Monday, November 20, 2017

Tiap Kali Naik Tangga, Lutut Rasa Sakit Cuba Resepi Air Rebusan Ini

Tiap Kali Naik Tangga, Lutut Rasa Sakit Cuba Resepi Air Rebusan Ini Untuk Kurangkan Sakit Sendi. Mujarab!… - Pastinya kita banyak berjalan ke mana saja, sama ada ke tempat kerja, dalam pusat beli belah, atau pun ketika melakukan aktiviti riadah, yang mana sedikit sebanyak memerlukan kaki lebih sihat dan kuat.



Usia juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akan kesihatan tubuh badan, tapi, ada juga yang sudah jatuh sakit di usia muda dan masih kekal sihat walaupun sudah berumur.

Bagi merek yang sering kali berhadapan dengan masalah sakit lutut, mungkin boleh cuba air minuman dari perkongsian Habibah Badar Bajraiini.

Rupanya ramai sangat yang ada sakit lutut. Dah tak kira umur lagi dah. Ni kak Bib share RESEPI LUTUT POWER yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut.

Resepi ni memang berkesan tau. Tukang ubat yang ajar Kak Bib bagi tau, ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang lom tau, boleh cuba ok!



RESEPI LUTUT POWER
  • 2 biji Apple hijau potong dadu
  • 4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
  • 1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
  • 5 gelas air

Cara

Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.

Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.

Kenapa air ni power?

Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga-tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.

Kulit Apple nak kena buang ke tak?

Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!

Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah lak
Silakan share biar ramai yang dapat munafaat ya.

Sumber: Siakapkeli

Resepi Kentang Putar Homemade Ala KFC

Resepi Kentang Putar Homemade Ala KFC. Lepas Ni Tak Payah Beli Lagi! - “Ayam goreng ala KFC dah reti buat. Maklumlah, dah macam-macam jenis tepung yang dah dijual. Tapi, rasa tak lengkap pula kalau tak makan sekali dengan kentang putar yang ‘special’ tu. Macam mana nak buat ya?”



Salah satu menu istimewa di restoran KFC yang diminati ramai selain ayam goreng dah tentulah kentang putar atau mashed potato. Rasanya yang lazat dan lemak memang membangkitkan selera.

Sebenarnya, tak susah pun nak buat kentang putar ini di rumah. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Puan Rosdiana Rapiah ini. Nampak sedap betul!

RESEPI KENTANG PUTAR HOMEMADE ALA KFC

BAHAN-BAHAN

Untuk Kentang Lenyek
  • Ubi kentang (5 biji)
  • Susu segar (1 cawan)
  • Serbuk lada sulah

Untuk Kuah
  • 2 cawan air
  • 1 kuib ayam
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sudu marjerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah

CARA-CARA

A) LANGKAH MEMBUAT KENTANG PUTAR

1. Rebus Kentang

Mula-mula, potong kentang berbentuk dadu dan rebuskan selama lebih kurang 20 minit.

2. Lenyek

Selepas itu, toskan dan lenyek. Gaulkan bersama susu segar dan lada sulah. Kentangnya dah pun siap.

Sekarang, kita akan buat gravy / kuahnya pula.

B) LANGKAH MEMBUAT KUAH

1. Reneh Bahan

Untuk membuat kuah, mula-mula didihkan air dan masukkan kiub ayam bersama bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar.

Renehkan selama 10 minit. Tutup api dan toskan air rebusan ini ke dalam sebuah bekas. Ketepikan dulu.

2. Cairkan Marjerin

Seterusnya, cairkan marjerin dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau sehingga tepung larut dan tidak berketul.

3. Gaulkan Dengan Air Rebusan

Kemudian, masukkan air rebusan yang telah ditoskan tadi ke dalam campuran marjerin dan tepung. Campurkan sedikit demi sedikit.

4. Tabur Serbuk Lada Hitam

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam dan lada sulah mengikut kuantiti dan citarasa anda. Siap untuk dihidang!

MUDAH DAN JIMAT

Wah, mudah saja rupanya nak membuat kentang putar ini. Kebanyakan bahan pun dah memang ada di rumah.

Jadi, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Jimat pula tu.

Tak payah susah-susah membeli lagi. Harganya boleh tahan mahal juga walaupun 1 bekas kecil, bukan?

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

*Resepi asal kentang putar ala KFC ini dikongsikan oleh Puan Rosdiana Rapiah dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan serta perkongsian lanjut, sila rujuk beliau di SINI.
Friday, November 17, 2017

Resepi Kek Coklat Ini Cuma Guna 2 Bahan. Paling Senang Tapi Cukup Sedap!

Resepi Kek Coklat Ini Cuma Guna 2 Bahan. Paling Senang Tapi Cukup Sedap! - Dalam minggu lalu, kek 3 bahan telah menjadi viral di media sosial. Dahlah bahan yang diperlukan tak banyak, cara membuatnya pula mudah yang amat. Rasanya pun boleh tahan!



Dalam perkongsian kali ini, Puan Hanny pula ingin berkongsikan resepi kek coklat beliau menggunakan hanya 2 bahan. Ya, 2 bahan saja. Macam tak percaya, bukan?

Mari kita tengok apakah 2 bahan tersebut dan bagaimana cara membuatnya.

CARA BUAT KEK COKLAT PALING SENANG GUNA 2 BAHAN. MACAM TAK PERCAYA!

Menurut Puan Hanny, resepi ini sangat sesuai untuk hidangan minum petang dengan anak-anak. Tak rugi mencubanya sebab caranya tersangatlah mudah.

Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
  • 1 paket biskut Oreo (pek 137g)
  • 100ml susu Dutch Lady coklat



Cara-cara:

1. Hancurkan Biskut

Mula-mula, hancur biskut Oreo sekali dengan krim di dalamnya. Ikutlah nak bubuh dalam plastik dan tumbuk dengan lesung atau guna blender. Saya guna blender saja.

2. Tuang Susu

Seterusnya, tuangkan susu ke dalam biskut yang dihancurkan tadi. Kacau sampai rata.

3. Masukkan Dalam Loyang

Bila dah siap, masukkan dalam loyang.

4. Kukus

Akhir sekali, kukus selama 20 minit dengan api kecil.

Siap!

Dah siap dah pun. Inilah hasilnya.





*Nota 

Macam dalam gambar ini, saya buat sedikit topping dengan menggunakan cip coklat semi sweet. Caranya mudah saja. Saya double boil cip coklat tadi sampai cair dan sapukan di atas kek.

Tapi, sebenarnya kek ini dah sedap dimakan begitu saja walaupun tak buat toppingnya.

Oh ya, resepi ini akan dapat kek yang kecil saja. Kalau nak lebih besar, boleh gandakan 2 atau 3 kali resepi. Kek yang dalam gambar ini, saya gandakan 2 kali resepi.

MEMANG MUDAH!

Wah, memang simple sangat cara membuatnya. Ekspres pun ekspres. Bolehlah buat kudapan di waktu petang atau pada hari-hari istimewa. Nampak sedap dan moist.

Kalau kreatif, anda boleh juga mengolahnya mengikut citarasa masing-masing. Mungkin ada yang nak gunakan susu putih full cream supaya kurang manis atau susu perasa kopi untuk mendapatkan rasa yang berbeza.

Jadi tunggu apa lagi. Jom kita pakat cuba ramai-ramai!

*Resepi asal kek 2 bahan ini dikongsikan oleh Puan Hanny dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan perkongsian lanjut, sila rujuk beliau di SINI.
Thursday, November 16, 2017

Inilah Resepi Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid

Inilah Resepi Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid Untuk Cegah Lebihan Darah Kotor Berkumpul Dan Tersumbat - Air jamu ini sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan.



Orang tua selalu pesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.

Kalau mahu mantapkan dalaman, amalan sejak dahulu tentunya minum air jamu dan salah satu yang boleh kita praktikkan adalah minuman air jamu selepas haid.

Tak perlu beli kerana minuman ini boleh dibuat sendiri saja. Cukup mudah tapi khasiat untuk dalaman wanita tidak boleh dipertikaikan. Sebab keberkesanannya itu jugalah jamu ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Resipi minuman ini VK petik daripada Facebook Nurul Diana yang juga Pemilik & Pengasas Dian Legacy.

Selain masalah senggugut, ada juga yang mengalami masalah haid tidak teratur dan hal ini akan mengganggu hormon seorang wanita.
Apa kata anda amalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih. Cara untuk membuatnya juga mudah.

Bahan bahannya ialah:
  • 2sm halia
  • 2sm kunyit
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 3 cawan air
  • Gula batu atau madu *mengikut citarasa

Cara buatnya:
  1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
  2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
  3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.

Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)

Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih

Air jamu ni baik untuk:
  • Membersihkan rahim selepas haid
  • Mengeluarkan angin dalam badan
  • Memecahkan lemak di perut
  • Mengurangkan masalah bau badan

Peringtan : Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit. Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid
Tuesday, November 14, 2017

Resepi Sambal Sotong Dan Petai

Resepi Sambal Sotong Dan Petai - Seperti yang kita tahu , sambal petai memang sangat sedap inikan lagi bila dimasak bersama sotong kan ? Hidangan ini sangat mudah untuk dimasak , hanya mengambil masa dalam 30 minit sahaja.Sila rujuk di bawah untuk teruskan.



Bahan-Bahan Membuat Sambal Sotong Dan Petai :

  • Sotong setengah kilo
  • Petai ikut suka banyak mana
  • Cili kering 20 tangkai (ikut suka) – ditumbuk
  • Bawang merah 8 biji (ditumbuk)
  • Bawang putih 47 ulas (ditumbuk)
  • Sos tiram 1 sudu kecil
  • Gula 3 sudu besar
  • Garam secukupnya
  • Penambah rasa secukupnya
  • Minyak

Cara-cara membuat Sambal Sotong Dan Petai :

  1. Panaskan minyak didalam kuali kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk sampai naik aroma.
  2. sos tiram, gula,garam,kemudian kacaulah sehingga rata dan biarkan masak sampai kering sedikit.
  3. Masukkan Sotong dan biarkan sampai Sotong masak yang pasti jangan lupa kacau.
  4. Bila Kuah dah pekat masukkan petai dan masak sampai siap.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
P/s : Resepi Sambal Sotong Dan Petai sangat sedap jika dimasak daripada bahan yang segar.Selain itu , petai jangan di masak terlalu lama nanti dia jadi lembik.
Monday, November 13, 2017

Resepi Telur Goreng Bersama Bawang Dan Cili

Resepi Telur Goreng Bersama Bawang Dan Cili - Selain di goreng mata, telur jugak boleh dimasak dengan pelbagai hidangan, antaranya hidangan ini.Hari-hari makan telur goreng , apa salahnya kadang-kadang tukar menu kan? Resepi ini hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja untuk membuatnya.Selain mudah untuk dimasak,resepi ini juga sangat sedap.



Bahan-Bahan Membuat Telur Goreng Bersama Bawang Dan Cili:

  • Telur – ikut suka banyak mana
  • Bawang besar sebiji – dihiris
  • 10 tangkai Cili padi – belah 2
  • Kicap secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak

Cara-Cara Membuat Telur Goreng Bersama Bawang Dan Cili:

  1. Panaskan minyak , goreng telur kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Seterusnya, tumiskan bawang besar bersama cilipadi sehingga sedikit layu.
  3. masukkan garam dsn gaul sebati.
  4. Akhir sekli ,tuangkan di atas telur tadi dan siap.
P/s : Resepi Telur Goreng Bersama Bawang Dan Cili akan jadi lebih sedap jika di tuang sedikit kicap.Lebih sedap jika dimakan bersama nasi panas.

Resepi Membuat Nasi Minyak Jus Oren

Resepi Membuat Nasi Minyak Jus Oren − Resepi sangat mudah sesuai bagi yg baru belajar mencuba nasi berperisa.sesuai dijadikan juadah istimewa/jamuan raya.



Bahan-bahan Membuat Nasi Minyak Jus Oren

  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih,rendam selama 20min,kemudian toskan)
  • 4 cawan air
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan simpul
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan perahan jus buah oren (guna sunquick pun boleh)
  • Sedikit daun pudina, gajus dan bawang goreng
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara Membuat Nasi Minyak Jus Oren

  1. Cairkan mentega,tumis bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan yg dihiris tadi.Tumis sekejap hingga terbit bau.
  2. Kemudian masukkan air , susu cair, jus oren, daun pandan simpul dan kiub ayam. Biarkan hingga mendidih
  3. Masukkan beras basmati, kacau sebati.Masak seperti masak nasi biasa (Kalau nak guna rice cooker terus pindahkan ke rice cooker) LiNa Pg masak guna dapur gas jer
  4. Setelah nasi agak kering,kecilkan api titiskan dengan pewarna kuning.
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.
  6. Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina dan gajus.
  7. Bila menghidang taburkan bawang goreng dan kismis (jika suka)
Sunday, November 12, 2017

Resepi Membuat DIMSUM ISI IKAN

Resepi Membuat DIMSUM ISI IKAN − Menu sihat yang mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga



Bahan-bahan Membuat DIMSUM ISI IKAN

Bahan A

  • 500gm isi ikan - dikisar halus
  • 1 batang lobak merah - dipotong dadu
  • 1 biji sengkuang - dipotong dadu
  • 1 labu bawang holland - dicincang
  • 3 tangkai daun bawang - dicincang
  • 1 sudu besar sos tiram Maggi
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • secubit lada sulah

Bahan B

  • 1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 200gm tepung ubi
  • Bahan C
  • Kulit dimsum
  • kulit wantan secukupnya
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 biji putih telur
  • Sos : Dicampur
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu teh cuka
  • secubit garam dan gula
  • 1/4 cawan air panas

Cara-cara Membuat DIMSUM ISI IKAN

  1. Kisar halus isi ikan dan ketepikan seketika.
  2. Cuci, kupas dan potong lobak merah, bawang holland, sengkuang dan daun bawang.
  3. Campurkan semua bahan A didalam mangkuk besar dan gaul rata.
  4. Setelah itu taburkan Maggi® CukupRasa™ kedalam adunan tersebut dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Masukkan pula tepung ubi, dan kacau lagi semua bahan. Ambil kulit wantan, sapu dengan putih telur dan masukkan campuran isi ikan tadi dan bentukkan. Tabur dengan lobak merah parut dan ulangi langkah tersebut hingga habis.
  6. Masukkan dimsum yang telah siap dibentuk tadi kedalam pengukus dan kukus dengan api sederhana sehingga masak. Angkat dimsum dan bolehlah dihidangkan dengan sos.

Resepi Sambal Cencaluk

Resepi Sambal Cencaluk - Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.Selain itu , cencaluk juga sangat sedap dan mudah untuk dibuat.Tidak sampai 10 minit pon masa yang diambil untuk menyediakan hidangan ini.



Bahan-bahan Membuat Sambal Cencaluk :

  • Cencaluk – ikut suka banyak mana
  • 1 biji bawang merah – dipotong dadu / nipis
  • 10 tangkai cilipadi – (ikut tahap kepedasan)
  • 2 biji limau kasturi (kalau nak buat sikit jangan banyak sangat buah limau)

Cara-cara membuat Sambal Cencaluk :


  1. Masukkan cencaluk ke dalam mangkuk.
  2. Potong dadu bawang merah dan cilipadi perlulah dihiris dahulu.Kemudian basuh dan masukkan ia kedalam mangkuk yang berisi cencaluk tadi.
  3. Gaulkan sehingga rata.
  4. Akhir sekali,perahkan jus limau kasturi ke dalam mangkuk yang berisi cencaluk.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Saturday, November 11, 2017

Resepi Sambal Cili Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Cili Ikan Bilis Petai - Resepi ini sangat sedap dan mudah untuk dibuat . Selain itu , bahan-bahan untuk membuat resipi ini juga amat mudah untuk didapati.Walaubagaimanapun,perkara yang perlu anda tahu, resipi ini sangat popular di kalangan masyarakat melayu khususnya di kawasan kampung.



Bahan-Bahan Membuat Sambal Cili Ikan Bilis Petai :

  • Ikan Bilis 300 gram
  • Petai secukupnya
  • Bawang besar sebiji – dihiris
  • Bawang putih 5 ulas – ditumbuk
  • Cili merah 2 biji – ditumbuk
  • Cili Padi 26 biji (atau ikut tahap kepedasan) – ditumbuk
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak Sambal Cili Ikan Bilis Petai :

  1. Gorengkan kesemua ikan bilis sampai garing dahulu , kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang dan bahan yang telah ditumbuk sehingga naik aroma.
  3. Masukkan garam dan gaul hingga rata.
  4. Akhir sekali,masukkan ikan bilis dan peta kemudian gaul sampai rata.
  5. Siap untuk dihidangkan.
P/s : Resepi Sambal Cili Ikan Bilis Petai boleh disimpan lama.Selain itu,ianya sangat sedap jika dimakan bersama nasi panas.