kombinasi butter, krim masam dan coklat. Anda harus menggunakan premium unsalted butter dan coklat yang berkualiti tinggi, pasti akan puas hati dengan rasanya.



Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 45 minit | Keseluruhan: 65 minit

Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:
  • 190g / 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 113.4g/ 1/2 cawan unsalted butter
  • 225g/ 1 cawan gula kastor
  • 161.2g/ 2/3 cawan krim masam atau sour cream
  • 2 biji telur saiz A, pada suhu bilik
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 80g ketulan coklat masakan

Cara Penyediaan:
  1. Putar butter dan gula sehingga kembang dan putih, kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit. Pastikan telur dikacau sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
  2. Masukkan esen vanila, sour cream dan putar sehingga sebati.
  3. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan garam. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Paslikan dikacau dalam kelajuan perlahan.
  4. Asingkan 1/3 adunan untuk dimasukkan coklat. Ayak serbuk koko dan coklat bar yang telah dicairkan menggunakan kaedah double boiler. Kacau sebati.
  5. Gunakan tin kek panjang berukuran 8", griskan dengan butter. Tuang adunan vanilla dan coklat berselang seli, kemudian gunakan lidi atau pemengang sudu untuk membuat bentuk swirl. Hentakkan tin adunan beberapa kali supaya tiada udara terperangkap.
  6. Bakar pada oven bersuhu 160 darjah C selama 40-45 minit.
  7. Angkat dan biarkan selama 1/2 jam di dalam tin kek sebelum dikeluarkan di atas rak penyejuk.

Tips:
Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Jika lidi bersih apabila ditarik keluar itu menunjukkan kek telah masak.

Resepi Biskut Cappuccino

Resepi Biskut Cappuccino – Biskut Cappuccino yang dibentuk menggunakan kaedah piping. Resepi ini menggunakan pati cappuccino (cappuccino paste) yang boleh dibeli di kebanyakan kedai bakeri. Sesuai untuk dihidangkan pada hari raya.



Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 sudu kecil pati cappuccino
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk koko
  • 225g unsalted butter, suhu bilik dan potong dadu
  • 1/2 cawan gula kastor

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 celcius.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko.
  3. Menggunakan mixer, pukul unsalted butter dan gula sehingga putih dan kembang. Boleh juga dipukul menggunakan tangan.
  4. Tukar mixer kepada hook yang sesuai dan pada speed yang perlahan, masukkan pati cappuccino dan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
  5. Masukkan adunan dalam piping bag menggunakan nozzle yang biasa, paipkan secara membulat di atas kertas parchment yang dilapik di atas dulang pembakar. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar selama 12-15 minit.
  7. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack.

Tips:
Biskut memang akan menjadi lembut walau selepas 15 minit dibakar, tetapi akan mula mengeras apabila sejuk.

Resepi Biskut Hazelnut Nutella

Resepi Biskut Hazelnut Nutella – Biskut Hazelnut Nutella yang simple tetapi menarik kerana di letakkan filling nutella di tengah. Sesuai jika dihidangkan di hari raya, boleh juga dimakan pd hari-hari biasa.



Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 3 dozen

Bahan-Bahan:
  • 2/3 cawan kacang hazelnut yang dipanggang
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 225 gram unsalted butter
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur kuning
  • Nutella

Cara Penyediaan:
  1. Kisar kacang hazelnut yang dipanggang tadi sehingga menjadi serbuk halus.
  2. Pukul unsalted butter dan gula sehingga sebati dan warna bertukar menjadi kuning pucat, kemudian masukkan telur kuning dan garam. Kacau sebati.
  3. Ayak tepung gandum dan baking soda. Masukkan sedikit demi sedikit bahan ayak dan diselang seli kan dengan serbuk hazelnut ke dalam adunan. Kacau sehingga menjadi doh yang sebati. Doh memang agak lembik dan jangan ditambah tepung lagi.
  4. Balut doh dengan plastik cling atau plastic wrap. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam ke 1 jam. Keluarkan doh, lapik plastik di permukaan dan canai setebal 1/4 cm. Terap dengan acuan dan bakar pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit.
  5. Angkat dan sejukkan. Letakkan Nutella sebagai inti di tengah.

Resepi Biskut Denmark

Resepi Biskut Denmark - Atas permintaan salah sorang pengunjung blog yg nakkan resepi biskut denmark so ni dia taraaaaa......



Bahan-Bahan:
  • 160g butter (2/3 cawan) - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil esen vanil
  • 60g gula icing
  • 180g tepung gandum
  • secubit baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 50g kacang tanah - dikisar halus
  • kacang hazelnut atau chocolate chips secukupnya
  • chocolate cair secukupnya
  • kacang tanah cincang secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung gandum, baking powder, serbuk koko & tepung jagung. Ketepikan.
  2. Pukul butter, esen vanila & gula icing hingga berkrim.
  3. Masuk kan adunan tepung & kacang tanah yg dikisar. Kacau sebati hingga bersatu seperti dough.
  4. Ambil 1 sudu dough & masuk kan hazelnut atau chocolate chips ditengahnya kemudian ditutup & di bulatkan seperti guli.
  5. Letak kan diatas dulang pembakar & bakar didalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.
  6. Setelah biskut sejuk selepas keluar dari oven, barulah boleh dicelup kedalam chocolate cair & ditaburkan kacang cincang diatasnya

Resepi Kek Mentega Pandan

Resepi Kek Mentega Pandan - Hari ini akan kongsikan satu lagi resepi kek yang cukup mudah cara penyediannya. 



Bahan-Bahan:
  • 250 gm mentega
  • 230gm tepung kek }
  • 2 sudu serbuk penaik } diayak
  • 180 gm gula castor (boleh kurangkan)
  • 30gm air susu cair atau susu tepung
  • 4 biji telur gred A
  • 2 sudu emulco pandan
  • sikit warna hijau epal
  • sedikit coklat chip

Cara Penyediaan:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berkrim
  2. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau sebati
  3. kemudian masukkan tepung kek yg diayak bersama serbuk penaik juga air susu, kacau
  4. masukkan emulco pandan dan warna hijau,gaul sebati.
  5. masukkan dlm loyang dan tabur coklat chip.
  6. Bakar dlm oven masing2 ikut suhu oven 170c 45 minit
  7. *boleh juga masukkan adunan dalam acuan kertas kecil2 bakar 25 minit.

Resepi Biskut lidah kucing

Resepi Biskut lidah kucing - Masa mula-mula biskut ini menjadi kegilaan dulu amat sukar mendapat loyang lidah kucing ini tetapi sekarang cukup mudah.  Hampir semua kedai bakery menjualnya. Jika di tempat anda masih sukar untuk mendapatkan loyang ini jangan risau kerana boleh juga menggunakan acuan cupcake tin untuk membakar biskut ini dan saya kongsikan sekali lagi di sini bagi yang ingin mencubanya.



Bahan-Bahan:
  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex
  • Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
  • Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
  2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
  4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
  6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
  7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
  8. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
  9. Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
  10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
  11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
  12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Resepi Biskut Tart Nenas Nyonya

Resepi Biskut Tart Nenas Nyonya – Resepi Tart Nyonya, sungguh klasik dan sedap jika dihidangkan pada hari raya. Agak mudah untuk menyediakan biskut ini. Semua bahan kering disatukan dan kemudian digaulkan dengan telur kuning. Jangan lupa rehatkan doh kerana gluten doh mengambil masa terhasil dan tekstur biskut akan menjadi lebih lembut dan rangup. Resepi asal saya ambil dari Che Mat Gebu



Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 50 biji

Bahan-Bahan:

Bahan untuk Tart:
  • 300 gram tepung gandum*
  • 4 sudu besar tepung jagung*
  • 3 sudu besar gula aising*
  • 200 gram mentega, potong kiub
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 kuning telur

Bahan untuk jem:
  • 2 biji nenas, parut dan toskan air
  • 600 gram gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2-3 titik pewarna kuning

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk tart:
  • Bulatkan inti tart anggaran lebih kurang sebesar biji guli.
  • Ayak bahan atau tepung bertanda *. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi dengan mentega sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Rehatkan di dalam peti ais selama 1/2 jam.
  • Keluarkan doh dan canaikan dengan cara melapik bahagian atas dengan plastik wrap. Dengan menggunaka cara ini, doh yangg lembut tidak akan melekat di roller. Terap doh dengan acuan dan hiaskan dengan inti tart.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 170- 175 darjah celcuis (suhu adalah bergantung kepada oven anda) selama 20- 25 minit.

Cara-cara untuk jem nenas:
  • Masak nenas bersama gula.
  • Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga kering.
  • Bulatkan doh untuk inti tart nyonya.

Resepi Biskut Kelapa Rangup

Resepi Biskut Kelapa Rangup – Resepi biskut kelapa yang berperisa pandan terbaik jika dihidangkan di hari raya. Sebagai peminat biskut kelapa saya akui biskut ini memang sedap dan sangat rangup. Keharuman dari pati pandan menambahkan lagi keistimewaan biskut ini. Bahan-bahan adalah mudah, bahan kebiasaan yang boleh didapati di kedai barangan bakery. Untuk hiasan anda boleh memilih untuk meletakkan ceri atau 'drizzle' dengan cairan coklat.



Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 100 biji

Bahan-Bahan:
  • 250 gram mentega
  • 80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak
  • 250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak
  • 120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor
  • 2 biji telur kuning
  • 2 sudu teh pandan paste
  • 1/2 sudu teh esen pandan
  • 80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus
  • Kelapa kasar untuk hiasan
  • Telur putih untuk hiasan
  • Ceri merah untuk hiasan (optional)
  • Coklat cair untuk hiasan (optional)

Cara Penyediaan:
  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat.
  2. Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati.
  3. Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
  4. Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik, tetapi jangan terlebih tepung.
  5. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  6. Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan anda. Sapu bahagian atas dengan telur putih dan taburkan dengan kelapa kering. Boleh juga ditelangkupkan bahagian atas biskut di dalam bekas yang ditaburi kelapa kering. Hiaskan dengan ceri (jika suka).
  7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.

Tips:
Jika anda ingin hiaskan dengan cairan coklat, biskut hendaklah dibakar dan disejukkan terlebih dahulu. Coklat perlu dicairkan dengan menggunakan kaedah double boiler. Masukkan coklat cair dalam piping bag dan potong muncung beg sedikit sahaja.